Pengurus Chelsea, telah mendedahkan sebab kenapa dia hampir bertumbuk dengan pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte sejurus tamat perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Bos pasukan Chelsea itu dilihat tidak mahu melepaskan genggaman tangan usai bersalaman dan menarik Antonio Conte dan hampir mencetuskan perbalahan.
Namun Thomas Tuchel tidak mengaku salah dengan perbuatan yang dimulakannya itu malah telah menuduh Antonio Conte yang bersalah.
“Thomas Tuchel pula menyatakan bahawa semasa bersalaman dia berharapan akan ada pandangan mata ke mata tetapi tidak terjadi.”
“Aku fikir bila kita berjabat tangan kau akan saling memandang antara satu sama lain. Tapi dia (Conte) mempunyai pandangan yang berbeza.”
“Ia tidak perlu tetapi banyak perkara yang tidak perlu.”
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 14, 2022
Permulaan kepada ketegangan ini bermula selepas Spur berjaya menyamakan kedudukan melalui penyudah dari Pierre-Emile Hojbjerg yang mengundang rasa tidak puas hati Tuchel.
Ketika Antonio Conte sakan meraikan gol, kem Chelsea telah telah membuat rungutan bahawa ada unsur offside dari Richarlison dan kekasaran untuk gol itu terhasil.
Tuchel juga merasakan bekas pengurus Chelsea itu meraikan gol itu secara berlebihan dan Tuchel juga telah mengkritik pengadil perlawanan, Anthony Taylor.
“Dia sangat gembira ketika mendapat gol penyamaan dan kepanasan itu tinggi tapi tiada apa pun.”
“Kami berdua dapat kad merah? Itu tidak perlu. Tapi banyak benda tidak perlu. Satu lagi keputusan buru dari pengadil hari ini.”
Chelsea vs. Tottenham 🔥 Tuchel vs. Conte 🤯#skyPL #CHETOT 2:1 pic.twitter.com/snwn1VkHAm
— Sky Sport (@SkySportDE) August 14, 2022
Untuk gol penyamaan kali kedua Spurs di minit akhir dari sundulan Harry Kane juga terdapat unsur kekasaran sebelum Spurs mendapat sepakan percuma.
Jelas kelihatan Cristiano Romero telah menarik rambut Marc Cucurella namun penelitian Video Assistant Referee (VAR) tidak menghukum Cristiano Romero.
Bagi pengurus berusia 48 tahun itu, kedua-dua gol Spurs itu adalah tidak sah:
“Sangat jelas Kai Havertz dikasari ketika Spurs merencanakan gol pertama, jelas kekasaran. Kami mempunyai satu tactical foul dari Reece James yang mendapat kad kuning.”
“Aku tak tahu berapa banyak tactical foul Hojberg dan Bentancur lakukan hari ini.”
No holding back from Thomas Tuchel 😲 pic.twitter.com/IHCIQiHsge
— ESPN FC (@ESPNFC) August 14, 2022
Jika diperhatikan untuk gol pertama Spurs Richarlison jelas offside dan berada di laluan bola masuk ke gawang dan Richarlison membuat sedikit elakan yang bermakna campur kaki dalam penghasilan gol itu.
“Namun perlawanan tetap diteruskan dan jelas sekali lagi Richarlison berada dalam keadaan offside, Dia berada sejalan dengan laluan bola yang dirembat.”
“Richarlison menuju ke bola itu, jadi Mendy tidak dapat melihat bola. Mereka meneliti, jelas itu adalah offside.”
“Dan sejak bila kau boleh tarik rambut pemain di padang bola? Jadi kami periksa dan tiada apa yang terjadi. Ini sangat mengarut.”
Thomas Tuchel took a shot at Anthony Taylor 😳 pic.twitter.com/MrPd6WlWFn
— ESPN FC (@ESPNFC) August 14, 2022
Memang benar apa yang diperkatakan Tuchel itu mengenai dua gol itu, Richarlison yang berada dalam kedudukan offside telah terlibat dengan penghasilan gol pertama Spurs.
