Erik ten Hag tampil mencabar Harry Maguire untuk membuktikan dirinya masih mampu beraksi di peringkat tertinggi atau berambus sahaja daripada Manchester United.
Kenyataan itu tampil selepas United dilaporkan bersetuju untuk menerima bidaan £30 juta daripada West Ham untuk pemain antarabangsa England itu, dengan syarat Maguire sanggup menerima pemotongan sebanyak £70,000 seminggu untuk menyertai kelab London itu.
Walaupun Maguire berada di dalam senarai pemain yang berpotensi untuk turun beraksi menentang Wolves untuk aksi pertama musim ini, pemain itu masih lagi belum mengesahkan bersetuju menerima tawaran West Ham.
🗣️ “Of course.”
Erik ten Hag confirms that Harry Maguire is available for selection for Manchester United against Wolves on Monday. ✅ pic.twitter.com/xtNApFEaz0
— Football Daily (@footballdaily) August 11, 2023
Hakikatnya Maguire bukan lagi pemain pilihan utama di dalam kesebelasan Erik ten Hag dan kini berada di belakang Lisandro Martinez, Raphael Varane dan Victor Lindelof untuk diturunkan.
Malah Ten Hag turut melucutkan lilitan kapten yang dimiliki Maguire sejak 2019 lalu dan memberikannya kepada Bruno Fernandes.
Walaupun demikian pengurus dari Belanda itu berkata masih ada tempat untuk Maguire di dalam skuad United, asalkan pemain itu mampu membuktikan dirinya masih boleh menampilkan aksi terpuji di peringkat tertinggi.
🚨🏴| JUST IN:
Erik ten Hag tells Harry Maguire to leave Manchester United if he lacks confidence to fight for his place.
[Samuel Luckhurst] #MUFC pic.twitter.com/he7I9g6Hrm
— UtdActive (@UtdActive) August 13, 2023
“Dia ada kemampuan untuk menjadi pemain pertahanan tengah berkelas dunia,” ujar Ten Hag di dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Wolves.
“Dia adalah antara pemain terbaik England dan mengapa dia tidak boleh bermain sedemikian untuk kami?
“Tetapi sebelum itu dia perlu membuktikan kemampuan dirinya. Apabila dia tidak cukup yakin dan enggan berjuang untuk mendapatkan tempat, maka dia harus pergi. Dia perlu buat keputusan. Saya tetap gembira untuknya.”
Maguire menyertai United dengan rekod perpindahan dunia untuk pemain pertahanan dengan nilai £80 juta pada 2019.
Pemain itu masih mempunyai baki kontrak sehingga 2025 dan masih boleh membuat pilihan untuk kekal di Old Trafford.
Erik ten Hag on Maguire: “He has to fight for his place and he has the abilities to be a top-class centre-back. He is the best for England and I assume he will be best for us but he has to prove it. When he is not confident enough to go in and fight, then he has to make a… pic.twitter.com/oMPxK3y5dd
— United Zone (@ManUnitedZone_) August 13, 2023
Pada musim lalu Maguire hanya melakukan 16 penampilan bersama United di Premier League, dan hanya berada di dalam kesebelasan utama sebanyak 8 kali.
Statistik penampilan itu jauh berbeza berbanding musim 2021/22 apabila Maguire melakukan 30 penampilan , 28 daripadanya sebagai pemain kesebelasan utama bersama United di Premier League.
Tatkala masa depan Maguire untuk kekal di Old Trafford masih samar, Ten Hag berkemungkinan menawarkan kontrak jangka masa pendek berdurasi 6 bulan kepada Jonny Evans.
Pada masa yang sama, United terus dikairkan dengan beberapa pemain lain untuk menggantikan Maguire.
Sebelum ini tawaran United untuk mendapatkan Benjamin Pavard telah ditolak Bayern Munich pada Ahad lalu.
Pada jendela perpindahan musim panas ini, United turut diperkuatkan dengan rekrut baharu seperti Andre Onana, Mason Mount dan juga Rasmus Hojlund.
Walaupun gembira dengan urusniaga di pasaran pemain pada jendela perpindahan kali ini, Ten Hag enggan ianya disamakan dengan perbelanjaan besar Chelsea yang baru melengkapkan perpindahan Moises Caicedo bernilai £115 juta daripada Brighton.
“Setahun lalu kami menetapkan nilai kami dan hanya lima pemain dibawa masuk bernilai lebih daripada £60 juta,” tambah Ten Hag.
“Hari ini anda melihat bagaimana semua kelab melabur dengan begitu tinggi untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.
“Persaingan [untuk mendapatkan pemain] kini semakin sukar di Premier League tetapi kami gembira dengan penstrukturan yang sedang dilakukan di sini.”