Steve Bruce Dicadang Sebagai Pengurus Interim Manchester United

Si Judas Kota London, Sol Campbell percaya bekas pengurus Newcastle, Steve Bruce boleh menjadi pengurus interim yang berpotensi untuk Manchester United bagi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Selepas berminggu-minggu spekulasi mengenai masa depan Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford secara rasmi karier Ole telah tamat berikutan kekalahan 4-1 mereka kepada Watford di Vicarage Road.

Kelab itu mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa Michael Carrick kini akan mengendalikan pasukan untuk perlawanan akan datang tetapi United akhirnya memerlukan seorang pengurus interim.

Jadi siapa yang akan bertanggungjawab sehingga mengemudi Setan Merah sehingga tamat musim 2021/22?

Bekas bek tengah Arsenal, Sol Campbell percaya bahawa membawa masuk seorang lagi legenda kelab, Steve Bruce ke Old Trafford dengan perjanjian enam bulan boleh menjadi pilihan.

“Saya fikir ia adalah satu situasi yang sangat bermasalah” Ujar Campbell kepada Premier League Productions.

“Adakah mereka terus dibelenggu masalah atau mencari jalan keluar? Jika mereka mahu mencari jalan keluar ia memerlukan banyak wang.|

“Untuk menendang Ole dan membawa seseorang masuk, ia memerlukan banyak wang. Saya tahu mereka mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan tetapi anda perlu melihat akaun dan anda perlu melihat di mana mereka berada.

Ole Gunnar Solskjaer yang telah ditendang keluar akan menerima pampasan yang lumayan dari setan merah iaitu sebanyak £7.5 juta bersamaan RM42.19 Juta.

Untuk mencari pengurus baru maka Setan Merah terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar sekali lagi dan calon pengganti yang tepat agak sukar dicari kini.

Oleh sebab itulah Sol Cambell mencadangkan nama Steve Bruce sebagai penyelesaian jangka pendek dan menjimatkan kos.

“Mungkin Steve Bruce bagus? Hanya enam bulan? Saya tidak tahu. Siapa tahu?

“Tetapi ia adalah satu masalah yang tidak kena pada masanya, kerana sama ada mereka terus dibelenggu masalah atau mencari jalan keluar. Apa sahaja yang mereka lakukan, ia mungkin jawapan yang salah.”

Pada bulan Oktober lalu, telah disahkan bahawa Bruce telah meninggalkan jawatannya di Newcastle dengan persetujuan bersama, hanya beberapa hari selepas beliau mengendalikan perlawanan ke-1000 sebagai pengurus yang erakhir dengan kekalahan kepada Tottenham Hotspur.

Beberapa hari kemudian, pengurus berusia 60 tahun itu memberi isyarat bahawa dia mungkin bersara berikutan tempoh sukar di St James’ Park.

Sebagai seorang pengurus banyak masa dihabiskan bersama pasukan dan masa bersama keluarga tersayang terpaksa dikorbankan apatah lagi bagi seorang pengurus yang sudah mengendalikan 1000 perlawanan.

“Saya fikir ini mungkin pekerjaan terakhir saya. Ia bukan hanya tentang saya; tugas ini telah mengambil masa saya untuk bersama keluarga dan saya tidak boleh mengabaikannya,” Ujar Bruce kepada The Telegraph.

“Mereka telah risaukan saya, terutama isteri saya Jan. Saya berusia 60 tahun dan saya tidak tahu sama ada saya mahu meletakkan isteri dalam situasi yang sama lagi.”

“Kami mempunyai kehidupan yang baik jadi, ya, ini mungkin penghabisan saya sebagai pengurus – sehingga saya mendapat panggilan telefon daripada pengerusi di kelab bertanya sama ada saya boleh membantu mereka. Jangan katakan tidak, saya telah belajar itu.”

Walaupun seperti mahu bersara, Steve Bruce tidak akan berkata tidak jika mendapat panggilan telefon daripada pengerusi kelab.

Bruce telah melakukan 414 penampilan untuk Manchester United sepanjang tempoh sembilan tahun. Dia memenangi 12 trofi, termasuk tiga gelaran Liga Perdana dan tiga Piala FA.

Steve Bruce adalah seorang pemain pertahanan yang mahir dan dalam menjaringkan gol. Sepanjang kariernya, Steve Bruce telah menjaringkan 113 gol untuk Manchester United, Gillingham, Norwich City, Birmingham dan Sheffield United.

Gol Steve Bruce yang paling terkenal untuk Manchester United adalah ketika menentang Sheffield Wednesday pada musim 1992-93 apabila dia menjaringkan dua gol untuk memberikan pasukan Sir Alex Ferguson gelaran juara pertama dalam tempoh 26 tahun.

Hanya dua musim sebelum itu, pada musim 1990/91 Steve Bruce telah mencipta rekod Inggeris dengan menjaringkan 19 gol semusim dalam semua pertandingan. 13 gol adalah di liga.

BACA:  Steve Bruce dan Newcastle United Akhirnya Berpisah Secara Baik