Adengan tarik rambut Cristiano Romero ke atas Marc Cucurella yang jelas tidak rela juga jelas terjadi. Tau la rambut Cucurella mengerbang tetap menjadi kesalahan namun tiada tindakan dari pengadil mahupun VAR.
Untuk gol kedua Chelsea, Tuchel dilihat meraikan secara berlebihan berlari ke arah Conte tapi Conte buat bodo tidak melayan.
…red card on the pitch but still valid on social media.
Antonio Conte’s late night message to Tuchel on Instagram 😀⤵️ pic.twitter.com/lmYFxDEuKR
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 14, 2022
Perlawanan London Derby yang menemukan Chelsea dan juga Tottenham Hotspur merupakan perlawanan pertama Premier League musim ini melibatkan pasukan top 6.
Ternyata perlawanan ini tidak mengecewakan dengan kerancakan permainan di mana empat gol menarik dan terbaik terhasil ditambah dengan drama minit akhir perlawanan.
Keputusan berakhir dengan seri 2-2 di mana Harry Kane menjaringkan gol penyamaan penuh dramatik buat Tottenham Hotspur pada detik-detik akhir permainan.
Kalidou Koulibaly telah membuka tirai jaringan pada minit ke-19 dengan satu voli teramat padu dari seorang pemain pertahanan yang merembat deras sepakan penjuru Marc Cucurella.
Dua pemain baharu Chelsea yang diikat di jendela musim panas ini bergandingan menghasilkan gol dan mencipta bantuan gol menjadikan satu pembelian yang berbaloi-baloi.
Jaringan Kalidou Koulibaly itu kekal hingga tamat tempoh 45 minit pertama.
All three of the Chelsea starters that made their home Premier League debuts today were directly involved in a goal against Tottenham:
Kalidou Koulibaly: ⚽
Marc Cucurella: 🅰️
Raheem Sterling: 🅰️A positive sign. pic.twitter.com/HoNDUE5sPB
— Squawka (@Squawka) August 14, 2022
Pada minit ke-68, Pierre Hojbjerg telah berjaya mengikat kembali kedudukan perlawanan dengan satu penyudah tenang menyempurnakan umpanan Ben Davies.
Selepas gol dari Pierre Hojbjerg ini telah terjadi kekecohan apabila Antonio Conte meraikan jaringan itu diluar kawasan teknikal dan menjerit kepada tempat duduk pasukan Chelsea.
Tuchel terus datang bersemuka dengan Conte namun pantas pegawai pasukan masing-masing meleraikan keadaan.
Most Premier League goals scored in London derbies:
◉ 43 – Thierry Henry
◎ 42 – Harry KaneHarry's closing in on another record. 👀 pic.twitter.com/hWrORmWZ7g
— Squawka (@Squawka) August 14, 2022
Chelsea kembali mendahului 11 minit kemudian melalui rembatan depan muka dari Reece James yang langsung tidak dikawal.
Pada minit ke-96 kegilaan menjadi-jadi apabila Harry Kane menjaringkan gol penyamaan detik akhir dengan sundulan jahat dari sepakan penjuru Ivan Perisic.
Pergaduhan Thomas Tuchel dan Antonio Conte selepas perlawanan tamat telah menambahkan lagi rencah menyemarakkan London Derby ini.
Chelsea menguasai perlawanan dengan 64 peratus penguasaan tetapi Tottenham Hotspur pula lebih efektif dalam menghasilkan ancaman kepada lawan.
Chelsea (3-4-3): Mendy; Silva, Koulibaly, Cucuerella; James, Kante, Jorginho, Loftus-Cheek; Mount, Sterling, Havertz.
Pemain Simpanan: Kepa, Pulisic, Chalobah, Broja, Ziyech, Gallagher, Hudson-Odoi, Chilwell.
Tottenham Hotspur (3-4-3): Lloris; Romero, Dier, Davies; Royal, Bentancur, Hojbjerg, Sessegnon; Kulusevski, Kane, Son.
Pemain Simpanan: Forster, Doherty, Sanchez, Gil, Perisic, Richarlison, Moura, Tanganga, Bissouma.
Referee: Anthony Taylor (Wythenshawe)