Ten Hag: Man Utd Kalah Disebabkan Pengadil Dan VAR Tak Function Dengan Betul

Erick ten Hag menyalahkan segala-galanya yang berpunca daripada pengadil dan kegagalan VAR sebagai punca kekalahan Manchester United kepada Arsenal pada malam tadi.

Declan Rice menyifatkan kemenangan dramatik 3-1 Arsenal ke atas Manchester United sebagai perlawanan wajib menang dalam usaha kelab London itu mengejar kejuaraan pada musim ini.

Kemenangan tersebut diperlukan untuk mengekalkan momentum agar tidak ektinggalan kepada Manchester City.

Selepas kedudukan terikat 1-1 selepas tamat tempoh waktu sebenar, Arsenal memanfaatkan tempoh masa kecederaan untuk menjaringkan gol melalui Rice pada minit ke-96 perlawanan.

Gabriel Jesus melengkapkan kemenangan selesa 3-1 selepas itu sekaligus mencetuskan keraian luar biasa di Emirates, tetapi pada masa yang sama menyebabkan awan hitam berarak menuju Erik Ten Hag yang mendakwa pasukannya dirompak oleh beberapa keputusan pengadil yang tidak menyebelahi mereka.

“Jika kita jujur Man City sudah menang semua empat perlawanan. Jika kami tidak menang pada hari ini, maka kami akan ketinggalan lima mata di belakang. Kemenangan hari ini adalah wajib.

“Untuk memulakan musim dengan tiga kemenangan dan sekali seri adalah pencapaian yang baik,” kata Rice selepas tamat perlawanan.

Mood berbeza pula berlaku di kem United dengan Ten Hag jelas menyalahkan peranan pengadil dalam kekalahan tersebut.

Menurut Ten Hag, Kai Havertz sepatutnya mendapat kad kuning kerana cuba mendapatkan sepakan penalti – yang dibatalkan selepas semakan VAR pada babak kedua.

Pengendali dari Belanda itu turut berpendapat United sepatutnya mendapat sepakan penalti selepas Rasmus Hojlund dikasari Gabreil Magalhaes.

Pengurus United itu turut menyalahkan VAR apabila jaringan Alejandro Garnacho dibatalkan kerana didakwa berada di dalam keadaan offside.

Lebih memedihkan buat Ten Hag, jaringan Rice yang mengubah perlawanan dihasilkan sejurus selepas jaringan Garnacho dibatalkan.

Jaringan Rice kemudiannya turut dipertikai oleh Ten Hag kerana mendakwa Jonny Evans terlebih dahulu dikasari oleh Gabriel.

“Mari bermula dengan penalti yang dibatalkan. Semua orang boleh tahu ia adalah simulasi tetapi dia [Havertz] tidak dilayangkan kad kuning.

“Kemudian kekasaran jelas berlaku ke atas Hojlund di dalam kotak penalti. Saya berpendapat VAR tidak perasan langsung dengan insiden tersebut.

“Selepas itu gol Garnacho dibatalkan. Saya fikir mereka menilai jaringan tersebut dari sudut yang salah kerana pemain itu tidak offside.

“Ia diikuti gol [oleh Rice]. Bagaimana mereka membenarkan jaringan itu? Jelas sekali Jonnu Evans dikasari dan jika tidak sudah pasti dia berjaya menghalang percubaan daripada Rice. Banyak perkara sangat diragui.”

Walaupun terwas Ten Hag berpuas hati dan menganggap persembahan pemainnya berada di landasan yang betul.

Beliau juga yakin barisan pemain Red Devils menampilkan sikap yng betul tetapi mereka kini sudah tewas dua daripaa empat perlawanan musim ini.

BACA:  Pemain Muda Arsenal Jadi Sanjungan Selepas Sumbat 10 Gol Belasah Liverpool 14-3