“Tiga Daripada Empat Pemain Paling ‘Rosak’ Masih Ada Di Man Utd”- Mourinho

Jose Mourinho mendedahkan tiga daripada empat pemain paling ‘rosak’ di Manchester United atau dalam erti kata lain pemain yang mempunyai masalah sejak eranya masih lagi kekal di kelab itu.

Jurulatih dari Portugal itu mengendalikan United dari 2016 sehingga 2018 dan diberikan tugasan untuk mengendalikan sekumpulan pemain yang dianggap oleh Mourinho sebagai tidak matang.

Dalam satu temubual bersama Hristo Stoichkov, Mourinho mendedahkan identiti keempat-empat pemain iaitu: Marcus Rashford, Anthony Martial, Luke Shaw dan Jesse Lingard – yang dilabel oleh jurulatih itu kurang kesungguhan.

“Mereka kurang kematangan. Apabila saya berkata demikian, ia bermaksud kematangan secara peribadi. Kita harus menjadi lelaki yang benar, yang matang, yang bersedia untuk menghadapi kehidupan. Pada ketika mereka kurang perlindungan [kerana perlu berdikari]. Di England mereka gelar [karakter] sebegini sebagai ‘rosak'[manja/kebudak-budakan].

“Hari ini kita juga bercakap mengenai anak-anak yang dirosakkan. Anak-anak kita pada hari ini sangat dimanjakan berbanding zaman kita dahulu.

“Saya berpendapat mereka mempunyai kehidupan sosial yang berbeza berbanding kita. Dan mereka disebabkan oleh pemain yang sepatutnya memimpin mereka, dilindungi secara peribadi, orang-orang yang berada bersama mereka terlampau melindungi, membuatkan mereka lemah dan banyak alasan. Ini punca mereka lambat matang.

“Sebagai contoh Luke Shaw yang merupakan bek kiri utama pasukan negaranya. Apabila saya tiba di sini [Old Traffird], dua tak tau pun bagaimana untuk bersaing. Saya akui dia ada potensi besar, tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk bersaing dan berhadapan cabaran.

“Dan apabila kita bercakap mengenai pemain seperti Luke Shaw, [Anthony] Martial, [Jesse] Lingard, [Marcus] Rashford, kita hanya bercakap mengenai budak-budak yang memiliki potensi hebat.

“Tetapi mereka kekurangan perkataan yang saya tidak boleh sebutkan di sini, tetapi itulah yang anda suka. Mereka sangat kutang kualiti itu.

“Mereka tiada karakter, personaliti atau di Sepanyol mereka kata kekerasan yang menjadikan mereka agresif secara semula jadi.”

Lebih luar biasa tiga daripada empat pemain masih kekal bersama United, dan hanya Lingard sahaja telah meninggalkan kelab itu pada hari ini.

Apa yang dikatakan oleh Mourinho itu ada benarnya mengambil kira situasi Martial yang tidak pernah mencapai potensi yang diharapkan dan Rashford yang mengalami masalah disiplin dan prestasi pada musim ini.

Luke Shaw bagaimanapun terus menjadi pemain kepercayaan Erik ten Hag di posisi bek kiri apabila cergas.

Mourinho baru-baru ini dikhabarkan mahu kembali ke Old Trafford untuk banyak urusan yang belum teselesai bersama Manchester United dan menyatakan kesediaannya bekerjasama dengan hierarki baharu kelab itu yang diketuai oleh Sir Jim Ratcliffe.

BACA:  Man Utd Juara Dunia Carta Kelab Paling Tinggi Berbelanja Sejak 10 Tahun Lalu