Penyokong Chelsea Kecewa VAR Tak Bagi Kad Merah Insiden Maguire Tapak Punai Batshuayi

Chelsea tewas dengan memalukan dalam aksi menentang Man United di Stanford Bridge.

Apa yang paling mengecewakan, ini adalah kekalahan ketujuh Chelsea di tempat sendiri musim ini dalam semua pertandingan.

Itu rekod kekalahan di home terbanyak sejak 1994/95, pada musim itu mereka tak kaya lagi dan tidak ada peminat sangat di dunia ini.

Manchester United ternyata unggul dengan taktikal genius daripada Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United menang 2-0 ke atas Chelsea. Ternyata Lampard hanyalah barang mainan Ole untuk melepaskan nafsu beliau yang tak berapa serakah apabila bertemu pasukan lain.

Gol pertama Man United adalah hasil tandukan pemain yang ada klausa Ballon d’Or iaitu Anthony Martial.

Gol itu berpunca daripada kebijaksanaan yang tiada tara oleh Aaron Wan-Bissaka. Pemain yang terkenal dengan kehebatannya membaca perlawanan itu, telah melakukan hantaran lintang persis David Beckham sebelum dibaling kasut oleh Sir Alex.

Martial melakukan tandukan kilas yang hanya mampu diperhatikan oleh Willy Caballero yang kerap dikaitkan dengan wajah seperti Joni Dosa.

Chelsea membalas gol itu dengan gol Kurt Zouma. Seluruh Stamford Bridge bergema. Namun Ole hanya tenang melihat perlakuan mereka kerana Ole dah tahu benda tu tak gol.

Gol itu diharamkan daripada bumi Stamford Bridge. Kerana ada Foul sebelum gol.

Penyokong Chelsea bengang dengan VAR. Sementara penyokong Manchester United pula gembira kerana adanya VAR membolehkan keadilan ditegakkan.

Lampard pula tidak faham bagaimana ia boleh berlaku. Lampard merupakan manusia pertama yang membuatkan Fifa gelabah membawa masuk goal line technology selepas rembatannya dulu dalam aksi menentang Jerman dikatakan tak gol, walaupun jauh masuk.

Man United di dalam dengan gol kedua menerusi Maguire. Pemain pertahanan termahal dunia. Beliau membuktikan, Man United untung setiap sen membelinya.

Chelsea membalas lagi gol itu menerusi Olivier Giroud. Sekali lagi teknologi VAR menarik gol itu. Kerana Giroud sudah ofsaid.

Chelsea menang 2-0 dalam aksi itu. Eh kalah 0-2.

Selepas tamat perlawanan penyokong Chelsea melepaskan geram mereka di media sosial. Mereka mempersoalkan kenapa VAR Tak menghumban keluar Harry Maguire daripada perlawanan?

Ini kerana insiden awal melibatkan Maguire dengan Batshuayi menyaksikan pemain pertahanan termahal dunia itu menapak alat sulit Batshuayi yang membuatkan pemain itu senak.

Tidak dapat dipastikan status kesakitan dan darjah kelebaman pada aset disembunyikan oleh Batshuayi itu.

Lantas peminat Chelsea menganggap VAR adalah berat sebelah dan menentang mereka sepanjang malam.

Ada juga yang membandingkan insiden itu dengan Son Heung Min yang mendapat kad merah kerana menapak dada Rudiger.

Namun begitu, sebagai pemain bintang ternama, dan berkarisma, Maguire ada penjelasan tentang semua itu.

Beliau berkata, itu adalah reaksi semulajadi kerana beliau bereaksi ke atas Batshuayi yang mahu jatuh menimpanya.

Jika tiada Maguire maka perlawanan ini akan hilang seri. Siapa nak tengok game ni kan?

BACA:  Marcus Rashford Hantar Manchester United Ke Top 4