Sukan SEA 2019 : Farah Ann Raih Emas Lagi, Rachel Yeoh Gangsa

Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi meraih emas kedua di Sukan SEA 2019 Manila Filipina mankala rakan senegara, Rachel Yeoh meraih pingat gangsa dalam acara Gimnastik Artistik Palang Tidak Sejajar.

Farah Ann melakukan aksi yang kemas dan meyakinkan dipalang tidak sejajar dengan darjah kesukaran 5.1, walaupun pendaratan tidak kemas masih mampu meraih emas dengan 12.367.

Gimnas Vietnam, Do Thi Ngoc Huong mengutip pingat perak di tempat kedua dengan 11.767 mata dan gangsa pula milik Rachel Yeoh Li Wen dengan 11.767 mata juga.

1. Emas – Farah Ann Abdul Hadi(Malaysia) – 12.367 mata
2. Perak – Rifda Irfanaluthfi(Indonesia) – 11.767 mata
3. Gangsa – Rachel Yeoh Li Wen – 11.767 mata

Semalam Farah Ann telah meraih emas dalam acara Women Artistic Gymnastics Individual All-Around(Gimnastik Artistik Individu Keseluruhan Wanita) selepas mempamerkan aksi kebangkitan.

Sebelum ke Sukan SEA 2019, Farah Ann telah melayakkan diri ke sukan Olimpik Tokyo 2020 yang merupakan satu impiannya sejak kecil dan sejak menjadi gimnas dan menjadi gimnas pertama layak dalam tempoh 16 tahun.

Farah Ann menjadi gimnas ketiga Malaysia yang layak ke Olimpik. Au Li Yen layak pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney dan Ng Shu Wai Sukan Olimpik 2004 di Athens yang kini menjadi jurulatih Farah Ann.

Gimnas Malaysia yang pernah layak ke Olimpik :

1. Au Li Yen – Sukan Olimpik 2000 Sydney Australia
2. Ng Shu Wai – Sukan Olimpik 2004 Athens Greece
3. Farah Ann – Sukan Olimpik 2020 Tokyo Jepun

Ini merupakan pingat emas ke-6 Farah Ann yang kini berusia 25 tahun sepanjang penglibatannya di Sukan SEA :

Sukan SEA 2015 Singapura

1. Acara berpasukan – Emas
2. Acara senaman lantai Emas

Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

1. Acara berpasukan – Emas
2. Acara senaman lantai – Emas

Sukan SEA 2019 Filipina

1. Individu Keseluruhan – Emas
2. Palang Tidak Sejajar – Emas

Baca Juga

Baca Juga