Simulasi Susunan 26 Pemain b23 Selepas 4 Pemain Dikeluarkan

Simulasi susunan pemain ini menunjukan ketiadaan Azam Azih lebih teruk terjejas berbanding kehilangan Matthew Davies, Zafuan dan Syamer. Mengapa?

Mengikut peraturan pendaftaran pemain bagi kejohanan Sukan Asia, setiap negara dibenarkan mendaftar 20 pemain. Pada fasa pertama 30 nama boleh dihantar kepada pihak penganjur. 20 nama akhir tersebut tidak boleh datang dari luar senarai 30 pemain tadi.

Selepas nama 30 pemain tersebut diahantar, skuad negara kehilangan 2 pemain dari Pahang kerana Azam Azih dan Matthew Davies tidak melaporkan diri sehingga jam 5 petang kelmarin.

Selang sehari selepas itu skuad Dato Ong Kim Swee kehilangan 2 lagi pemain. Aidil Zafuan dan Syameer Kutty Abba mengalami kecederaan ketika latihan. Kedua-dua pemain ini datang dari kelab JDT.

Pada kejohanan Piala Asia b23 yang berlangsung di China Januari lepas, Dato Ong Kim Swee cenderung menggunakan formasi 3-4-2-1. 17 pemain yang bermain di kejohanan tersebut dikekalkan untuk kejohanan Sukan Asia.

Melihat kepada baki senarai pemain yang tinggal dan formasi kecenderungan Dato Ong Kim Swee tadi kelihatan beliau berkemungkinan kekal dengan formasi tersebut.

24 senarai pemain utama Dato Ong Kim Swee jelas beliau mungkin masih kekal dengan 3-4-2-1. Situasi semasa juga menunjukan ketiadaan Azam Azih boleh menolak Baddrol lebih kebawah

Impak ketiadaan Azam Azih (Pahang) menjadikan sistem 3-4-2-1 tidak lagi seimbang walaupun skuad ini masih belum dikecilkan menjadi senarai 20.

Tiada pemain dalam senarai menunggu bagi menggantikan pemain tersebut.

Dato Ong Kim Swee boleh menarik nafas lega kerana masih lagi mempunyai Syahmi Safari (Selangor) bagi menggantikan ketiadaan Matthew Davies (Pahang).

Kecederaan Aidil Zafuan dan Syamer Kutty Abba (JDT) masih boleh ditampung Shahrul Saad (Perak), R.Kogileswaran (Pahang) ataupun Akhyar Rashid (Kedah).

Adib Zainuddin (JDT II) dan Evan Wensley (Sabah) bakal bersedia dipanggil jika terdapat masalah di posisi pertahanan tengah.

Tiada pemain penyerang dan penjaga gol dalam senarai menunggu malahan mungkin akan ada 2 pemain dari posisi tersebut akan disingkirkan dari senarai akhir nanti.

Semalam pihak The Sukan telah memberi infografik berkaitan Azam dan Davies sangat penting untuk Pahang bagi menghadapi saingan Piala Malaysia. Hari ini pihak kami memberikansimulasi ringkas diatas untuk menggambarkan Azam juga sangat penting dalam perancangan Dato Ong Kim Swee.

Daniel Amier (Felda Utd) dan Akif Syahiran (Kelantan) bakal menjadi pemain utama kecuali Baddrol Bakhtiar (Kedah) diturunkan lebih kebawah.

Tommy Mawat Bada (PJ Rangers) dijangka menjadi pilihan akhir dalam posisi tersebut. Tiada penyingkiran pemain dijangka berlaku di seksyen ini.

Skuad Malaysia b23 dalam persiapan menjelang Sukan Asia.- Foto Utusan Online

Pasukan-pasukan yang layak ke Sukan Asia ditentukan melalui kedudukan semasa negara. 20 pasukan berada di ranking terbaik terus layak ke Indonesia 2018 bersama tuan rumah. Tiada perlawanan kelayakan.

Malaysia diundi bersama Korea Selatan, Kyrgystan, Emeriah Arab bersatu dan Bahrain. Malaysia akan membuka kempen pada 10 Ogos dengan menentang Kyrgystan.

Baca Juga

Baca Juga