Buat julung kalinya, trofi Liga Perdana Inggeris telah dibawa berarak ke Anfield sempena pertemuan penting di antara Liverpool menentang Chelsea yang berlangsung tengah malam semalam.
Seperti semua sedia maklum, Liverpool sedang bersaing sengit dengan Manchester City untuk merebut hak untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada hujung musim nanti.
Manakala Chelsea mengharungi musim yang agak sendu di bawah pengurus berasal dari Itali, Maurizio Sarri.
Walaupun dicanang bakal menghadirkan ancaman kepada City dan Liverpool musim ini, Chelsea gagal menepati ramalan dan hanya mampu bersaing dengan pasukan hina seperti Manchester United dan Arsenal bagi merebut slot beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.
So sky have got the premier league trophy at Anfield ! Why, do they win the league if they beat Chelsea ?
— Ian Wright (@IanWright0) April 14, 2019
Sebelum perlawanan Liverpool-Chelsea bermula semalam, telah berlangsungnya satu lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris yang menemukan Manchester City dan Crystal Palace.
Seperti diduga, anak buah Pep Guardiola tenang menundukkan lawan yang pernah menundukkan mereka di Etihad pada awal musim ini. Ternyata, Zaha memberi harapan palsu kepada penyokong Liverpool kerana beliau sekadar berpoco-poco di atas padang sepanjang 90 minit permainan.
Manchester City merampas seketika takhta dari Liverpool selepas mengutip 3 mata dari Crystal Palace.
Walau bagaimanapun, ia tidak berkekalan lama. Liverpool dengan bantuan King Salah dan Sadio Mane mengajar budak-budak Chelsea bagaimana untuk menjaringkan gol dengan masing-masing menjaringkan satu gol untuk membantu Liverpool meraih kemenangan 2-0 ke atas Chelsea.
Selain dari gol yang teramat padu dari Salah, terdapat satu lagi perkara yang berjaya mencuri perhatian peminat bola sepak seantero dunia.
Buat julung kalinya dengan bantuan Sky Sports sebagai penyiar rasmi, trofi Liga Perdana Inggeris telah dibawa ke Anfield sempena pertemuan Liverpool-Chelsea semalam.
https://twitter.com/twosilvas/status/1117400171124543488
Hos rancangan, David Jones disertai Jamie Redknapp, Graeme Souness dan Ashley Cole berganding bahu mengulas isi kandungan perlawanan penting tersebut.
Dan dihadapan mereka adalah trofi yang belum pernah dimenangi Liverpool iaitu trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Seperti diduga, ia menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen di alam maya. Untuk rekod, trofi ini pernah dijulang di Anfield suatu ketika dahulu, tetapi pasukan yang menjulangnya bukanlah Liverpool tetapi pasukan Blackburn Rovers yang dibintangi oleh Alan Shearer pada ketika itu.
Hanya perasaan iri hati dan hasad dengki sahaja yang menafikan hakikat Liverpool bakal menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.
The Premier League trophy is at the Liverpool v Chelsea game today. It has been lifted at Anfield before of course… ? #livche #SuperSunday pic.twitter.com/ue5It6bobU
— Adam Gray (@adamgray50) April 14, 2019
https://twitter.com/kierantyoung/status/1117423182640754690