UCL 2022/23: Borussia Dortmund Aibkan Chelsea

Chelsea nampaknya menelan satu lagi kekalahan yang sukar diterima oleh penyokong mereka pada musim ini.

Selepas berbelanja sampai tak ingat dunia, Chelsea masih lagi menjadi pasukan yang bergelut dengan prestasi.

Terbaru, pasukan yang digelar Sang Biru itu kalah pula di tangan gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund di Signal Iduna Park dalam aksi peringkat first leg round of 16.

Walaupun memiliki penguasaan bola yang tinggi, namun Chelsea hampa di hadapan gol.

Gol tunggal Karim Adeyemi hadir ketika Chelsea berterusan menguasai bola dan menyerang ke kubu lawan mereka.

Adeyemi merasakan peluang itu tiba, dan berlari ke hujung padang, mengatasi pemain €120 juta, Enzo Fernandez dan penjaga gol termahal di dunia Kepa Arrizabalaga untuk memberikan Dortmund pendahuluan penting yang membawa mereka kepada kemenangan.

Graham Potter masih mencari cari pasukan terbaiknya sejak tiba di Chelsea walaupun memiliki ramai pemain bintang baharu yang dibeli. Seperti membeli maggie tomyam.

Kepantasan Mykhailo Mudryk kerap menyusahkan pasukan tuan rumah dan memaksa pertahanan tengah Dortmund, Niklas Sule berusaha keras menafikan beberapa peluang.

Tidak lama kemudian Chelsea kembali menyerang melalui Mudryk, yang memenangi sepakan percuma di sebelah kiri petak penalti.

Julian Brandt dari Dortmund dan Jude Bellingham terus mengatur serangan ketika pasukan tuan rumah mendominasi penguasaan bola, yang menyebabkan mereka terdedah kepada serangan balas Chelsea.

Peluang terbaik separuh masa pembukaan jatuh kepada pemain Chelsea, Joao Felix, yang menewaskan bek Dortmund Marius Wolf di dalam kotak untuk memberi ruang kepada dirinya untuk merembat, tetapi percubaannya terkena palang.

Wolf hampir meletakkan Dortmund di depan ketika hujung separuh masa pertama, tetapi rembatan lencongnya melayang jauh.

Chelsea mendominasi peringkat awal separuh masa kedua, memaksa pemain tengah Dortmund, Emre Can, terpaksa melakukan terjahan kad kuning apabila dia menumbangkan Reece James yang sedang mara untuk menyerang ke kubu mereka.

Penjaga gol Gregor Kobel menyelamatkan sepakan percuma untuk meredakan tekanan untuk tuan ruamh.

James kemudian bermain satu lawan satu dengan Kobel sekali lagi selepas 60 minit, kali ini dalam permainan terbuka, tetapi penjaga gol Switzerland itu berjaya menekan James dan rembatannya melepasi palang.

Ketika Chelsea berkampung di kawasan lawan untuk sepakan sudut, Dortmund melakukan serangan balas.

Penyerang muda Jerman, Karim Adeyemi, yang secara rasmi mencatatkan rekod sebagai pemain terpantas dalam sejarah Bundesliga pada awal Februari, menolak bola melepasi Fernandez yang tidak mampu menghentikan larian pantas pemain itu.

Adeyemi  kemudian memperkotak katikan Kepa, sebelum memasukkan bola ke gawang di belakang yang ternganga.

Chelsea kelihatan pasti untuk menjaringkan gol pada minit ke-78 apabila rembatan Kalidou Koulibaly di dalam kotak penalti tepat, tetapi Emre Can mengeluarkan bola dari atas garisan gol.

Pengadil memberitahu pemain Chelsea bahawa bola masih belum melepasi garisan gol sepenuhnya.

Enzo Fernandez memiliki peluang terbaik sebelum wisel penamat dengan rembatan padu dari luar kotak penalti namun diselamatkan oleh penjaga gol lawan dengan cemerlangnya.

Tamat perlawanan, Borussia Dortmund 1 Chelsea 0.

Barisan pemain

Borussia Dortmund: Gregor Kobel; Marius Wolf (Ryerson 73′), Niklas Sule, Nico Schlotterbeck, Raphael Guerreiro; Emre Can; Julian Brandt, Jude Bellingham, Salih Ozcan, Karim Adeyemi (Bynoe-Gittens 80′); Sebastien Haller (Modeste 68′)

Chelsea: Kepa Arrizabalaga; Reece James, Thiago Silva, Kalidou Koulibaly, Ben Chilwell; Ruben Loftus-Cheek, Enzo Fernandez; Hakim Ziyech, Joao Felix, Mykhailo Mudryk (Cucurella 71′); Kai Havertz

BACA:  Fakta Power Tentang Undian Liga Juara-Juara UEFA Musim 2021-22