“Tak Berakal” – Penyokong Setan Merah Dihentam Kerana Lempar Objek Ke Arah Diego Simeone

Diego Simeone berdepan situasi cemas apabila sekumpulan penyokong setan merah melempar objek ke arahnya ketika beliau dalam perjalanan pulang ke bilik persalinan.

Sebaik tamat aksi kemenangan Atletico Madrid menewaskan Manchester United, Diego Simeone terus berlari untuk masuk ke terowong.

Dalam perjalanan beliau untuk sampai ke terowong, segelintir penyokong United mula menunjukkan sikap biadap serta tak berakal apabila mereka melempar objek seperti botol minuman ke arah pengurus Atletico Madrid itu.

Juara bertahan saingan La Liga itu berjaya mempamerkan aksi bertahan masterclass untuk memastikan Man Utd gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan ini.

Mereka cemerlang menunjukkan jalan keluar kepada pasukan tuan rumah untuk mara ke peringkat suku akhir saingan Champions League.

Gol tandukan dari Renan Lodi pada aksi babak pertama permainan sudah cukup untuk menyingkirkan Manchester United di pusingan 16 terbaik saingan Champions League musim ini.

Para penyokong Manchester United kecewa dengan pasukan mereka sendiri, bengang dengan cara permainan pasukan lawan dan turut mempersoalkan mutu pengadilan, Slavko Vincic dalam perlawanan tersebut.

Selepas wisel penamat dibunyikan, mereka melepaskan rasa marah itu kepada pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone.

Pengurus dari Argentina itu hanya melakukan rutin kebiasaannya dengan beliau akan segera berlari masuk ke bilik persalinan sebaik wisel penamat dibunyikan.

Namun kali ini, pengurus Atletico Madrid itu berdepan detik cemas apabila segelintir penyokong setan merah memilih untuk melempar objek ke arahnya ketika beliau sedang berlari menuju terowong.

Sepertinya tangan para penyokong United tak berbedung dengan semua lemparan mereka langsung tak mengenai Diego Simeone.

Tak payah elak pun tak kena, nampak punya dungu cara diorang melempar objek?

Walau semua objek itu tidak tepat mengenai Simeone, namun harus di akui tindakan para penyokong setan merah itu agak keterlaluan dan dikritik oleh ramai peminat di media sosial.

“Saya rasa sikap penyokong Manchester United semakin lama semakin biadap, mereka semakin mundur bukan semakin maju seperti penyokong pasukan lain.”

“Tak boleh terima kekalahan? Mentaliti apa yang sedang mereka tunjukkan? Betul-betul memalukan.”

“Sebab tu mereka tak layak menang apa-apa, mentaliti penyokong mereka sampah. Kenapa perlu serang pengurus lawan?”

“Kalau dah kalah tu sepatutnya terima saja lah, keluar terus dari stadium bukan tunjukkan perangai tak bertamadun seperti ini.”

“Sangat-sangat memalukan, pihak FA perlu hukum penyokong Man Utd, mereka benar-benar memalukan bola sepak Inggeris.”

Simeone sememangnya akan terus berlari masuk ke terowong tanpa memperdulikan keputusan perlawanan, dengan beliau lebih selesa untuk ada di bilik persalinan berbanding bersalam-salaman di atas padang.

“Saya tak suka pertemuan selepas tamat perlawanan kerana ada dua emosi berbeza dari dua pasukan berbeza.”

Jelas Simeone pada November tahun lalu.

“Saya tahu di UK itu adalah adat tapi saya tak amalkan itu dan saya tak suka kalau lakukan itu dengan adanya kepalsuan.”

Skuad kendalian Diego Simeone itu sekali lagi membuktikan yang mereka sememangnya pakar dalam situasi bertahan.

Pasukan yang pernah dua kali beraksi di pentas perlawanan akhir Champions League itu akan beraksi di peringkat suku akhir selepas ini dengan undian akan dilakukan pada Jumaat.

Man Utd pula sementara itu akan sekali lagi mengakhiri kempen mereka dengan tangan kosong buat kali keenam berturut-turut.

Skuad kendalian Ralf Rangnick itu selepas ini akan berusaha sehabis daya mereka untuk mengakhiri saingan Premier League di kelompok empat teratas.

Seandainya mereka gagal, ia bermaksud setan merah musim depan tidak akan berada di pentas saingan Champions League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Andre Onana Risau Hilang Gelaran Penjaga Gol Utama Man Utd Kerana AFCON