Jurgen Klopp telah menggesa semua pihak bersabar dan kekal tenang terhadap pembelian berprofil tinggi musim panas Darwin Nunez dan mendakwa pemain Uruguay itu ‘masih menyesuaikan diri’ dengan kehidupan di Liverpool.
Darwin Nunez, 23, menyertai Liverpool dari Benfica pada musim panas ini dengan perpindahan bernilai £85m tetapi setakat ini masih bergelut ditambah pula dengan kad merah di awal musim dan prestasi semasa Liverpool juga melambatkan proses adaptasi Nunez.
Bagaimanapun, Jurgen Klopp kelihatan lansung tidak terganggu dengan situasi Nunez. Bercakap kepada media menjelang perlawanan penting Liverpool peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di laman sendiri menentang Rangers, Klopp mempertahankan pemain itu di tengah-tengah kritikan yang semakin meningkat.
Dari awal musim lagi Nunez telah dilabel sebagai Andy Carrol 2.0 kerana prestasi tidak setara dengan tanda harganya.
“Pemain kami sentiasa perlu menyesuaikan diri. Pemain baru datang dan semua orang bercakap mengenai mereka dan mahu mereka bersinar sesegera mungkin.”
“Situasi ini terjadi dari semasa ke semasa dan kadangkala tidak dan sudah pastilah kami mahu dia bersinar dengan kadar segera tetapi kami tetap tenang.”
Jurgen Klopp juga telah mendedahkan, dia, Pep Ljinders dan Nunez telah mengadakan perbincangan hati ke hati bagi mengetahui isi hati masing-masing.
Klopp: “We have to be patient with Darwin Nunez, he’s still adapting. It’s really important in our situation that he isn't worrying, and Darwin doesn't look like he is worrying”. 🔴🇺🇾 #LFC
“New players come in and we want them to shine immediately, ofc — but we are calm”. pic.twitter.com/SvnzDWjkG3
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 3, 2022
Dalam banyak perkara dibincangkan, yang amat penting bagi Klopp adalah, Nunez tidak perlu bimbang dan gusar dengan permulaan perlahan kehidupannya di England.
“Kami telah mengadakan perbincangan yang panjang bersama Pep Ljinders kerana bahasa Sepanyol atau Portugis aku tidaklah begitu bagus.”
“Kami perlu bersabar dengan Darwin Nunez, dia masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Adalah amat penting dalam situasi kami bahawa dia tidak bimbang.”
“Dan Darwin Nunez sendiri tidak kelihatan seperti dia bimbang. Sudah pasti dia dia sedang menyesuaikan diri.
📺 Jurgen Klopp on Darwin Nunez:
"New players come in and we want them to shine immediately and that happens from time to time. We are completely calm.” 🔴 pic.twitter.com/65xl1G9OFa
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 3, 2022
Jurgen Klopp dalam sidang media itu juga menjelaskan kenapa Darwin Nunez tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika menentang Brighton.
“Sebab mengapa dia tidak memulakan perlawanan menentang Brighton adalah kerana dia baru pulang dari aksi antarabangsa dan dia mempunyai doms di bahagian paha.”
“Apabila anda mendapat maklumat ini daripada pasukan perubatan, mereka memberikan tempoh seberapa lama Nunez dibenarkan bermain.”
“Jangan turunkan pemain yang hanya dibenarkan bermain 20 minit atau 15 minit dikesebelasan utama.’
Doms membawa maksud Delayed onset muscle soreness (DOMS) juga dikenali sebagai ‘demam otot’.
Klopp on Darwin Nunez:
"He came back from international duty and had DOMS in his hamstrings so I had to listen to the medical team. The three-game suspension didn't help him, that's clear. The team isn't flying and that doesn't help a striker." #lfc [lfc]
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 3, 2022
Klopp terus mengakui bahawa penggantungan tiga perlawanan yang berlaku selepas dia menanduk pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen pada Ogos tidak membantunya.
“Sudah tentu, penggantungan tiga perlawanan tidak membantunya untuk menyesuaikan diri, itu jelas. Tetapi itu sahaja. Pasukan tidak terbang, itu [tidak memudahkan] penyerang, terutamanya sentuhan penyudah.”
“Kami mencipta peluang, tetapi ia tidak seolah-olah semuanya berjalan lancar dan kami hanya meletakkan seorang pemain dan dia menyelesaikan situasi kami. Itu bukan situasi kami pada masa ini seperti yang saya harapkan dan itu sahaja.’
Darwin Nunez setakat ini mempunyai satu gol musim ini untuk kelab baharunya, yang datang pada hujung minggu pertama musim menentang Fulham.
Jürgen Klopp reassures Darwin Núñez after tough start to his Liverpool career https://t.co/CNflJbavVI
— Guardian news (@guardiannews) October 3, 2022
Liverpool telah bermain 7 perlawanan dan Nunez mengalami penggantungan kad merah untuk 3 perlawanan dan ini bermakna hanya 4 perlawanan sahaja Nunez beraksi itu bukan semua dari kesebelasan utama.
Boleh dikatakan agak awal untuk menyatakan Nunez akan Flop tapi tidak ciri-ciri Nunez untuk menjadi Andy Carrol 2.0 juga seperti sepadan.
Hanya masa akan menentukan nasib Nunez bersama Liverpool kerana mempunyai kontrak panjang selama 6 tahun.