Steven Gerrard menunjukkan kenakalan beliau dengan menganjing para penyokong setan merah di Old Trafford selepas beliau dicemuh oleh seluruh stadium ketika berjalan masuk ke padang.
Seluruh stadium Old Trafford mencemuh Steven Gerrard ketika beliau berjalan masuk ke padang sebelum sepak mula aksi perlawanan antara Aston Villa bertemu Manchester United awal pagi tadi.
Legenda Liverpool itu kena boo dan turut diejek oleh para penyokong sambil beliau ketika itu membalas dengan menunjukkan reaksi menganjing semula kesemua penyokong tersebut.
An #EmiratesFACup 𝗹𝗲𝗴𝗲𝗻𝗱 returns 🙌#EmiratesFACup pic.twitter.com/397cqwa3ou
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) January 10, 2022
Beliau menganjing dengan berpaling semula melihat penyokong setan merah sambil jalan mengundur beberapa langkah sebelum kembali berjalan untuk ke tempat duduknya.
Ia sememangnya satu hal yang sudah boleh dijangka dengan Gerrard tentu akan mendapat sambutan seperti itu ketika berkunjung ke arena seteru utama ketika kariernya sebagai pemain.
Tidak cukup dengan beliau menunjukkan reaksi menganjing, Gerrard turut menambah lagi dengan mengeluarkan kenyataan yang menyindir para penyokong setan merah.
Steven Gerrard on the Old Trafford reception: "Relatively quiet. I have been to noisier stadiums than this. It was a good cup tie, a good atmosphere but in terms of what I got, water off a duck's back." #mulive [bbc]
— utdreport (@utdreport) January 10, 2022
Bercakap tentang suasana bising ketika para penyokong mencemuh beliau, Gerrard menyatakan bahawa:
“Agak sunyi! Saya pernah pergi ke stadium yang lebih bising daripada ini.”
Jelas Gerrard selepas tamat aksi kekalahan 1-0 Villa di tangan Manchester United awal pagi tadi.
“Ia merupakan pertembungan yang baik, atmosphere yang baik dari segi apa yang saya dapat, tapi ia tak beri kesan kepada saya.”
Gerrard sememangnya mempunyai sejarah yang sangat menarik dengan Manchester United dan beliau juga pernah menulis kisah perseteruan antaranya dengan setan merah di buku autobiography miliknya.
Steven Gerrard was asked about the Old Trafford atmosphere 👀 pic.twitter.com/Qn0xBzMElC
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) January 11, 2022
“Saya memang diajar untuk membenci Manchester United.”
Tulis Gerrard dalam autobiography miliknya.
“Ia sudah ditanam dalam fikiran kami, sudah disemai dalam hati kami dan ia sudah sebati dengan jiwa kami sebagai penyokong Liverpool.”
“Ia ditattoo dalam fikiran setiap penyokong Liverpool. Kami tak pernah saling suka sebagai kelab atau bandar, dan permusuhan itu berlanjutan.”
“Liverpool dominan dalam tempoh yang sangat panjang, kemudian, United mengambil alih ketika era Sir Alex Ferguson.”
"I've seen enough tonight to be positive about, even though I'm frustrated to go out of the competition."
The thoughts of Steven Gerrard following our #EmiratesFACup exit, plus a look ahead to the arrival of Philippe Coutinho at Bodymoor Heath. 🗣️ pic.twitter.com/iHApvqYgmw
— Aston Villa (@AVFCOfficial) January 10, 2022
“Untuk tempoh lebih dari 26 tahun, saya sentiasa rasa terdorong untuk menunjukkan sesuatu kepada mereka, mereka memang musuh saya.”
“Jersi mereka merupakan satu-satunya jersi yang saya tak akan benarkan ada dalam rumah saya. Saya ada banyak koleksi jersi yang saya tukar dengan pemain lain, tapi tidak ada satu pun jersi Man Utd.”
Villa boleh dikatakan sangat dominan dalam perlawanan ini, dan mereka lebih banyak menguasai bola berbanding pasukan tuan rumah.
Mereka gagal untuk menjaringkan sebarang gol, melainkan dua gol yang dibatalkan oleh pengadil perlawanan, termasuk keputusan kontroversi dari VAR.
Stevie Gerrard’s reaction walking out at Old Trafford 👀pic.twitter.com/xHVipr7oWy
— Watch LFC (@Watch_LFC) January 10, 2022
Danny Ings berjaya menjaringkan gol dari situasi set-piece, namun begitu gol jaringan beliau telah dibatalkan oleh VAR tanpa sebab yang jelas.
Pengadil mengambil masa hampir tiga minit untuk menilai gol tersebut, sebelum Michael Oliver sendiri pergi menonton rakaman ulang dan memutuskan untuk membatalkan gol tersebut.
Ketika ditanya tentang insiden tersebut, Gerrard menyatakan bahawa:
“Berapa lama kamu rasa?”
“Pengadil mengambil masa selama tiga minit setengah untuk selesaikan satu. Mereka menilai dua ke tiga keputusan.”
“Ketika VAR ada di sana dan mereka membuat keputusan, kamu kena terima keputusan itu.”
"Nearly is not good enough for me or Aston Villa," Steven Gerrard tells talkSPORT. #AVFC pic.twitter.com/crsqq5XgUN
— Ashley Preece (@PreeceObserver) January 10, 2022
“Tidak ada apa pun yang boleh kamu lakukan untuk ubah keputusan itu. Cara paling mudah adalah menyalahkan nasib dan pengadil, tapi kami tak lakukan itu.”
Villa akan kembali memulakan saingan Premier League bertemu Manchester United selepas ini, dengan kali ini perlawanan tersebut akan dilangsungkan di Villa Park.
Bercakap tentang jadual dua kali dalam seminggu bertemu Man Utd, Gerrard menyatakan bahawa:
“Ia sedikit unik untuk bermain dengan pasukan sama dalam tempoh lima ke enam hari. Pemain akan ada kesempatan untuk mengubah mood, ubah perasaan.”
"I have been to noisier stadiums."
Steven Gerrard aims dig at United fans and Old Trafford atmosphere #mufc https://t.co/DLdUG5UGuK pic.twitter.com/SGYwm3gLVs
— Man United News (@ManUtdMEN) January 11, 2022
“Saya sangat yakin mereka kecewa. Mereka bermain dengan sangat baik dan mendominasi permainan, tapi persembahan hebat mereka tak membuahkan hasil, jadi mereka akan ada kesempatan untuk melakukan sekali lagi di Villa Park.”
“Saya tak kecewa dengan persembahan mereka pada malam ini, saya cuma kecewa kami gagal manfaatkan kesempatan dan melepaskan gol mudah.”
Sumber: SPORTbible