Netizen Malaysia ternyata bengang dengan pelumba basikal trek Jepun, Shinji Nakano. Ini selepas Nakano dilihat melakukan rempuhan dengan sengaja ke atas Mohd Shah Firdaus Sahrom dalam aksi final keirin lelaki akhir.
Shah Firdaus di kedudukan terbaik untuk meraih gangsa, sebelum dia terlibat kemalangan kerana tindakan Shinji Nakano yang menolaknya sehingga terjatuh.
Mujurlah kemalangan itu tidak menyebabkan kecederaan yang lebih serius kepada pelumba dari Malaysia itu.
Bagaimana kemalangan yang melibatkan Shah Firdaus ini berlaku?#GoForGold #SokongMalaysia #Paris2024 #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/2g2ytXMVkU
β ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 11, 2024
Shah Firdaus terkilan tidak dapat membawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia. Dan peminat sukan tanah air menyatakan kemarahan mereka kepada Shinji Nakano.
Nakano telah membunuh prospek pingat terakhir Malaysia di Paris 2024 dengan tindakan yang dianggap sangat mengejutkan apabila dilihat semula di ulang tayang.
Ini sedikit penjelasan tentang insiden kemalangan yang menusuk harapan pingat sebentar tadi.
Walau apa sekalipun, Shah Firdaus Sahrom, anda telah membanggakan Malaysia π«‘π²πΎβ€οΈ#GoForGold #SokongMalaysia #Paris2024 #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/mzYpt7WmbY
β ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 11, 2024
Dan tentera bawang Malaysia mulai menyerang laman IG pelumba Jepun itu penuh dengan kata kata makian. Ada yang mempersoalkan semangat kesukanan Shinji Nakano yang menolak pelumba lain sehingga berlaku kemalangan.
Ada juga yang meminta agar Shinji Nakano dikenakan penggantungan kerana tindakannya itu.
#Paris Pelumba berbasikal trek negara Muhamad Shah Firdaus Sahrom disingkirkan pada final acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, meskipun menamatkan cabaran di kedudukan keempat, hari ini.
Atlet berusia 28 tahun berasal dari Muar itu yang sedang memecut untuk menuju⦠pic.twitter.com/46IgVaZYXy
β BERNAMA (@bernamadotcom) August 11, 2024
Kemudian netizen yang lain mengingatkan Nakano bahawa karma itu pasti akan datang semula kepadanya di masa akan datang.
Harrie Lavreysen dari Belanda berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pemenang treble pingat emas olimpik. Dia berjaya mengatasi Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer dari Australia.
Sebelum ini, Lavreysen menewaskan Richardson dalam acara pecutan.
Shah Firdaus kemudian disahkan menjadi pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ketiga. Ianya masih pencapaian luar biasa daripada Shah Firdaus yang hadir sebagai underdog.
EKSKLUSIF:
Keadaan Shah Firdaus selepas pelanggaran antara tiga pelumba pada saingan akhir Keirin tadi.
Terima kasih atas semangat ini 'The Terminator' #GoForGold #SokongMalaysia #Paris2024 #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/Gw51USsUu2
β ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 11, 2024
Sebelum ini Shah Firdaus menghidupkan semula harapan pingat oleh Malaysia dari acara keirin, setelah kesilapan oleh Datuk Azizulhasni Awang yang membuatkan bekas juara dunia itu disingkirkan di peringkat saringan awal.
Shah Firdaus menonjolkan dirinya dengan kejayaan mara ke separuh suku akhir dan kemudian separuh akhir dengan agak dramatik.
Dalam aksi final, agak malang apabila Shah Firdaus yang sudah melihat warna gangsa dalam beberapa meter lagi telah terlibat dalam kemalangan akibat kecuaian Nakano.
Shinji Nakano merupakan atlet basikal trek Jepun yang baru berusia 25 tahun. Antara kejayaan dia sebelum ini adalah pingat gangsa dalam kejohanan dunia untuk acara keirin di Glasgow 2023.
Nakano turut memenangi gangsa Sukan Asia dalam acara keirin berpasukan di Hangzhou 2022 yang lalu.