Selepas rela untuk melepaskan Cristiano Ronaldo pergi, Erik Ten Hag dilaporkan sudah bersedia untuk mempertaruhkan senjata rahsianya di barisan serangan dalam perlawanan menentang Liverpool.
Erik Ten Hag sekali lagi tidak gembira dengan perangai ditunjukkan Cristiano Ronaldo yang telah bertekak dengan Steve McClaren dan tidak bersalaman dengannya selepas kekalahan kepada Brentford.
Selepas dua perlawanan, Manchester United gagal menjaringkan sebarang gol dengan 6 gol sudah dibolosi dan situasi ini memeningkan kepala Erik Ten Hag yang botak itu.
Butang kecemasan segera dihidupkan pengendali dari Belanda itu dan senjata rahsia bernama Anthony Martial akan digunakan untuk merobek gawang Liverpool.
That ball from Malacia 😍 the confidence in Anthony Martial ❤️ pic.twitter.com/Dod2jcQBG9
— Tanita (@tanitah10) July 30, 2022
Anthony Martial yang mengalami kecederaan hamstring di perlawanan pra musim debgan prestasi agak menakjubkan dijangkakan mampu kembali cergas untuk perlawanan ketiga Premier League.
Sejak minggu lalu pemain kebangsaan Perancis itu telah kembali menjalani latihan ringan dan menjadi saksi kepada kekalahan mengaibkan yang penuh dengan aksi kelakar kepada Brentford.
Tekanan memuncak buat Manchester United ketika ini dengan para pemain mula kehilangan motivasi dan keyakinan diri serta mental sudah koyak rabak di awal musim.
Satu-satunya berita baik yang ada di kem Manchester United kini adalah Anthony Martial yang boleh kembali beraksi walaupun terbukti tidak boleh diharap sebelum ini.
Erik ten Hag ready to send out Man Utd SOS to Anthony Martial with injured star set to be fit for Liverpool clash https://t.co/hHCVQTOp7h
— The Sun – Man Utd (@SunManUtd) August 16, 2022
Namun di musim baharu dengan pengurus baharu mungkin Anthony Martial sudah kembali mendapatkan prestasi terbaiknya.
Dengan masa depan Cristiano Ronaldo masih samar dan Marcus Rashford pula masih sendu dan tidak pandai bermain bola sepak sepak seperti musim lalu serta beberapa orang pemain lain juga bergelut maka Anthony Martial adalah jalan keluar buat masa ini.
Anthony Martial dilaporkan sudah diberi lampu hijan untuk memasuki fasa akhir proses pemulihannya oleh pakar perubatan kelab.
Dia sudah kembali berlari dan bergerak dengan kadar kepantasan penuh tanpa rasa sakit lagi.
One person at the club said an in-form Anthony Martial would have made United's performances in the last two games look different. [@MelissaReddy_] pic.twitter.com/Gk8IWnRrdX
— Manuel Menacho 🇬🇧🇪🇸🇮🇪🏴🇧🇪⚽️ (@ManuelMenacho0) August 16, 2022
Martial telah pun melakukan latihan bersama bola dengan pasukan, tetapi dijangka menyambung latihan penuh pada hari Rabu.
Itu termasuk latihan dengan seluruh skuad, meletakkan dia dalam saingan untuk mendapatkan tempat dalam perlawanan di Old Trafford Isnin depan.
Manchester United akan mengadakan sesi terakhir mereka pada pagi Ahad, di mana keputusan boleh dibuat sama ada Martial bersedia atau tidak.
Impian Anthony Martial untuk terus bermain di Sevilla nampaknya tidak kesampaian. Ini apabila kelab itu tak sanggup untuk mengaktifkan perpindahan tetap pemain tersebut.
🚨 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋: Anthony Martial will return to Manchester United this summer! 🇫🇷
🎙 Sevilla president José Castro: "He was a pure loan and he will return to Manchester."
(Source: Canal Radio) pic.twitter.com/GXU0UTjMlC
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 24, 2022
Martial terpaksa dilepaskan ke Sevilla secara pinjaman. Pada awalnya dia disambut seperti dia, bagaikan seorang pahlawanan, menjadi pembela pada yang tiada upaya. Dengan kepantasan langkah menewaskan musuh yang membuat angkara. Dialah satria. Lebih kurang begitulah pandangan peminat ke atasnya.
Martial bermula dengan baik pada awalnya. Namun entah macamana dia terus merudum sekali lagi. Dia mulai menuai kritikan peminat. Dia beraksi 12 perlawanan untuk Sevilla hanya menjaringkan 1 gol dan 1 assist.
Presiden Sevilla iaitu Jose Castro Carmona mengesahkan kepada media bahawa mereka akan memulangkan semula Anthony Martial dengan cara baik. Selepas mereka dulu melamar dengan cara baik.
Castro kemudian tampil dengan kenyataan panas bahawa mereka telah membazir sebahagian besar wang mereka yang penting untuk kelab terutama sekali selepas pandemik.
Sevilla president Castro confirms: “Anthony Martial will return to Man United. We spent important money on him but it didn’t work – also, he had injuries and we’re not gonna buy him on a permanent deal”. 🔴🇫🇷 #MUFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 24, 2022
Di mana pelaburan ke atas Martial dianggap sia sia dan tak berbaloi.
Castro berkata:
“Anthony Martial akan kembali ke Old Trafford. Kami membelanjakan wang penting kami dekat dia, tetapi ianya tidak berbaloi. Juga, dia mengalami kecederaan, jadi, kami tak akan membelinya secara tetap.”
Pastinya Martial kecewa dengan kenyataan tersebut. Kerana dia pasti mengharapkan Sevilla memberikannya peluang sekurang kurangnya semusim lagi untuk membuktikan keupayaan sebenarnya.
Namun Martial mempamerkan kehebatan di Pra musim bersama Jadon Sancho dan Marcus Rashford sehingga disebut-sebut bakal menjadi trio yang menggerunkan.
Sebaliknya yang terjadi Sancho dan Rashford terciduk teruk dan kini Martial penyelamat tunggal yang ada.