Kenali 6 Sasaran Bek-Kiri Manchester United Untuk Menggantikan Shaw Dan Malacia Yang Cedera

Manchester United sedang mencari seorang pertahan-kiri baharu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Luke Shaw. Pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan hamstring dan akan diketepikan selama 3 bulan.

Tyrell Malacia juga masih berada dalam senarai kecederaan. Dia memerlukan beberapa minggu lagi untuk kembali turun ke sesi latihan. Malacia telah terlepas semua sesi persiapan pramusim lepas.

Dalam pertemuan menentang Nottingham Forest, Ten Hang telah menggunakam Diogo Dalot sebagai pemain pertahanan-kiri namun dia tidak begitu menyakinkan. Dalot boleh bermain di posisi itu tetapi Ten Hag mahu seorang pemain yang lebih spesifik.

Alvaro Fernandez merupakan pemain muda yang dinilai tinggi oleh kelab. Pemain berusia 20 tahun ini dinobatkan sebagai pemain muda terbaik Preston North End ketika dia bersama kelab itu sebagai pemain pinjaman.

Fernandez menyertai pasukan senior sepanjang sesi jelajah pra-musim. United melihat, pemain ini masih belum bersedia untuk diketengahkan ke dalam skuad senior. Fernandez dalam pertimbangan untuk dipinjamkan ke Grenada.

Dalam situasi sekarang, United tidak lagi me mempunyai bajet besar. Mereka dijangka akan terus menggunakan Dalot dan Fernandez sementara menunggu Shaw dan Malacia pulih sepenuhnya.

Namun ia tidak bermakna United tidak akan berusaha untuk mendapatkan pengganti sementara. Mereka telah melakukan beberapa usaha untuk menyelesaikan masalah jangka pendek itu. Ini adalah beberapa sasaran United,

Marc Cucurella, 25 (Chelsea)

Manchester United telah lama meminati Cucurella. Bekas pemain remaja Barcelona ini pernah menjadi berada dalam radar United ketika dia masih bersama Brighton.

United telah memulakan langkah rasmi untuk mendapatkan Cucurella. Mereka mahu mendapatkannya secara pinjaman.

Cucurella telah kehilangan tempat di Chelsea. Mauricio Pochettino memberi posisi pertahanan-kiri Chelsea kepada Ben Chilwell.

Malah Ian Maatsen, 21 lebih dipercayai oleh jurulatih itu untuk menjadi pemain sokongan kepada Chilwell.

Chelsea tidak mempunyai masalah untuk meminjamkan Cucurella kepada mana-mana pasukan yang berminat dengannya tetapi Chelsea mahukan yuran pinjaman sebanyak £7 juta.

Yuran ini lah yang menjadi batu penghalang kepada United. Sama ada mereka mampu atau mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu untuk menyelesaikan masalah jangka pendek mereka.

Nicolas Tagliafico, 30 (Lyon)

Tan Hag sudah mengenali pemain ini sejak sekian lama. Ketika pengurus itu bersama Ajax, mereka telah membeli Tafliafico dan United mahu mendapatkannya pada musim pertama pengurus itu bersama United. Namun Tagliafico memilih untuk pergi ke Lyon.

Tagliafico merupakan sebahagian pemain skuad kebangsaan Argentina yang memenangi Piala Dunia. Dia bermain 6 kali sepanjang kempen itu di Qatar.

Lyon terbuka untuk berunding jika United berminat untuk mendapatkan pemain berusia 31 tahun ini. Namun Lyon mahukan bayaran dan syarat United wajib membeli pada masa akan datang.

United akan mempertimbangkan untuk melakukan tawaran rasmi sebelum jendela perpindahan ditutup pada hari Jumaat ini. Selain United, Fulham juga berminat untuk mendapatkan Tagliafico.

Marcos Alonso, 32 (Barcelona)

Alonso telah memenangi trofi Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala FA ketika dia bersama Chelsea. Alonso merupakan pemain paling berpengalaman di Liga Perdana dalam senarai pemain dikehendaki United.

Pengurus Barcelona bersedia melepaskan Alonso. Alonso hanya bermain 1 dari 3 perlawanan Barcelona pada musim ini.

Kontrak Alonso di Barcelona cuma berbaki kurang dari 12 bulan. Dia menerima gaji £170 ribu seminggu dan gaji akan menjadi sebab utama jika United tidak berminat untuk mendapatkannya.

Sergio Reguilon, 26 (Tottenham)

Tottenham mahu menjual Reguilon dan terbuka kepada mana-mana kelab yang mahu meminjamnya.

Spurs tidak akan mengenakan sebarang yuran pinjaman selagi kelab tersebut akan membayar 100% gaji Reguilon. Pemain ini menerima gaji mewah di Spurs.

Ketika bersama Sevilla, Reguilon beraksi cemerlang ketika kelab itu bertemu United dalam perlawanan Piala Europa peringkat separuh akhir.

Reguilon berada dalam radar sasaran United sebelum United beralih kepada Alex Telles.

Luke Thomas, 22 (Leicester City)

Para peminat United mungkin mengenali Thomas ketika dia menjaringkan satu gol yang menakjubkan di Old Trafford pada Mei 2021. Ketika itu Leicester berada dibawah bimbingan Brendan Rodgers.

Pada musim ini Thomas masih belum membuat sebarang kemunculan bersama Leicester dibawah pengurus Enzo Maresca.

Maresca lebih percayakan Callum Doyle, 19. Pemain muda ini lebih berkebolehan bermain sebagai pemain sayap songsang. Doyle dipinjam dari Manchester City dan Maresca adalah bekas pembantu Guardiola.

Thomas adalah pilihan yang lebih murah dan Leicester sanggup melepaskannya secara pinjaman jangka pendek, 6 bulan.

Sepanjang 3 musim Thomas bersama Leicester, dia telah tampil sebanyak 44 kali sebagai pemain kesebelasan utama.

Ryan Bertrand, 34 (Leicester City)

Seorang lagi pemain Leicester yang tidak lagi berada dalam perancangan kelab itu. United boleh mendapatkan dengan kos rendah dan Bertrand merupakan bekas pemain kebangsaan England.

Bertrand juga mempunyai pengalaman besar di Liga Perdana dengan sebuah kelab besar iaitu Chelsea, dia tampil sebanyak 485 kali bersama kelab itu.

Namun pada musim lepas Bertrand hanya tampil sebanyak 11 kali dan kini tidak lagi berada dalam perancangan Leicester.

Untuk menyelesaikan jangka pendek, Bertrand berada dalam senarai pilihan akhir United.

BACA:  Guardiola: Kejuaraan Liga Lebih Bermakna Daripada Liga Juara-Juara Eropah