Sumber diyakini kepada Reuters melaporkan Manchester United kini memulakan rundingan secara eksklusif kepada konsortium dimiliki Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani untuk penjualan pemilikan kelab tersebut pada nilai USD$ 6 billion (bersamaan RM31.31 billion).
Walaupun kata putus mengenai pemilikan itu masih belum pasti, perkembangan terbaru ini dianggap sebagai satu lagi langkah ke hadapan usaha yang dilakukan Sheikh Jassim – yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Qatar dan salah seorang individu terkata di Timur Tengah – untuk memiliki kelab paling berjaya di England itu.
Menurut sumber kepada Reuters, anggota keluarga Glazzer yang memiliki pegangan di dalam Manchester Uniited akan menerima sejumlah keuntungan yang besar – sebahagian perjanjian dalam rundingan.
Exclusive: Manchester Utd negotiating exclusivity with Qatar’s Sheikh Jassim in $6 billion-plus sale talks https://t.co/QcHyzfDXLS pic.twitter.com/SWjLP6ZOQI
— Reuters U.S. News (@ReutersUS) June 16, 2023
Situasi ini bermakna pihak Glazer kini melihat bidaan Sheihk Jassim sebagai pilihan utama berbanding bidaan oleh jutawan British, Sir Jim Ratcliffe yang merupakan pengasas syarikat produk kimia, INEOS.
Sepanjang rundingan eksklusif bersama konsortium dari Qatar ini, Manchester united tidak akan dibenarkan melakukan rundingan dengan pihak lain melainkan hanya dengan Sheikh Jassim.
Tidak dapat dipastikan berapa lamakah rundingan tersebut akan dilakukan. Namun sumber tersebut turut berkata rundingan tersebut kini berjalan lancar.
Wakil daripada Manchester United dan Sheikh Jassim bagaimanapun masih berdiam diri apabila ditanya mengenai rundingan yang sedang dilakukan.
Nilai saham Manchester United di Bursa Saham New York terys melonjak sehingga 15% semalam, merekodkan kenaikkan 6.8% sehingga mencecah nilai $24.81.
Exclusive: English football club Manchester United is negotiating granting exclusivity to the consortium led by Qatar’s Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani in the talks to sell itself for more than $6 billion, people familiar with the matter said https://t.co/AVr1yVzdXj 1/3 pic.twitter.com/meO7NwGb0L
— Reuters (@Reuters) June 15, 2023
Bidaan bernilai USD$ 6 billion untuk Manchester United akan menjadi nilai pindah milik terbesar di dalam sejarah dunia sukan sekiranya ia menjadi realiti.
Ia juga akan menjadi peningkatan nilai luar biasa untuk sukan bola sepak selepas Todd Boehly mengambil alih Chelsea FC.
Clearlake Capital dan jumlah tersebut juga adalah 5.7 kali ganda nilai keuntungan yang direkodkan oleh kelab Manchester itu berdasarkan laporan kewangan terakhir.
Refinitiv Data turut menilai pengambilalihan dengan nilai tersebut adalah 10 kali ganda daripada nilai keuntungan keseluruhan United pada tahun lalu.