Pep Guardiola Dah Beri Gambaran City Akan Dapat Gol Seawal Minit Ke-5 Permainan

Kevin De Bruyne hanya memerlukan 262 saat untuk membantu Manchester City menjaringkan gol pendahuluan ketika aksi Manchester derby awal pagi tadi.

Kejayaan Kevin De Bruyne meledak gol seawal itu, menjadikan temu bual sebelum sepak mula perlawanan Pep Guardiola semakin menarik kerana beliau seolah-olah sudah beri gambaran sesuatu akan berlaku.

Menjelang aksi sepak mula perlawanan, Guardiola telah ditanya tentang ketiadaan Cristiano Ronaldo yang tidak akan beraksi dalam aksi Manchester derby dan bagaimana United akan membariskan kesebelasan utama mereka.

“Ia adalah satu pilihan (Pemain di peranan false 9).”

Jelas Pep Guardiola.

“Mereka pernah bermain seperti ini dengan Fernandes sebagai holding midfielder, atau mungkin diamond (4-4-2). Macam-macam yang mereka berniat untuk guna. Mereka boleh bermain dengan pemain sayap dengan Bruno Fernandes dan Pogba masuk ke dalam. Kita akan lihat selepas lima minit.”

Cara beliau senyum sinis itu menunjukkan yang memang ada sesuatu akan berlaku selepas lima minit permainan.

Melihat kepada hal tersebut ramai peminat yang mendakwa Pep Guardiola sebenarnya dah tahu anak-anak buahnya mampu mencipta sesuatu dalam tempoh lima minit pertama permainan.

Mungkin beliau sudah merancang taktikal untuk memburu gol awal dan kerana itulah beliau berani bercakap seperti itu.

“Dari temu bual sebelum perlawanan Pep dah nampak yang diorang boleh dapat gol awal lawan Dengan United.”

“Pep terlalu bagus hingga dia boleh meramalkan bila Man City akan membuka tirai jaringan.”

“Saya rasa memang ada kaitan dengan taktikal dia, tak mungkin dia boleh ramal setepat ini. Dia tahu sistem dia nak guna tu akan bantu City jaringkan gol awal.”

Kevin De Bruyne berjaya membantu City untuk menjaringkan gol seawal minit kelima permainan dengan bola rembatan padu beliau melepasi celah kangkang Maguire untuk menewaskan David De Gea.

Aksi babak pertama dalam perlawanan tersebut tidak dinafikan sememangnya sangat menarik dengan Jadon Sancho berjaya menyamakan kedudukan dengan menjaringkan gol yang cukup cantik.

United awalnya nampak seolah-olah mereka bakal kembali dalam perlawanan ini dan bakal memberi saingan kepada pendahulu saingan liga itu.

Namun aksi babak kedua jentera serangan United nampak sangat sendu dan langsung tak memberi sebarang ancaman kepada kubu Man City.

Kevin De Bruyne kemudiannya menggandakan kedudukan untuk Man City mendahului perlawanan 2-1 dan selepas dari itu, United semakin teruk didominasi.

Riyad Mahrez kemudiannya berjaya menjaringkan dua gol pada aksi babak kedua perlawanan, seterusnya mengesahkan kemenangan 4-1 Man City menewaskan Man United.

Melihat kepada temu bual Pep Guardiola sebelum perlawanan, jelas sekali yang beliau sebenarnya turut sedar dengan ancaman serangan balas dari Man Utd.

“Setiap perlawanan berbeza. United senantiasa menjadi lawan yang sukar. Tidak kira mereka di atas, di tengah, sentiasa menjadi perlawanan yang sukar dari musim-musim sebelum ini lagi.”

“Serangan pantas, dengan Ralf Rangnick mungkin berbeza jika Cristiano tak bermain kerana mereka akan lebih aggresif kerana philosophy yang dia ada.”

Kemenangan ini membantu Man City untuk mengukuhkan kedudukan mereka di puncak saingan Premier League.

Mereka ketika ini mengatasi Liverpool dengan kelebihan enam mata, namun anak-anak buah Jurgen Klopp itu mempunyai baki satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Man City perlu konsisten kutip tiga mata penuh, dalam usaha mereka untuk mempertahankan gelaran liga dari dirampas oleh Liverpool.

Manchester United sementara itu jatuh ke kedudukan kelima selepas Arsenal kini berjaya memintas mereka untuk menduduki kedudukan empat teratas dalam carta liga.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Amrabat Semakin Hilang Sabar Dengan Kelembapan Man United