Thibaut Courtois Terlalu Handal Untuk Liverpool

Liverpool hari ini turun beraksi bertemu Real Madrid untuk aksi di pentas perlawanan akhir saingan Champions League di Stade De France.

Di atas kertas skuad kendalian Jurgen Klopp itu dianggap sebagai calon kegemaran untuk muncul sebagai juara pada musim ini, namun harus diakui yang Real Madrid juga bukanlah pasukan sebarangan.

Real Madrid berdepan laluan sukar untuk mara ke perlawanan akhir dengan mereka sebelum ini berjaya menyingkirkan Paris Saint Germain, Chelsea dan Manchester City untuk layak ke perlawanan akhir.

Liverpool sementara itu layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League musim ini selepas menyingkirkan Inter Milan, Benfica dan Villareal.

Perlawanan akhir pada musim ini juga dianggap sebagai ulangan aksi perlawanan akhir pada tahun 2018 yang lalu dengan Real Madrid pada ketika itu berjaya menewaskan Liverpool 3-1.

Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing menjelang perlawanan ini dan sukar sebenarnya untuk meramal siapa yang akan bergelar juara.

Jurgen Klopp sebelum ini mungkin sedikit bimbang untuk menghadapi aksi perlawanan akhir ini kerana beliau berpotensi untuk kehilangan khidmat Thiago Alcantara dan Fabinho.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemain midfield beliau itu berjaya untuk kembali cergas sepenuhnya dan turut tersenarai dalam senarai kesebelasan utamanya pada hari ini.

Memandangkan Real Madrid sudah sah dinobatkan sebagai juara saingan La Liga musim ini sejak awal bulan lalu lagi, maka mereka jelas sekali mempunyai kelebihan dari segi persiapan dan persediaan untuk menghadapi aksi perlawanan akhir hari ini.

Aksi perlawanan akhir hari ini jelas sekali sangat menarik untuk disaksikan kerana kedua-dua pasukan berhak untuk bergelar juara.

Lima minit pertama Liverpool nampak lebih dominan dengan mereka kerap menguasai bola dan lebih sering masuk ke kawasan final third Real Madrid.

Sepuluh minit perlawanan berlangsung masih tiada gol atau percubaan bahaya yang berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan, dengan penguasaan bola masih lagi menjadi milik Liverpool.

15 minit pertama perlawanan, Liverpool masih dominan dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu beberapa kali peroleh kesempatan untuk memperoleh gol awal.

Minit ke-20 Sadio Mane hampir sahaja untuk membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini, namun bola rembatan beliau terkena tiang selepas diselamatkan oleh Thibaut Courtois.

Selepas 25 minit perlawanan berlangsung, Liverpool masih kekal dominan dan kerap menguji gawang gol Real Madrid.

Los Blancos sementara itu dilihat masih tercari-cari rentak persembahan terbaik mereka dengan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu kerap bertahan berbanding menyerang.

Tiga puluh minit perlawanan berlangsung, Real Madrid masih gagal untuk mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini.

Liverpool sementara itu turut memperlahankan tempo permainan dan jentera serangan mereka turut semakin kendur.

40 minit perlawanan berlangsung, Liverpool kembali mengasak kubu Real Madrid dengan mereka berjaya melancarkan beberapa siri serangan merbahaya ke kubu Los Blancos.

Minit ke-42 permainan Karim Benzema berjaya membuka tirai jaringan untuk Real Madrid selepas kejayaan beliau memperdaya Alisson Becker.

Gol tersebut walau bagaimanapun dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana Benzema didakwa berada di kedudukan offside.

Real Madrid dengan tiba-tiba berjaya mendominasi permainan dan aksi lima minit terakhir permainan jelas sekali menjadi milik anak-anak buah Carlo Ancelotti itu.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan dan jelas sekali kedua-dua pasukan akan turun dengan perancangan baru bagi menghabiskan baki 45 minit babak kedua permainan.

5 minit pertama aksi babak kedua Real Madrid nampak berjaya mengawal permainan namun Liverpool tetap berjaya melancarkan beberapa siri serangan merbahaya.

Pada minit ke-59 permainan, Real Madrid berjaya membuka tirai jaringan mereka menerusi Vinicius Jr yang menyempurnakan hantaran dari Valverde.

Valverde tenang membawa bola ke kawasan Liverpool sebelum melorongkan bola cantik ke tengah kotak penalti menemui Vinicius yang kemudiannya melakukan tap in mudah untuk gol pertama Real Madrid dalam perlawanan ini.

70 minit permainan berlangsung, Real Madrid jelas sekali lebih dominan dan kerap melancarkan serangan ke kubu Liverpool.

Liverpool turut beberapa kali berjaya melancarkan serangan ke kubu Madrid namun jelas sekali jentera serangan mereka sangat tumpul.

80 minit permainan berlangsung, Liverpool dilihat berusaha keras mahu mencari gol penyamaan, namun malangnya Courtois terlalu handal untuk ditewaskan.

Tamat aksi 90 minit, Liverpool masih gagal untuk memburu gol penyamaan mereka dalam perlawanan ini, dengan pengadil perlawanan memberikan 5 minit masa tambahan.

Tamat masa tambahan, Real Madrid sah dinobatkan sebagai juara saingan Champions League musim ini selepas menewaskan Liverpool 1-0.

Thibaut Courtois terlalu handal untuk Liverpool

Kalau bukan kerana kecekapan Courtois, Liverpool sebenarnya berpotensi untuk memenangi perlawananΒ  ini dan memenangi gelaran Champions League ketujuh mereka musim ini.

Penjaga gol kebangsaan Belgium itu beberapa kali menyelamatkan gawang gol Real Madrid dari dibolosi oleh jentera serangan Liverpool.

Mo Salah sendiri sampai mati kutu berusaha mahu menewaskan Courtois, namun sayangnya segala usaha beliau berakhir dengan sia-sia.

Sepanjang 90 minit permainan, penjaga gol utama Real Madrid itu berjaya melakukan sembilan saves dan ia jelas sekali satu pencapaian yang sungguh menakjubkan.

Kesebelasan utama Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson; Henderson, Fabinho, Thiago; Salah, Mane, Diaz.

Pemain Simpanan: Kelleher, Milner, Keita, Firmino, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Jota, Tsimikas, Matip, Elliott.

Kesebelasan utama Real Madrid (4-3-3) Courtois; Carvajal, Eder Militao, Alaba, Mendy; Kroos, Casemiro, Modric; Valverde, Benzema, Vinicius Jr.

Pemain Simpanan: Lunin, Hazard, Nacho, Asensio, Marcelo, Lucas Vazquez, Bale, Dani Ceballos, Rodrygo, Camavinga, Isco, Mariano.

Pengadil Perlawanan: Clement Turpin (France).

BACA:Β  Piala FA: Man United Pertahan Kekentalan Tidak Pernah Tewas Kepada Liverpool Sejak 1921