Anthony Martial tidak berada di dalam skuad utama United dan turut tidak menyertai latihan skuad utama pasukan sejak beberapa minggu lalu, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai keberadaan pemain itu.
Anthony Martial telah diarahkan oleh pengurus pasukan Erik Ten Hag untuk berlatih secara bersendirian untuk meningkatkan tahap kecergasan sebelum boleh dipertimbangkan untuk menyertai skuad utama Manchester United.
Martial difahamkan terpaksa disisihkan oleh Ten Hag selepas pemain penyerang itu mengalami demam dan selsema sejak bulan lalu, sehingga pemain itu terlepas perlawanan menentang Bournemouth yang berkesudahan dengan kekalahan 3-0.
Ten Hag cuba mengelak soalan daripada wartawan mengenai keberadaan Martial sejak beberapa bulan lalu, dan sekadar memaklumkan pemain itu tidak cergas sepenuhnya sebelum perlawanan menentang Tottenham yang berkesudahan seri 2-2 pada hujung minggu lalu.
🚨 Anthony Martial has been exiled and forced to train on his own by Erik Ten Hag after failing to regain fitness after illness.
[Matt Hughes ✍︎] pic.twitter.com/ZKcxX77Bhc
— PurelyFootball ℗ (@PurelyFootball) January 17, 2024
Pemain berusia 28 tahun itu difahamkan tidak mengalami isu kecederaan, namun disahkan tidak cergas untuk menghadapi perlawanan selepas demam yang dilaluinya pada bulan lepas.
Arahan daripada Ten Hag untuk Martial berlatih secara bersendirian juga bukan berkaitan isu disiplin, dan jurulatih dari Belanda itu menyatakan kepercayaannya untuk pemain itu berlatih secara bersendirian untuk meningkatkan tahap kecergasan.
Pada masa ini Martial dianggap tidak berada di tahap kecergasan yang dikehendaki oleh Ten Hag, mengambil kira intensiti latihan yang dituntut oleh pengurus itu terhadap pemainnya ketika latihan.
MARTIAL FROZEN OUT 😳
Anthony Martial has been forced to train on his own by manager Erik ten Hag, following failure to regain fitness after illness.
He's not injured but not fit enough to train, as per Mail Sport. #MUFC pic.twitter.com/PUAvCfjVEg
— TEAMtalk (@TEAMtalk) January 17, 2024
Pada bulan lalu kem United diserang oleh kes demam dan selesema sehingga menganggu pemilihan dan prestasu pasukan. Marcus Rashford misalnya tidak beraksi dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Champions League disebabkan isu yang sama, sebelum kembali memperkuatkan pasukan dalam perlawanan menentang Liverpool.
Latihan secara bersendirian selepas kecederaan adalah amalan biasa di United. Namun tempoh masa yang diambil oleh Martial untuk kembali cergas dan kembali ke skuad utama kini mulai menimbulkan tanda tanya.