Telles Laung Amaran Kepada Liverpool: “Kami Datang, Kami Datang Untuk Menang”

Alex Telles menyatakan bahawa Manchester United datang ke Anfield adalah untuk menang. Ini menepis dakwaan bahawa Manchester United mungkin hanya mahu mencuri sebarang mata dari Anfield. Misi utama Man United adalah 3 mata.

Telles menyebut ikrar itu dalam laman rasmi Manchester United. Pada masa yang sama fullback Brazil itu berjanji akan mengenepikan persahabatannya dengan pemain pemain Brazil yang mewakili Liverpool terlebih dahulu untuk 90 minit.

Manchester United hadir ke Merseyside dengan keyakinan yang tinggi selepas menang bergaya ke atas Norwich di mana Cristiano Ronaldo mencetak hatrik dalam perlawanan tersebu.

Ianya melegakan tekanan pada Manchester United yang sebelum itu hanya mengutip 1 mata daripada 2 perlawanan menentang Everton dan Leicester.

Liverpool apa kurangnya. Mereka masih mencabar kejuaraan. Seri dengan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu lalu. Layak ke separuh akhir UCL dan kemudian layak pula ke final Piala FA.

Dalam perlawanan pertama awal musim, Liverpool bernasib baik menang 5-0 ke atas Manchester United pada masa itu.

Telles menegaskan bahawa dia sudah biasa bermain dalam derbi besar seperti ini. Pengalaman itu penting untuk dia menghadapi perlawanan seperti ini.

Aksi antara Liverpool dan Manchester United adalah aksi yang wajib menang bagi kedua dua pasukan.

Jika Liverpool kalah, mereka sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada EPL jika Manchester City menang hari berikutnya.

Begitu juga dengan Manchester United mungkin akan menderita tak dapat beraksi di UCL musim hadapan. Tempat yang sentiasa menjadi tempat selayaknya mereka berada.

Telles berkata: “Saya sangat gembira mewakili pasukan ini. Saya akan buat yang terbaik untuk Manchester United.”

“Sudah tentu ini perlawanan derbi yang sengit. Kami sudah bersiap sedia dan kami tahu kamu harus bermain untuk menang dalam derbi. Saya tak rasa ada motivasi lain diperlukan untuk bermain baik di gelanggang lawan yang sukar.”

“Kami semua pemain yang mewakili Manchester United. Kami semua bermotivasi dan sedar akan tanggungjawab kami. Ini akan menjadi perlawanan yang sukar. Namun kami dah bersedia untuk perlawanan ini dan memenanginya.”

Bercakap tentang pershabatan sesama Brazil dengan pemain seperti Alisson, Firmino dan Fabinho. Telles berkata: “Persahabatan kekal di luar padang. Namun apabila kami masuk ke atas padang, kami berjuang untuk pasukan dan rakan sepasukan.”

Telles sebelum ini melakukan assist kepada Cristiano Ronaldo dalam kemenangan dramatik mereka ke atas Norwich.

Ralf Rangnick sendiri sudah tak sabar untuk bertemu dengan pengurus yang dikatakan menjadi anak muridnya di Universiti Gegenpressing.

Datuk Profesor Madya Rangnick juga menegaskan bahawa dia sedar Liverpool amat kuat. Dan ianya bukan satu kebetulan. Sebaliknya dibina oleh Klopp dalam 6 – 7 tahun dengan menggunakan pemain yang tepat.

Prof dalam kuliahnya dengan wartawan turut mengklaim bahawa dia memainkan peranan penting dalam kejayaan Liverpool. Kerana Klopp sangat sukakan pemain yang dilatihnya.

Ini termasuk Sadio Mane, Naby Keita, Takumi Minamino, Roberto Firmino dan Joel Matip.

Rangnick Klaim Dirinya Watak Penting Kehebatan Liverpool: “Ramai Pemain Saya Kat Situ”

Ralf Rangnick mengadakan sidang media seperti biasa sebelum perlawanan panas antara Manchester United dengan Liverpool di Anfield.

Dan pengurus tersebut mahu mengambil kredit di atas kehebatan Liverpool pada hari ini di bawah Jurgen Klopp.

