Anthony Martial Mahu Meninggal Pada Perpindahan Januari

Pemain kesayangan ramai dan bertaraf bintang-bintang di langit, Anthony Martial telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan Januari.

Keputusan ini dibuat lantaran Anthony Martial tidak berpuas hati dengan jumlah minit permainan yang beliau miliki bersama Manchester United pada musim ini.

Anthony Martial mempunyai dua pilihan samada bersabar dan menanti peluang yang diberikan Ralf Rangnick yang sedang memberi peluang kepada pemain simpanan juga remaja atau keluar mencari pasukan baru.

Oleh kerana tidak mampu bersabar lagi maka Anthony Martial telah memilih jalan keluar dan jendela perpindahan januari menjadi pilihan.

Perkara ini telah didedahkan oleh wakil merangkap ejen Martial, Philippe Lamboley yang juga pengarah eksekutif USFA Management kepada Sky Sports News:

“Anthony ingin meninggalkan kelab itu (Manchester United) pada Januari.”

“Dia hanya perlu bermain. Dia tidak mahu kekal lagi pada Januari dan saya akan bercakap dengan kelab tidak lama lagi.”

Anthony Martial yang kini berusia 26 tahun, hanya bermain dua kali dalam Liga Perdana musim ini dan telah membuat lima lagi penampilan dari bangku simpanan sahaja.

Martial juga hanya membuat dua penampilan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, bermula dari kesebelasan utama hanya dalam perlawanan menentang Villarreal.

Martial telah menyertai Manchester United dari Monaco pada 2015, masih mempunyai baki sekurang-kurangnya tiga tahun dalam kontraknya di Old Trafford, setelah menandatangani perjanjian baharu pada 2019 yang termasuk pilihan untuk melanjutkan satu tahun lagi.

Ralf Rangnick yang akan mengendalikan Manchester United untuk perlawanan ketiga menentang Norwich City menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk bercakap mengenai pemain mana akan masuk dan keluar.

Ini kerana Manchester United sememangnya mempunyai barisan pemain berkualiti dari skuad utama sehinggalah di akademi dan jika diperlukan adalah seorang defensive midfielder tulen.

“Saya sudah mengenali pemain dengan lebih baik sepanjang minggu ini, tetapi masih terlalu awal untuk bercakap tentang apa yang mungkin berlaku pada jendela perpindahan musim sejuk,” Ujar Rangnick.

“Jika saya lihat jumlah pemain yang ada, ia masih skuad besar, pastinya kami tidak mempunyai masalah tidak cukup pemain, tetapi kami juga perlu memastikan pemain mahu kekal di sini.

“Jika mereka tidak mendapat masa permainan yang mencukupi di sini, mungkin masuk akal untuk bercakap secara individu dengan pemain, tetapi sekarang ini masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.”

Dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Norwich City itu, Ralf Rangnick turut menjelaskan bahawa beliau telah bercakap dengan Paul Pogba yang dijangka akan kembali dalam tempoh empat minggu lagi.

Pemain berusia 63 tahun itu berkata dia mengadakan perbualan telefon pada hari Selasa dengan Pogba, yang sedang menjalani pemulihan dalam cuaca panas di Dubai berikutan kecederaan paha yang dialami semasa tugasan antarabangsa bulan lalu.

Rangnick berkata:

“Lebih baik untuk Pogba kembali hari ini dan kemudian kami akan mengenali satu sama lain secara peribadi pada hari Ahad. Kami mengadakan panggilan telefon selama kira-kira 10 atau 15 minit.”

“Dia memberitahu saya bahawa dia semakin baik tetapi jelas dia masih belum cergas sepenuhnya, jadi ia akan mengambil masa beberapa minggu lagi sehingga dia cergas untuk latihan semula dan sudah tentu dia tidak cergas untuk beberapa tempoh, jadi saya rasa ia akan ambil masa beberapa minggu lagi untuk cergas.

“Pada peringkat pertama adalah penting dia menjadi cergas sepenuhnya untuk kembali berlatih dengan seluruh kumpulan dan kemudian kami perlu membangunkannya secara fizikal dan taktikal untuk cergas untuk bermain dalam Liga Perdana.”

Ralf Rangnick sendiri tidak berani untuk bercakap mengenai pemain masuk dan keluar kerana masih terlalu awal, namun Martial telah membuat keputusan untuk masa depannya.

Mungkin corak permainan dan latihan yang diberikan oleh Ralf Rangnick tidak cocok dengan Martial maka keluar adalah jalan terbaik.

BACA:  Jurulatih Perancis Mahu Anthony Martial Pertimbang Sertai Juventus