Statistik Agung Harry Maguire Lawan Brentford Selain Assist Luar Biasa Untuk McTominay

Manchester United berjaya mengelak kekalahan tiga perlawanan berturut-turut di tempat sendiri selepas dua gol Scott McTominay di minit akhir perlawanan memberikan kemenangan 2-1 ke atas Brentford pada Sabtu lalu.

Tatkala kemampuan McTominay hangat menjadi bualan kebanyakkan peminat Setan Merah, prestasi yang ditampilkan Harry Maguire turut mendiamkan pengkritiknya buat seketika.

Ia adalah situasi agak janggal untuk melihat Maguire turut menerima pujian hasil persembahannya dalam perlawanan ini selepas kehilangan tempat di dalam kesebelasan utama pilihan Erik ten Hag โ€“ selain dilucutkan lilitan kapten โ€“ pada musim lalu.

Maguire bukanlah watak asing yang sering menjadi kambing hitam di kalangan anggota skuad United setiap kali kekalahan menjelma.

Kesilapan mudah dan aksi komikal yang ditampilkan pemain pertahanan itu turut menjadi meme di internet.

Malah pada satu ketika Maguire hampir sahaja menyertai West Ham pada musim panas lalu.

Namun kini masa depan Maguire di Old Trafford kelihatan seperti akan mekar kembali sekiranya mampu mengekalkan prestasi seperti yang ditampilkannya dalam perlawanan menentang Brentford secara konsisten.

Menjadi mangsa cemuhan ketika perlawanan terakhir bersama England di Hampden Park sebelum ini Maguire pernah menyatakan tekadnya untuk mendiamkan pengkritiknya melalui aksi di atas padang bersama United.

Dan selepas krisis kecederaan yang melanda skuad United terutama di posisi pertahanan, Maguire akhirnya memperolehi peluang untuk mengotakan kata-katanya apabila berpasangan dengan Johnny Evans pada Sabtu lalu.

Berdasarkan data daripada StatsPerform pemain pertahanan berusia 30 tahun itu berjaya memenangi semua dua perebutan di udara dan 60% daripada jumlah 5 perebutan bola rendah.

Maguire turut melakukan dua pintasan dan lima recoveries sepanjang 90 minit perlawanan, sekaligus menghadkan peluang jaringan Brentford kepada 0.87xG.

Maguire menamatkan perlawanan tanpa memenangi satu pun tackle pun di atas padang. Tetapi impak terbesarnya adalah di bahagian serangan.

Berjaya menghasilkan assist untuk gol kemenangan United dengan tandukan yang sempurna di masa kecederaan, Maguire secara konsisten menjadi pemain pertahahanan terbaik United yang menjadi penyumbang utama kepada gerakan serangan daripada bawah.

Perkara yang paling membimbangkan Ten Hag adalah pemain pertahanannya setakat ini hanya menghasilkan 4 assist di Premier League pada musim ini. Jumlah ini adalah lebih banyak berbanding apa yang dihasilkan pemain tengah dan serangan.

Sumbangan Maguire di bahagian serangan tidak hanya dihadkan dengan kemampuannya melakukan assist.

Ketiadaan Lisandro Martinez dan Rapahel Varane bermakna United terpaksa bersandar kepada Maguire yang melakukan 69 sentuhan bola sepanjang perlawanan โ€“ keempat tertinggi di kalangan pemain United.

Untuk statistik hantaran, Maguire tampil sebagai pemain ketiga tertinggi di dalam perlawanan tersebut apabila menghasilkan 63 hantaran dan berjaya melengkapkan 59 daripadanya dengan ratio kejayaan 89%.

Lebih penting adalah kemampuan Maguire menggerakkan serangan daripada bawah. Kualiti ini bagaimanapun dihadkan oleh kegagalan rakan sepasukan di hadapannya memenangi bola.

Maguire dan Evans adalah handingan kelima United di posisi pertahanan tengah pada musim ini. Kali terakhir kedua-duanya beraksi bersama adalah pada Mei 2019 ketika masih bersama Leicester.

Kesimpulannya, Maguire power. Demo jah dok kenal bare.

BACA:ย  Manchester United Tamatkan Perjanjian Dengan TeamViewer, Penaja Baharu Dicari