Souness: Ini Pasukan Liverpool Terkuat Sejak 1990

Bekas pemain Liverpool, Graeme Souness menggelar pasukan Liverpool musim ini sebagai yang terkuat pernah dilihatnya sejak 1990, iaitu tahun terakhir Liverpool berjaya mendakap kejuaraan liga.

4 kemenangan dari 4 perlawanan telah meletakkan Liverpool di persada Liga Perdana Inggeris dimana mereka berkongsi mata dengan Chelsea dan Watford.

Ketibaan Virgil van Dijk berjaya mengukuhkan barisan pertahanan Liverpool

Ketibaan Alisson Becker dan Virgil van Dijk telah memperkuatkan bahagian pertahanan Liverpool yang sebelum ini senang untuk dibolosi. Liverpool hanya melepaskan satu gol sahaja musim ini, itupon hadir selepas Alisson dirasuk hantu ‘Karius’ lalu membuat kelakar melepaskan bola kepada pemain Leicester.

Souness yang pernah menjadi kapten Liverpool suatu masa dahulu percaya barisan pemain yang dikumpul Jurgen Klopp sekarang merupakan skuad paling kuat yang pernah dilihatnya selama hampir 28 tahun. Souness turut percaya Liverpool bakal menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Virgil van Dijk telah banyak melakukan perbezaan dalam skuad ini. Sesetengah pihak berkata seorang pemain tidak akan mampu mengubah satu pasukan, tetapi Van Dijk berjaya membuktikan beliau mampu membawa angin perubahan dalam pasukan ini.”

“Jika anda lihat pada barisan pertahanan Liverpool ketika ini,  mereka mampu bermain untuk Liverpool sehingga 10 tahun yang akan datang. Terutamanya jika penjaga gol baru mereka (Alisson) mampu menjadi pemain yang cemerlang.”

Adakah slogan ‘This Year Is Our Year’ benar-benar akan berlaku musim ini ?

“Anda dapat lihat Liverpool mempunyai dua pemain full-back yang masih muda iaitu Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson, ditambah dengan Joe Gomez dan Van Dijk. Mereka ini semua mungkin akan bermain bersama selama 10 tahun.”

“Jika mereka mampu bermain selama itu, Liverpool akan mempunyai bahagian pertahanan yang stabil. Liverpool tidak akan melepaskan gol dengan mudah lagi kerana pemain saling mempercayai antara satu sama lain.”

“Skuad Liverpool kali ini merupakan yang terkuat pernah saya ingat, sejak kali terakhir Liverpool memenangi liga pada tahun 1990. Ini kelompok pemain paling kuat yang pernah Liverpool miliki sejak sekian lama.”

Souness menolak dakwaan Liverpool akan mendominasi saingan Liga Perdana Inggeris untuk sedekad yang akan datang memandangkan purata umur skuad sekarang yang agak rendah.

“Tiada siapa yang akan mendominasi liga selama 10 tahun. Manchester City tidak akan mendominasi liga selama 10 tahun. Mereka mungkin akan memenangi pelbagai piala tetapi mereka tidak akan memenangi liga atau Liga Juara-Juara Eropah setiap tahun.”

1990 merupakan tahun terakhir Liverpool mengangkat trofi juara liga. History Channel

“Buat masa sekarang, Liverpool dan Manchester City merupakan pasukan yang paling menonjol dan pilihan utama untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.”

“Tetapi anda tidak boleh lupakan Chelsea dan Manchester United. Mereka mungkin akan mengeluarkan duit yang banyak untuk mendapatkan pemain hebat supaya dapat kembali bersaing.”

BACA:  Pele Percaya Liverpool Bakal Muncul Juara Liga Perdana Inggeris Musim Ini