Kapten Tottenham Son Heung-min membidas rakan sepasukannya selepas kekalahan terbaru di dalam aksi Premier League kepada West Ham pada awal pagi tadi.
Malah bintang dari Korea Selatan itu bertanggapan persembahan yang ditampilkan oleh Spurs sebagai tidak boleh diterima sama sekali dan ‘lembik’.
Spurs menjadi pasukan pertama di Premier League gagal merekodkan kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut walaupun mendahului 1-0 di setiap perlawanan.
Bercakap kepada media selepas perlawnaan pada awal pagi tadi, Son berkata: “Tewas perlawanan ini tidak boleh diterima sama sekali. Kami mendahului lima kali sebelum ini. West Ham sememangnya lawan yang sukar tetapi kami sangat lembik.
Son blasts 'soft' Spurs as slump continues
Forward Son Heung-Min has said Tottenham are too "soft" after they suffered a 2-1 defeat to West Ham having initially taken an early lead, becoming the first side in Premier League history to drop points from a… https://t.co/IuAmExOl1R
— ESPN Soccer (@ESPNsoccer) December 8, 2023
“Di Premier League anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku di akhir perlawanan. Anda wajib membunuh terus perlawanan ini. Ia sukar diterima. Pemain harus mengambil tanggungjawab. Penyokong tidak berhak melihat semua ini.
“Anda harus tampil lebih bertenaga terutama untuk aksi di tempat sendiri. Sama ada kami selayaknya kalah atau tidak, kami harus bangkit kembali. Ia amat mengecewakan untuk penyokong.”
Pada awal musim Tottenham dicanang sebagai antara pasukan pilihan untuk menjuarai Premier League namun kini tidak berada di kalangan empat pasukan teratas selepas beberapa siri keputusan yang tidak memihak kepada mereka.
Son Heung-min brands Spurs 'SOFT' and their performance 'unacceptable' after they threw away a 1-0 lead for the FIFTH game in a row to lose London derby 2-1 at home to West… – https://t.co/4jFVTOp7So #football #fifa #championslegue #eurolegue #games #clubs #uefa
— INZA Marketing Services (@inzamaus) December 8, 2023
Pengurs pasukan Ange Postecoglu berkata: “Kami bermain seolah-olah berharap bola mampu bergolek ke dalam gawang lawan dengan sendirinya. Ia bukan sedemikian. Anda harus memiliki kesungguhan untuk melakukannya. Anda juga wajib menampilkan kesungguhan untuk tidak membenarkan lawan untuk membocori gawang.
“Tiada gunanya bersimpati dengan diri sendiri dan berharap semuanya baik-baik sahaja. Hanya ada satu cara sahaja untuk mengubah semua ini.
“Saya mahukan kemenangan. Itulah sebab saya datang ke sini. Itulah mesej yang sepatutnya.
“Kami masih mempunyai perjalanan yang jauh. Seperti yang saya katakan sejak dari mula. Hari seperti ini harus jadi bukti dan menyemarakkan diri untuk pergi lebih jauh.
“Kami harus bermain dengan cara yang sepatutnya untuk menang dan meraih kejayaan, bukannya datang untuk buat pertunjukkan.”