Bekas kapten dan pemain legenda Liverpool, Steven Gerrard telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih kelab Saudi Pro League, Al Ettifaq.
Sebelum ini Gerrard pernah menekankan dirinya tidak akan berhijrah ke Arab Saudi, namun kini bekas pemakai jersi ikonik No.8 di Anfield itu tiba di negara Timur Tengah itu dengan misi memenangi banyak trofi.
โSaya telah ditawarkan untuk ke sana [Arab Saudi]. Saya telah melakukan analisis, tetapi pada ketika ini saya tidak akan menerimanya,โ kata Gerrard sebelum ini.
Namun selepas itu perbincangan di antara Al Ettifaq dan bekas pemain antarabangsa England itu kemudiannya disambung semula, dan akhirnya Gerrard menjadi satu lagi nama besar daripada bola sepak Eropah bersetuju untuk melebarkan sayap ke Saudi Pro League.
๐จ Steven Gerrard with a message to the Ettifaq fans. ๐
(๐ฅ @Ettifaq) pic.twitter.com/RqB6n4LjoZ
โ Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 3, 2023
Mail Sport dalam laporannya mendedahkan pihak pengurusan tertinggi Al Ettifaq kini berada di London untuk memuktamadkan kontrak Gerrard.
Al Ettifaq akhirnya berjaya meyakinkan Gerrard projek yang mereka sedang rancang untuk mendominasi dan menjadi kuasa bola sepak di Arab Saudi dan seantero dunia.
Pelantikan Gerrard juga dijanjikan dengan dana yang besar untuk merekrut pemain-pemain terhebat Eropah yang lain pada hari-hari mendatang.
๐จ Steven Gerrardโs new club Al-Ettifaq are ambitiously targeting a move to sign Jordan Henderson from Liverpool, who has two years left on his contract. ๐ด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ๐ธ๐ฆ
(Source: @ChrisWheelerDM) pic.twitter.com/qfmtP5h1sf
โ Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 3, 2023
Antaranya adalah kapten Liverpool dan pemain tengah genius dengan visi luar biasa, Jordan Henderson.
Gerrard juga dikhabarkan akan merekrut bekas pemain kelab Merseyside itu, Philippe Coutinho yang pernah beraksi di bawah kendaliannya ketika di Aston Villa.
๐จ Al-Ettifaq want to sign both Alvaro Morata and Philippe Coutinho as they look to bolster Steven Gerrardโs team with star players. ๐ธ๐ฆ๐
(Source: @MailSport) pic.twitter.com/rZy3xqrSFN
โ Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 3, 2023
Turut berada di dalam senarai pemain yang sedang dipertimbangkan oleh Gerrard untuk dibawa ke kelab Arab Saudi itu ialah Alvaro Morata dan penyerang Chelsea, Pierre-Emerick Aubameyang.
Pelantikan Gerrard bermakna Al Ettifaq kini menjadi kelab ketiga disertai oleh bekas pemain legenda itu sejak menceburkan diri ke dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan.
Berusia 43 tahun, Gerrard dianggap melalui tempoh yang berjaya ketika bergelar pengurus Rangers di Liga Scotland apabila membawa kelab itu muncul juara Liga Perdana Scotland pada musim 2022/21.
Gerrard kemudiannya kembali ke Premier League dan bergelar jurulatih Aston Villa pada 2021.
Namun selepas hanya dua kemenangan daripada 12 perlawanan pada musim lalu, Gerrard kemudiannya dipecat daripada peranannya itu.