Menurut Rangnick, tanpa dia [Rangnick] Liverpool mungkin tak sehebat yang ada sekarang.

Namun pada masa yang sama Rangnick mengakui Liverpool pasukan yang hebat. Sambil menegaskan ianya bukan kebetulan tetapi ianya kerana sistem yang dibina oleh Klopp. Ini termasuk beberapa pemain yang Rangnick pernah tandatangani dahulu disambar Klopp.

Rangnick seolah olah mahu penyokong Liverpool sedar sikit bahawa, tanpa ayahanda gegenpressing bernama Rangnick tak mungkin mereka akan menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan kemudian memenangi UCL dan terbaru Piala Liga, dalam era Jurgen Klopp.

Rangnick berkata, dia adalah orang yang menjumpai bakat bakat yang tidak terkenal seperti Sadio Mane, Ibrahima Konate, Takumi Minamino, Roberto Firmino, Naby Keita dan Joel Matip sebelum mereka menjadi pemain Jurgen Klopp.

Mane, Keita, Konate dan Minamino adalah pemain yang disambar Rangnick ketika dia bersama dengan RB Leipzig dan Rb Salzburg.

Sementara Joel Matip adalah pemainnya ketika di Schalke. Roberto Firmino turut menjadi pemain ditandatangani Rangnick ketika di Hoffenheim.

Merekalah yang menjadi tunjang kehebatan Liverpool di bawah Klopp. Tau tak?

Bercakap kepada wartawan menggunakan sesi google meet dengan telefon Samsung Corby miliknya, Rangnick berkata: “Mereka [Liverpool] bagus sekali ye, mereka sangat sangat bagus. Tapi kehebatan mereka tu bukan satu kebetulan. Ada sebab kenapa mereka jadi sebagus mereka yang ada pada hari ini.”

“Terdapat ada enam atau tujuh prang pemain yang mereka ada pernah menjadi pemain dilatih oleh saya ketika kami [Rangnick dan barisan kejurulatihannya] menandatangani mereka. Di mana, pada masa itu tiada sesiapapun mengenali mereka mereka ini.”

“Jadi sekali lagi nak kecek sini dehh, ni semuo bukey hok kebetuley. Ehh maap terkecek Klate sebab banyak tengok Muda Primula menapar oghe.”

“Sekali lagi saya ingatkan ini bukan kebetulan. Mereka mungkin menjadi kelab yang paling banyak menggunakan bekas pemain saya tandatangani dulu.”

Rangnick menganggap Klopp sebagai mirip dengan dirinya, suka membangunkan pemain tak ternama menjadi pemain berkelas dunia. Sambil dia menekankan bahawa trust the process di Anfield mengambil masa enam hingga tujuh tahun untuk mereka mulai menuai hasilnya.

Rangnick menambah lagi: “Jurgen membina pasukannya dalam 6 atau 7 tahun.”

Manchester United kini menjadi calon utama untuk menewaskan Liverpool dengan kehebatan Cristiano Ronaldo dan juga Harry Maguire.

Manchester United baru sahaja memuaskan diri mereka meratah Pukki dan kawan kawannya yang bermain untuk Norwich.

Dan kini mahu menjadikan Salah dan rakan rakannya sebagai mangsa seterusnya. Sukar untuk menyekat kemaraan Manchester United pada kali ini. Lebih lebih lagi Rangnick sangat kenal dengan ramai pemain utama Liverpool yang pernah menjadi pemain pemain asuhannya satu ketika dahulu.

Ini adalah peluang terbaik Manchester United membalas dendam kekalahan bermaruah 0-5 di Old Trafford sebelum ini.

Liverpool nampak bergelut dalam dua perlawanan terakhir ini. Mereka diikat seri 3-3 oleh Benfica dalam aksi UCL. Dan diselamatkan kebodohan Sterling pada aksi menentang Manchester City dalam separuh akhir Piala FA. Lagipun City seolah olah lebih fokus kepada EPL, sampaikan keeper mereka pun buat benda yang tidak tidak di belakang gol.

BACA:  Bruno Fernandes Maki Hamun Fred Dan Telles Kerana Terlalu Asyik Merakam Video