Mason Greenwood Berkemungkinan Kembali Sertai Man Utd Kerana Klausa Khas

Mason Greenwood berpotensi kembali menyertai Manchester United pada musim ini disebabkan oleh klausa yang terkandung di dalam kontrak pinjaman pemain itu bersama Getafe.

Greenwood menyertai kelab La Liga itu secara pinjaman seala semusim pada hari terakhir jendela perpindahan yang lalu setelahh United mencapai persetujuan untuk membenarkan pemain berusia 21 tahun itu meninggalkan Old Trafford.

“Mason Greenwood telah menyertai kelab La Liga Getafe secara pinjaman selama semusim bergantung kepada pelepasan antarabangsa. Perpindahan ini akan membenarkan Greenwood membina kembali kariernya selain daripada di Manchester United.

“Pihak kelab akan terus memberikan sokongan kepada Mason dan keluarganya sepanjang tempoh transisi ini,” ujar kenyataan daripada United pada ketika itu.

Bagaimanapun tempoh pinjaman Greenwood bersama Getafe berpotensi tamat seawal Januari ini.

Menurut laporan The Athletic, kontrak pemain itu di La Liga mempunyai klausa yang membenarkan Getafe menghantar pulang Greenwood ke Old Trafford sekiranya tidak berpuas hati dengan prestasi dan sumbangannya.

Sebelum ini Greenwood telah ditawarkan kepada beberapa kelab Eropah termasuk kelab Premier League seperti Brentford yang menolak tawaran itu.

Pengurus Getafe Jose Bordalas mempertahankan keputusan kelab mengikat pemain itu, walaupun mengakui situasinya agak janggal.

“Ia agak janggal apabila perlu berhadapan dengan isu sebegini,” ujar Bordalas ketika menjelaskan ketibaan Greenwood di kelab itu sebelum ini.

“Semua orang tahu apa yang telah berlaku dan perkara sepatutnya telah diberikan penekanan. Semua orang juga tahu bagaimana ia berakhir, dan perkara yang dilakukannya tidak disabitkan.

“Dia adalah seorang pemain bola sepak yang beraksi di tahap tertinggi dan kini tiba di Getafe dengan semangat baharu.

“Saya sudah memberi bercakap dan komen perkara sepatutnya. Saya hanya boleh berbicara hal bola sepak.

“Kita semua tahu potensi yang dimilikinya. Dia masih muda. Padausia 21 tahun kami boleh membantu beliau menghadapi situasi ini.

“Ini adalah liga dan saingan yang berbeza tetapi dengan potensi dimilikinya saya pasti jika beliau mempunyai fizikal yang baik saya yakin dengan kemampuannya.

“Dia sangat muda dan kami dimaklumkan dia mahu memulihkan karier profesionalnya dan Getafe akan membantu pemain ini untuk menjayakannya.”

BACA:  Premier League 2021/22: Manchester United 1-0 Crystal Palace