Hanya Liverpool Sahaja Yang Mampu Memiliki Piala UCL Original Di England

Pagi yang sangat suram untuk penyokong Liverpool selepas harapan mereka untuk melihat skuad The Reds menjulang Piala Champions League terkubur.

Liverpool terpaksa akur tewas 1-0 di tangan Real Madrid hari ini seterusnya mengukuburkan terus harapan mereka untuk menjulang Piala ketiga musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada awalnya dianggap sebagai calon kegemaran untuk muncul juara pada musim ini.

Walau bagaimanapun, anak-anak buah Jurgen Klopp itu gagal untuk menandingi kehebatan barisan pemain Real Madrid, walaupun mereka sudah melakukan yang terbaik.

Skuad Liverpool pada musim ini sebenarnya mengejar gelaran quadruple dengan mereka sudah memenangi dua piala dan berpotensi untuk memenangi dua lagi piala sebelum berakhirnya musim ini.

Walau bagaimanapun, mereka terpaksa akur terlepas gelaran Premier League selepas Man City cemerlang melakukan comeback bertemu Aston Villa dan memenangi liga dengan kelebihan satu mata berbanding The Reds.

Selepas gagal untuk memenangi gelaran quadruple, para penyokong sempat berharap agar skuad The Reds akan mampu setidak-tidaknya memenangi gelaran treble musim ini.

Walau bagaimanapun juga, selepas kekalahan bertemu Real Madrid awal pagi tadi, para penyokong kini terpaksa akur mereka hanya akan mengakhiri saingan musim ini dengan dua piala sahaja.

Dua piala itu sendiri sebenarnya sudah boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang sungguh menakjubkan untuk Liverpool.

Namun begitu, para penyokong sepertinya terlalu kecewa kerana mereka gagal untuk melihat skuad the Reds menjulang gelaran Champions League ketujuh mereka hari ini.

Persoalannya sekarang perlu ke peminat Liverpool nak kecewa dan berduka untuk semua kekalahan itu?

Gagal untuk memenangi gelaran quadruple, gagal untuk memenangi treble bukan penghalang untuk peminat Liverpool terus berbangga dengan pasukan terhebat dunia ini.

Kepada penyokong Liverpool yang meratapi kegagalan untuk memenangi gelaran quadruple dan kejayaan treble tu sebenarnya mereka terlalu kritikal dengan pasukan sendiri.

Peminat the reds mungkin lupa atau tidak sedar sama sekali bahawa Liverpool adalah satu-satunya pasukan dari England yang menyimpan Piala Liga Juara-Juara sebenar.

Piala Liga Juara-Juara yang ada dalam kabinet Liverpool itu adalah Piala yang tulen, bukanlah replika atau copy original.

Kebiasaanya Piala yang dimenangi harus dipulangkan semula kepada UEFA dan akan digantikan dengan piala replika.

Namun pada tahun 2005, pihak UEFA terpaksa membuat piala baru untuk musim berikutnya kerana piala yang asli akan diserahkan terus kepada pasukan Liverpool.

Liverpool layak untuk menyimpan piala yang tulen kerana mereka ketika itu telah berjaya memenangi gelaran Liga Juara-Juara yang kelima untuk mereka serta layak menerima Badge of Honor.

Selain Liverpool, hanya ada lima sahaja pasukan lain yang menyimpan piala tulen Liga Juara-Juara seperti:

Real Madrid(kerana menjuarai 3 kali berturut-turut)
Ajax ( kerana menjuarai 3 kali berturut-turut)
Bayern (kerana menjuarai 3 kali berturut-turut)
AC Milan (Muncul Juara 5 kali)
Liverpool (Muncul Juara 5 kali)
Barcelona(Muncul Juara 5 kali)

Jadi andai peminat berkunjung ke Anfield dan buat lawatan ke galeri Liverpool, para peminat sebenarnya boleh bergambar dengan real trophy UCL. Hanya satu di England buat masa ni.

Di bandar Manchester, hanya Man United sahaja ada menyimpan piala Liga Juara-Juara. Manakala di London pula, hanya Chelsea saja yang menyimpan piala Liga Juara-Juara. Arsenal dengan Spurs masih mencari piala Liga Juara-Juara pertama mereka.

Tetapi apa beza Piala Liga Juara-Juara mereka dengan Liverpool? Ya yang dalam simpanan Liverpool tu Piala Original.

Ok peminat Liverpool boleh teruskan hidup macam biasa. Kalau dulu nak menang satu piala dalam tempoh lima tahun pun susah, sekarang dah menang dua piala satu musim tak kan masih nak sedih-sedih.

BACA:Β  Bekas Kapten Liverpool Dakwa Milner Lebih Bagus Dari Pogba