Manchester United sepertinya tak bosan melakukan rundingan bersama Barcelona untuk mendapatkan pemain midfield, Frenkie de Jong.
Selepas bidaan pertama mereka ditolak sebelum ini, Manchester United kini sedang mengadakan rundingan secara dalaman untuk membincangkan tentang bidaan kedua.
Menurut satu muat naik dari manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano, Manchester United ketika ini sedang berunding sesama sendiri untuk melihat kebarangkalian mereka mahu menghantar bidaan kedua.
Manchester United are internally discussing making a second bid for Frenkie de Jong, according to reports.
— Utd District (@UtdDistrict) June 19, 2022
Memandangkan bidaan pertama ditolak atas alasan nilai yang ditawarkan terlalu rendah, setan merah kini sedang berusaha menghantar bidaan kedua yang lebih tinggi.
Kesemua pegawai yang terlibat di Old Trafford sangat yakin yang Barcelona akan menerima tawaran yang lebih rendah untuk melepaskan De Jong.
Memandangkan kedudukan ekonomi Barca tidak begitu baik pada ketika ini, maka United percaya mereka akan mampu mendapatkan De Jong dengan harga yang lebih rendah.
Erik Ten Hag sendiri sebelum ini telah mengesahkan yang beliau mahu menjadikan bekas pemainnya, De Jong sebagai pemain sasaran utama pada musim panas ini.
Spanish Media Claim Frenkie De Jong To Manchester United Is 'Done'
👉 https://t.co/bXlwgwVqk9[@NewsUnitedStand] #mufc pic.twitter.com/COnNtb4XKg
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) June 20, 2022
CEO kelab, Richard Arnold telah memberikan kepercayaan penuh kepada Ten Hag dan director football kelab, John Murtough untuk menguruskan hal berkait perpindahan pemain.
Ten Hag sebelum ini berjaya membantu De Jong untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya bersama Ajax.
Pengurus dari Belanda itu berjaya menjadikan Frenkie de Jong sebagai antara pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak dan kerana itulah beliau mahu membawa bekas anak buahnya itu ke Old Trafford.
Ten Hag mahu membina skuad terbaru Man Utd menggunakan de Jong sebagai nadi terpenting dalam skuadnya di Old Trafford musim baharu nanti.
Sepanjang karier De Jong di Nou Camp, beliau sepertinya gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dan sepertinya bakat yang beliau ada tidak digunakan dengan baik.
Memandangkan Paul Pogba sudah meninggalkan kelab, maka posisi midfield menjadi keutamaan untuk United selesaikan.
“HE’S NOT WORTH £80M…” @markgoldbridge discusses the rumours that Ten Hag is fighting hard to sign De Jong for £350,000 per week with an £80M price tag.
Is this good business?
➡️ https://t.co/0FkhnTQ8v8 pic.twitter.com/Wh97KS4xzn
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) June 20, 2022
De Jong merupakan satu-satunya pemain yang United boleh tandatangani sebagai pengganti Paul Pogba.
Sepanjang jendela perpindahan musim panas ini, Manchester United masih lagi belum berjaya mendapatkan mana-mana pemain dan hal itu sedikit sebanyak membuatkan para penyokong kecewa.
Melihat pasukan seteru tak henti-henti membawa masuk pemain baru, jelas sekali hal itu membuatkan para penyokong setan merah semakin maka hati dan berduka.
Manchester City berjaya melengkapkan penandatanganan Erling Haaland dari Borussia Dortmund dengan United sendiri sebelum ini hangat dikaitkan dengan bintang Norway itu.
Lebih pedih lagi, Liverpool turut berjaya menyailang Darwin Nunez dari menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.
Skuad setan merah hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani pemain kebangsaan Uruguay itu, namun dengan tiba-tiba Liverpool turut serta menghantar bidaan dan akhirnya berjaya melengkapkan perpindahan bintang Benfica itu.
Kedua-dua Liverpool dan Manchester City pada ketika ini jauh mengatasi Man Utd dari segi aksi atas padang mahupun rundingan mendapatkan pemain.
Manchester United are discussing internally about submitting a new proposal for Frenkie de Jong in the next days. It’s a serious possibility, while talks with Barça are still on. 🚨🇳🇱 #MUFC
Deal will enter into key stages after €60m [& add-ons] verbal, opening bid turned down. pic.twitter.com/S434UHZXCL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 19, 2022
Walau bagaimanapun, seandainya Man Utd berjaya melengkapkan perpindahan De Jong, mereka sepertinya akan mampu menenangkan sedikit kebimbangan para penyokong menjelang bermulanya musim baharu nanti.
Man Utd juga bakal mampu mengalihkan perhatian mereka untuk mencari pemain baru, dalam usaha untuk memantapkan skuad mereka pada musim hadapan.
United meminta Barca mengurangkan harga €10 ke €15 juta dari harga asal untuk mendapatkan De Jong, dan mereka sangat berharap rundingan tersebut akan mampu dimuktamadkan pada minggu ini.
Skuad setan merah sangat berharap De Jong akan bersama mereka pada musim panas ini untuk aksi pra musim nanti dan bersedia untuk beraksi bersama skuad utama United pada musim hadapan.
Man United are discussing internally about submitting a new proposal for Frenkie de Jong in the next days. It’s a serious possibility, while talks with Barcelona are still on.
Deal will enter into key stages after €60m + add-ons verbal, opening bid turned down [@FabrizioRomano]
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) June 19, 2022
Manchester United sangat berharap mereka akan mampu untuk setidak-tidaknya mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas musim hadapan, atau menjuarai saingan Europa League untuk mendapat slot ke saingan Champions League musim berikutnya.
Frenkie de Jong bakal memainkan peranan penting dalam sistem kendalian Erik Ten Hag dan kerana itulah Man Utd sanggup membuang masa menunggu beliau.
Sumber: SPORTbible