Berlatih Sendirian Seperti Seekor ‘Raksasa’, Rakan Sepasukan Mula Desak Sancho Dikembalikan

Jadon Sancho pemain yang berada di dalam buangan oleh Manchester United dilaporkan terus berlatih dengan gigih ibarat seekor raksasa dan perkembangan terbaru mengenai pemain ini menyebabkan ramai rakan sepasukan mahukan Sancho kembali ke skuad utama pasukan itu.

Perkhabaran terbaru ini tiba selepas laporan Ten Hag hilang sokongan separuh daripada pemain di dalam skuad utama disebabkan corak pengurusan yang diterapkannya.

Sancho disingkirkan daripada skuad utama United selepas bertelagah dengan Ten Hag pada awal musim ini.

Dan sejak daripada itu ramai rakan sepasukan pemain itu di United merayu agar Sancho dikembalikan ke dalam skuad utama.

Menurut laporan Daily Mirror, Sancho terus mengekalkan tahap kecergasannya dan giat menjalani latihan tanpa mengenal putus asa.

Dan situasi dihadapi Sancho pantas menjadi topik perbualan di dalam bilik persalinan United selepas kekalahan 1-0 kepada Newcastle pada hujung minggu lalu.

Kekalahan di St. James’ Park itu adalah yang ke-10 buat United pada musim ini sekali gus menamatkan rentetan tiga kemenangan di Premier League.

Mail Sport sebelum ini mendedahkan posisi Ten Hag bersama United tidak terancam, namun tidak dinafikan tekanan kini semakin memuncak buat bekas pengendali dari Ajax itu berikutan prestasi tidak menentu pasukan itu.

Pasukan itu turut secara berterusan mendapat kritikan daripada bekas pemain seperti Paul Scholes dan Roy Keane yang mempersoalkan komitmen beberapa pemain di dalam pasukan.

Pada masa ini tidak dapat dipastikan sejauh mana masa depan Sanchi bersama United. Sejak beberapa minggu lalu Sancho turut dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus pada Januari hadapan.

BACA:  Reaksi Van de Beek Ketika Sedar Yang Penyokong Man Utd Masih Sayangkan Beliau