Neville: Manchester United Terpaksa Bayar Gaji Mahal Kerana Mereka Tidak Kuat Macam Dulu

Penurunan prestasi Manchester United sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan mereka terpaksa membayar gaji lebih mahal dari pasaran bagi memastikan pemain bintang tidak meninggalkan kelab tersebut, menurut dakwaan bekas pemain United dan England, Gary Neville.

Sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan Old Trafford pada tahun 2012, Red Devils melalui zaman kejatuhan sehingga kini dan mereka masih lagi gagal memenangi Liga Perdana Inggeris di bawah pengurus baru.

Manchester United yang semakin lembik menyebabkan mereka terpaksa membayar gaji yang tidak masuk akal. Bodoh

Neville yang kini bekerja sebagai pengulas sukan di Sky Sports, percaya Manchester United telah kehilangan kuasa ketika duduk berbincang dengan pemain mengenai isu kontrak memandangkan pasukan tersebut tidak kuat seperti dahulu kala.

Dalam perkembangan terbaru, Manchester United mengaktifkan klausa dalam kontrak penjaga gol, David De Gea untuk melanjutkan kontrak pemain tersebut selama setahun lagi. Ini bermakna kontrak De Gea hanya akan tamat pada penghujung musim 2019/2020.

Mengikut perjanjian asal, kontrak De Gea akan tamat pada penghujung musim ini dan beliau akan dibenarkan mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab di luar England pada Januari yang akan datang.

Dengan mengaktifkan klausa dalam kontrak De Gea, ia telah memberikan lebih masa buat Red Devils untuk memujuk De Gea menandantangani kontrak baru jangka panjang bersama kelab tersebut.

Mujur ada klausa 1 tahun lanjutan dalam kontrak De Gea. Kalau tak dah cabut hujung musim ini

Selain De Gea, Manchester United juga berdepan isu yang sama dengan seorang lagi pemain utama iaitu Anthony Martial. Kontrak Martial akan tamat pada penghujung musim 2019/2020 dan mereka perlu bertindak cepat untuk melanjutkan kontrak Martial sebelum pemain tersebut berpindah ke pasukan lain.

Berdasarkan situasi semasa Manchester United, mereka terdesak untuk mengekalkan pemain utama seperti De Gea dan Martial bagi mengelak United dari terjerumus ke lembah penuh kehinaan.

Menurut Neville, keadaan ini menyebabkan pihak kelab tidak mempunyai banyak kuasa untuk mendapatkan perjanjian terbaik dengan ejen pemain berada di posisi yang kuat untuk meminta gaji yang luar biasa.

“Manchester United seperti sebuah kelab yang terpaksa membayar gaji terlebih mahal bagi memastikan pemain mereka terus kekal. Ini berlaku kerana mereka tidak lagi berada dalam posisi yang kuat. Secara asasnya, pemain akan cuba membawa kontrak mereka sehingga penghujung musim.”

Yang ni pon tunggu masa nak cabut kalau Setan Merah terus bangang

“Pemain dibenarkan untuk tidak menandatangani kontrak baru kerana Manchester United tidak lagi berada di posisi yang kuat menyebabkan mereka terpaksa membayar gaji yang lebih mahal.”

“Kelab lain juga ada yang terpaksa membayar gaji mahal tetapi mereka berada dalam posisi yang lebih kuat dimana mereka mampu berkata kepada pemain, ‘Tiada masalah. Kami akan jual kamu dan akan mencari pemain lain kerana ramai lagi yang beratur untuk bermain dengan pasukan ini’.”

“Manchester United sudah hilang kekuatan mereka. Mereka tidak lagi mampu untuk ‘nego’ dan perlu membayar gaji yang mahal kepada pemain mereka sendiri.”

BACA:  Penyokong Chelsea Kecewa VAR Tak Bagi Kad Merah Insiden Maguire Tapak Punai Batshuayi