Southampton Berjaya Lakukan Comeback Untuk Gagalkan Usaha Spurs Cabar Kedudukan Empat Teratas

Tottenham Hotspur menjadi mangsa kena comeback ketika beraksi bertemu Southampton awal pagi tadi, seterusnya menggagalkan usaha mereka untuk cuba merapatkan diri ke kelompok empat teratas dalam carta saingan liga.

Bolos dua gol di hujung-hujung aksi babak kedua permainan jelas sekali sesuatu yang merugikan untuk Tottenham Hotspur, dengan mereka jelas sekali berpotensi untuk mengutip tiga mata penuh dari perlawanan ini.

Spurs awalnya mendahului permainan dengan keputusan 2-1 dengan perlawanan ketika itu sudah masuk ke 10 minit terakhir sebelum wisel penamat dibunyikan.

Dek kerana kelekaan dan kealpaan mereka, gawang Spurs dua kali dihukum oleh pasukan pelawat, yang akhirnya berjaya menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-1.

Kekalahan ini jelas sekali memberi impak yang besar kepada skuad Tottenham Hotspur, dalam usaha mereka untuk mendapatkan slot khas ke saingan Champions League musim hadapan.

Skuad kendalian Antonio Conte itu terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 permainan selepas pemain pertahanan Southampton, Jan Bednarek menjaringkan gol sendiri.

Walau bagaimanapun, lima minit selepas itu, The Saints berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain yang dipinjam dari Chelsea, Armando Broja meledak gol untuk Southampton.

Tottenham Hotspur kemudiannya sekali lagi mendahului permainan pada minit ke-70, selepas Son Heung-min cemerlang merobek gawang gol Southampton untuk pasukan tuan rumah mendahului 2-1.

Ketika Spurs merasakan yang mereka sudah hampir pasti untuk mengutip tiga mata penuh, Southampton hanya memerlukan dua minit sahaja untuk ubah keadaan.

Ketua pasukan Southampton, James Ward-Prowse berjaya mencipta hantaran yang sungguh menakjubkan untuk mencari Mohamed Elyounoussi seterusnya menghasilkan gol penyamaan untuk The Saints.

Mimpi ngeri untuk Tottenham Hotspur, apabila Ward-Prowse sekali lagi melakukan hantaran yang sama kali ini disempurnakan oleh Che Adams.

Tottenham Hotspur kemudiannya berusaha keras memburu gol penyamaan, namun segala usaha mereka sekadar menemui jalan buntu.

Pemain gantian, Steven Bergwijn berjaya menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan permainan, namun gol beliau dibatalkan kerana beliau didakwa datang dari kedudukan offside.

Spurs gagal untuk memanfaatkan kesempatan memintas seteru utama mereka Arsenal, dengan mereka terpaksa akur kekal di kedudukan ketujuh dalam carta saingan liga.

Skuad kendalian Antonio Conte itu kini empat mata dipisahkan dari West Ham untuk berada di kedudukan empat teratas saingan Premier League.

Tottenham Hotspur walau bagaimanapun masih mempunyai kelebihan tiga perlawanan yang belum dimainkan, dan mereka masih lagi dianggap sebagai calon kegemaran untuk memintas West Ham untuk berada di kedudukan empat teratas.

Arsenal juga turut empat mata dipisahkan dari West Ham dengan mereka kini sedang berada di kedudukan keenam, dan mereka turut mempunyai kelebihan tiga perlawanan yang masih belum dimainkan.

Manchester United yang kini sedang berada di kedudukan kelima dalam carta saingan liga hanya satu mata sahaja dipisahkan dari West Ham, dengan mereka turut mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Manchester United mungkin berpotensi besar untuk memintas West Ham, namun untuk mereka mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas, ia sedikit sukar kerana Arsenal dan Spurs lebih berpotensi.

Lebih teruk lagi, seandainya setan merah terus keciciran mata dan pamer aksi tak konsisten, mereka turut berpotensi untuk mengakhiri saingan liga di luar kedudukan ketujuh dalam carta saingan liga.

Southampton sementara itu berjaya mendaki ke kedudukan ke-10 dalam carta saingan liga dengan mereka kini cemerlang mengumpul 28 mata dari 23 perlawanan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lavia Ikut Jejak Langkah Conceido Reject Liverpool Sertai Chelsea