Tewas 3 Kali Berturut-Turut, Pochettino Tetap Pertahankan Pemainnya

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino menuduh pihak media tidak menghormati pemainnya selepas tewas buat kali ke-3 berturut-turut di tangan Inter Milan dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Spurs dilihat berada dalam landasan terbaik untuk membawa pulang 3 mata selepas Christian Eriksen berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada awal babak kedua. Malangnya, Inter Milan berjaya bangkit pada lewat permainan dengan menjaringkan 2 gol melalui Mauro Icardi dan Matias Vecino.

Pochettino berang dengan soalan yang mempertikaikan pemilihan pemain yang dibuatnya

Dengan kekalahan tersebut, ia merupakan kali pertama Spurs tewas 3 kali berturut-turut di bawah Pochettino. Sebelum ini, mereka tewas di tangan Watford dan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Bagi pertemuan menentang Inter Milan, Pochettino membuat kejutan apabila tidak membawa dua pemain utamanya, Kieran Trippier dan Toby Alderweireld ke Itali atas sebab-sebab ‘teknikal’.

Dalam sidang media selepas perlawanan tersebut berakhir, Pochettino telah ditanya adakah beliau menyesal dengan tindakannya meninggalkan Trippier dan Alderweireld. Pochettino nyata tidak gembira dengan soalan tersebut dan meminta pihak media menghormati pemain-pemain yang diturunkannya dalam perlawanan tadi.

“Perlawanan menentang Liverpool dan Watford, mereka [Trippier dan Alderweireld] ada di atas padang. Wow, soalan jenis apakah ini ? senang betul soalan kamu. Anda tahu ? Easy target.”

Harry Kane terus mandul

“Senang untuk kita bercakap mengenai pemain yang tidak ada dalam perlawanan tadi. Saya rasa kita kena bercakap mengenai bola sepak sahaja. Sebab saya rasa kamu [pihak media] mahu saya bercakap sesuatu yang tidak bagus. Anda tidak menunjukkan perasaan hormat terhadap pemain yang saya turunkan tadi, yang mana mereka telah menunjukkan lebih kualiti dari pasukan lawan dalam perlawanan tadi.”

“Kenapa perlu menunjukkan perasaan tidak hormat terhadap pemain yang tiada di atas padang tadi ? Anda boleh sahaja menyalahkan saya, ‘Bos, anda membuat pemilihan pemain yang salah dalam perlawanan tadi’.”

“Tetapi jangan sekali-kali menyalahkan pemain yang bermain tadi kerana ianya merupakan keputusan saya. Kieran Trippier, Toby Alderweireld ke… kami ada 25 pemain kesemuanya.”

“Apabila saya membuat keputusan untuk menurunkan kesebelasan utama, pihak media harus menghormati keputusan tersebut kerana saya pengurus mereka. Anda [pihak media] tidak hormat terhadap pemain yang mengisi posisi pemain yang anda sebut tadi.”

Walaupun tumpas buat kali ke-3 berturut-turut, Pochettino mendakwa persembahan anak buahnya dalam perlawanan tadi merupakan aksi terbaik yang pernah beliau saksikan musim ini.

Voley cantik Icardi menjadi pemangkin semangat pemain Inter Milan untuk meraih 3 mata

“Ia merupakan persembahan yang baik dari pasukan, keputusan perlawanan sepatutnya berbeza dari apa yang ditunjukkan dan saya percaya ramai yang bersetuju dengan pendapat saya.”

“Kami mempamerkan persembahan yang lebih baik daripada Inter Milan tetapi kami melepaskan gol selepas 86 minit perlawanan berlangsung. Selepas itu, keadaan menjadi berbeza.”

BACA:  Carrick: Fabregas Punca Utama 'Perpindahan Impian' Ke Arsenal Tidak Berlaku