Gandingan Martial, Sancho Dan Rashford Bakal Menghantui Pemain Pertahanan Premier League Musim Hadapan

Gandingan Anthony Martial, Jadon Sancho dan Marcus Rashford sepertinya bakal menjadi mimpi ngeri untuk pemain-pemain pertahanan dalam saingan Premier League pada musim baharu nanti.

Harus diakui yang ketiga-tiga pemain itu pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka dan ia merupakan satu hal yang sangat menggembirakan para penyokong setan merah.

Ketiga-tiga Martial, Rashford dan Sancho pada musim lalu teruk dihentam oleh para peminat kerana mereka gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Jadon Sancho pada awal ketibaannya ke bumi Old Trafford, beliau sepertinya gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Walau bagaimanapun, pada hujung-hujung musim lalu, beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dan mula menunjukkan impak yang sangat menakjubkan.

Sementara untuk Martial dan Rashford pula jelas sekali sepi pada musim lalu dengan kedua-dua pemain antara yang paling teruk dihentam oleh peminat.

Rashford dan Martial bahkan turut dijangka akan meninggalkan kelab pada musim panas ini kerana ramai yang merasakan mereka sudah tidak diperlukan oleh kelab lagi.

Walau bagaimanapun, ketika beraksi di bawah kendalian Erik ten Hag, kedua-dua pemain tersebut sepertinya sudah berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka.

Ditambah pula dengan kemantapan persembahan Jadon Sancho pada ketika ini, jelas sekali ketiga-tiga pemain itu berjaya membentuk gandingan yang sungguh luar biasa dasyat.

Para peminat sendiri bahkan turut terkejut melihat gandingan ketiga-tiga pemain tersebut dengan mereka percaya Sancho, Martial dan Rashford bakal menjadi trio yang digeruni dalam saingan Premier League pada musim baharu nanti.

Ketiga-tiga pemain tersebut berjaya menjaringkan tujuh gol dan mencatatkan satu assists dari tiga perlawanan mereka pada aksi pra musim ini.

Martial, Rashford dan Sancho merupakan nadi penting Manchester United menewaskan Liverpool, Melbourne Victory dan Crystal Palace pada aksi pra musim mereka.

Martial berjaya meledak tiga gol, sementara Rashford dan Sancho pula masing-masing berjaya menjaringkan dua gol dari tiga perlawanan pada musim panas ini.

Manchester United berjaya menjaringkan 11 gol dari ketiga-tiga perlawanan tersebut dan ia jelas sekali hasil keberkesanan jentera serangan mereka.

Ketiga-tiga pemain tersebut juga dijangka bakal memainkan peranan sama pada musim baharu nanti dan jelas sekali Erik ten Hag sendiri juga akan memberikan sepenuh kepercayaan kepada pemain-pemain tersebut.

Corak permainan Man United pada ketika ini juga jelas sekali sangat berbeza berbanding apa yang pernah mereka persembahkan sebelum ini.

Gol yang dijaringkan oleh Marcus Rashford ketika bertemu Crystal Palace malam semalam jelas dianggap sebagai bukti nyata yang corak permainan Man United pada ketika ini sungguh luar biasa.

Manchester United juga sepertinya tidak perlu mencari pemain penyerang yang baru pada musim panas ini kerana mereka sudah mempunyai barisan pemain berkualiti tinggi.

Bahkan andai Cristiano Ronaldo benar-benar pergi meninggalkan kelab sekalipun, sepertinya hal itu tidak akan memberikan impak kepada jentera serangan Man United.

Ketiga-tiga pemain tersebut jelas sekali telah menunjukkan peningkatan yang sangat mendadak dan para peminat berharap agar mereka akan mampu konsisten untuk bantu kelab bersaing memenangi Piala pada musim baharu nanti.

Bukan hanya Sancho, Martial dan Rashford sahaja yang berjaya mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka di bawah kendalian Ten Hag, bahkan ramai lagi pemain lain yang turut menyerlah.

Pengurus dari Belanda itu dijangka akan mampu menaikkan semula kelab pada musim baharu nanti dan beliau juga dijangka akan membantu kelab untuk memenangi sesuatu pada musim baharu nanti.

Adakah gandingan Sancho, Martial dan Rashford akan mampu beri masalah kepada barisan pertahanan lawan pada musim baharu nanti? bincangkan di ruangan komen.

BACA:  "Dia Akan Kembali Mengganas" - Peminat Teruja Melihat Perubahan Fizikal Rashford Menjelang Bermulanya Musim Baru