Spurs Tewaskan City, Kini Liverpool Selesa Dengan 22 Mata

Manchester City turun menentang Tottenham Hotspur dalam misi untuk mengurangkan jurang mata yang dimiliki oleh pendahulu Premier League, Liverpool.

Liverpool terlalu gah untuk dikejar dan apa yang boleh dilakukan City hanyalah melengahkan kejuaraan Liverpool selama mungkin.

Dengan baki 13 perlawanan lagi, Liverpool hanya memerlukan enam kemenangan lagi untuk bergelar juara.

Jaringan daripada Steven Bergwijn dan Son Heung-min ​nyata membantutkan hasrat City untuk mengurangkan jarak mata.

Anak buah Jose Mourinho nyata menggunakan sepenuhnya peluang menentang City yang bermain 10 orang.

Oleksandr Zinchenko dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada separuh masa kedua.

Di separuh masa pertama lagi City sepatutnya bermain 10 orang dengan kekasaran Raheem Sterling dan Zinchenko ke atas Dele Alli dan Lucas Moura.

Sterling jelas melakukan stamping namun terselemat walaupun insiden itu telah dirujuk kepada Video Assistant Referee(VAR).

Selepas kejadian itu, VAR telah menghadiahkan City sepakan penalti ekoran terjahan Serge Aurier ke atas Sergio Aguero.

Sepakan Ilkay Gundogan mudah diselamatkan Hugo Lloris dan daripada bola muntah itu Lloris menerpa menyelamatkan bola dan menjatuhkan Sterling.

Kekecohan terjadi kerana City memohoh sepakan penalti tetapi ditolak oleh VAR.

Pada minit ke-60, Oleksandr Zinchenko dilayangkan kad merah dan tiga minit kemudian Spurs di depan

Cantik Steven Bergwijn mendada sebelum melepaskan satu rembatan padu dan cantik untuk gol pertama dalam debutnya bersama Spurs.

Son Heung-min menggandakan kedudukan pada minit ke-71 dengan rembatan yang tertampan menewaskan Ederson.

Kekalahan ke-6 yang dinikmati City musim ini.

Tottenham: Lloris; Aurier, Alderweireld, Sanchez, Tanganga; Winks, Lo Celso; Son, Alli (Ndombele 70), Bergwijn (Lamela 70), Moura (Dier 84)

Pemain gantian tak digunakan: Gazzaniga, Vertonghen, Sessegnon, Fernandes

Manchester City: Ederson; Walker, Fernandinho, Otamendi, Zinchenko; Gundogan, Rodri, De Bruyne; Sterling (B. Silva 84), Mahrez (Jesus 72), Aguero (Cancelo 64)

Pemain gantian tak digunakan: Bravo, Garcia, David Silva, Phil Foden

BACA:  Liverpool Cipta Rekod Dan Sejarah Baharu Premier League Selepas Tewaskan Newcastle