Three Desak Chelsea Supaya Segera Padamkan Logo Mereka

Three UK kini mendesak Chelsea agar segera memadam logo mereka pada jersi selepas syarikat telekomunikasi itu memutuskan untuk menggantung tajaan bersama kelab dari London itu.

Chelsea FC pada ketika ini sedang disekat oleh kedua-dua pihak EU dan UK selepas segala assets milik Roman Abramovich dibekukan oleh pihak kerajaan.

Segala assets Roman Abramovich termasuk Chelsea FC telah dibekukan kerana beliau dianggap sebagai orang kuat Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Dek kerana Rusia kini sedang menghentam Ukraine, maka pihak kerajaan UK memutuskan untuk membekukan semua assets milik Abramovich yang dikatakan sebagai orang kuat Putin.

Chelsea ketika ini sedang melalui titik terburuk dalam sejarah mereka dengan gergasi London itu tidak boleh menjual tiket dan merchandise mereka sepanjang tempoh sekatan.

Selain itu, mereka juga tidak boleh membeli atau menjual pemain dan turut tidak dibenarkan untuk menawarkan kontrak baru kepada pemain sedia ada sepanjang tempoh sekatan.

Akaun bank milik kelab turut dibekukan oleh Barclays, sementara Roman Abramovich digantung dari menjadi director.

Billionaire dari Rusia itu sudah memutuskan untuk menjual Chelsea FC, namun ia disekat oleh kerajaan UK dengan pihak kerajaan mahu menguruskan sendiri urusan penjualan tersebut.

Segala hasil yang diterima dari penjualan Chelsea FC tidak akan diserahkan langsung kepada Roman Abramovich dengan pihak kerajaan akan salurkan duit tersebut kepada badan kebajikan.

Three UK yang sebelum ini pernah bersetuju untuk bayar £40 juta setahun kepada Chelsea pada tahun 2020 selepas hubungan The Blues dengan Yokohama Tyres tamat, telah menggantung tajaan mereka kepada kelab.

Mereka turut meminta agar Chelsea menurunkan semua logo Three baik pada jersi, kit latihan mahupun di seluruh Stamford Bridge pada ketika ini.

Walau bagaimanapun permintaan mereka itu masih belum dipenuhi oleh Chelsea FC dengan Juara saingan Champions League musim lalu itu masih lagi menggunakan logo tersebut pada jersi mereka.

Dalam satu kenyataan terbaru dari Three UK, syarikat telekomunikasi British itu mereka memahami kesukaran Chelsea untuk menempah jersi tanpa logo tersebut, namun mereka mendesak agar pihak kelab menyelesaikan segala masalah tersebut dengan segera.

“Kami faham dari rundingan bersama Chelsea FC, ada sedikit masalah yang berlaku untuk memadam logo Three dari jersi, ia kerana masalah pembekal jersi dan sekatan terhadap lesen.”

“Kami telah meminta supaya Chelsea mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ini secepat yang mungkin.”

Syarikat pembuatan kereta, Hyundai juga turut menggantung tajaan mereka kepada Chelsea, namun logo mereka masih ada pada jersi Chelsea.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, Three kini sudah tiada kaitan langsung dengan Chelsea pada ketika ini namun masalah sekatan sedikit menyukarkan pihak kelab berkait assets fizikal.

Di Jerman, pasukan dari Bundesliga 2, Schalke memutuskan untuk menampal sticker pada logo penaja mereka syarikat gas Rusia, Gazprom dan sepertinya Chelsea juga mungkin boleh cuba melakukan hal yang sama andai mereka dibenarkan untuk mencetak jersi baru nanti.

Three UK nampaknya benar-benar mahu menyekat segala hubungan bersama Chelsea hingga mereka tak sabar-sabar mahu melihat logo mereka lenyap dari bumi Stamford Bridge.

Ia jelas satu tamparan yang hebat ke atas skuad Chelsea dengan mereka kini dilanda satu demi satu masalah yang menimpa skuad selepas sekatan penuh dikenakan.

Tidak boleh menjual tiket, tak dibenarkan menjual merchandise, tak dibenarkan membeli dan menjual pemain dan turut tak dibenarkan menawarkan kontrak baru kepada pemain.

Semua sekatan ini jelas sekali memberi impak negatif kepada skuad Chelsea namun mujur saja Thomas Tuchel masih tenang mengendalikan situasi dengan sangat baik.

Aksi Chelsea di atas padang sama sekali tak terjejas dengan mereka terus menerus mencatatkan kemenangan demi kemenangan walau kelab sedang dalam keadaan huru-hara.

Awal pagi tadi, skuad kendalian Thomas Tuchel itu berjaya menewaskan Lille 2-1 untuk mara ke peringkat suku akhir dengan kemenangan aggregate 4-1.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Arsene Wenger Sekali Lagi Kritik Keputusan Pengadil