Chelsea gagal menang sekali lagi dalam Liga Juara-Juara, kali ini menentang RB Salzburg yang merupakan pasukan dimiliki oleh syarikat air tenaga Red Bulls. Sebelum ini Chelsea dikalahkan oleh pasukan jenama pencuci pakaian.
The Blues diikat 1-1 oleh kelab dari Austria itu di hadapn penyokong mereka sendiri di Stamford Bridge.
Ianya adalah debut untuk pengurus baharu Chelsea, Graham Potter. Keputusan ini mungkin agak baik buat Potter selaku pendatang baru dalam dunia UCL.
Potter: "It is what it is, we have to dust ourselves down. Personality and application was good, we will get better” pic.twitter.com/wDWZyBSlWx
— Pys (@CFCPys) September 14, 2022
Namun bagi Chelsea ini adalah keputusan buruk kerana sebelum ini mereka ditewaskan oleh Dinamo Zagreb. Selain itu aksi mereka kali ini jauh lebih baik daripada aksi sebelum ini. Mungkin itu sedikit melegakan peminat Chelsea dan dijadikan hiburan pada jam 3 pagi waktu Malaysia.
Satu lagi sisi, 2 perlawanan tanpa sebarang kemenangan benar benar keputusan yang memalukan untuk juara eropah dua kali itu.
Keputusan ini menjadikan Chelsea hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawanan pertama Liga Juara-Juara, sehingga jatuh ke tangga tercorot Kumpulan E.
Manakala Salzburg di kedudukan ketiga dengan mata, di belakang AC Milan (4) dan Dinamo Zagreb (3).
Potter melakukan beberapa perubahan di dalam pasikannya. Mendy yang cedera digantikan dengan Kepa Arrizabalaga. Azpilicueta kembali ke bek tengah, walaupun The Blues mempunyai dua pertahanan baharu iaitu Kalidou Koulibaly dan Wesley Fofana.
Di bawah Potter, Chelsea bermain penguasaan bola dan banyak mengasak melalui sayap. Beberapa kali Raheem Sterling dan Kai Havertz boleh memulakan serangan dari sektor itu.
Aksi mereka kali ini lebih baik dengan beberapa peluang telah diperoleh, tetapi mereka terus bergelut dengan ketumpulan di hadapan gol.
Chelesea hampir ditembusi pemain sasaran mereka pada musim panas lalu iaitu Benjamin Sesko mendapat peluang, namun usahanya boleh disekat oleh Kepa pada minit ke-40.
Sehingga rehat, tiada gol tercipta dan kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan membawa telur masing masing.
Pada separuh masa kedua, Chelsea mendahului pantas menerusi aksi Raheem Sterling yang melepaskan rembatan kaki kanan yang terus menembusi ke gawang Salzburg. Tuan rumah mendahului 1-0.
Only two English players have scored 25+ goals in the European Cup / Champions League:
▪️ Wayne Rooney (30)
▪️ Raheem Sterling 🆕Raheem gets his first in Chelsea blue. 🔵 pic.twitter.com/qQEvvSwzM5
— William Hill (@WilliamHill) September 14, 2022
Selepas gol itu, Salzburg bermain dengan lebih baik dan melakukan ancama beberapa kali menerusi Benjamin Sesko, kemudian The Blues turut berpeluang menerusi Kai Havertz.
Chelsea gagal menambah gol. Malah sebaliknya mereka bolos pada minit ke-75. Hantaran Junior Adamu boleh disudahkan oleh Noah Okafor. Thiago Silva gagal memenangi bola ketika dia cuba menghalang lawannya.
Chelsea berusaha keras untuk mencari gol kemenangan tetapi gagal. Dan akhirnya mereka seri sahaja dengan RB Salzburg. Chelsea terus gagal mendapatkan kemenangan mereka musim ini dalam saingan liga Juara Juara Eropah.
Perlawanan seterusnya adalah menentang pendahulu kumpulan E iaitu AC Mizal ehh AC Milan. Di mana ianya wajib menang untuk Chelsea jika mereka tidak mahu bungkus awal di peringkat kumpulan.
Lebih lebih lagi Chelsea sudah berbelanja hampir EUR300 juta untuk membeli pemain pemain baharu.
Potter menyatakan dia berpuas hati dengan prestasi pasukannya dan mengakui masih ada perkara yang mereka harus perbaiki lagi.
Chelsea: Kepa, James, Azpilicueta [Ziyech 81′], Thiago, Cucurella, Mount, Kovacic [Gallagher 81′], Jorginho, Sterling [Pulisic 84′], Havertz [Loftus-Cheek 66′], Aubameyang [Broja 66′]
RB Salzburg: Kohn, Ulmer, Bernardo, Pavlovic, Dedic, Kjaergaard [Dourna-Gouarth] 46′, Seiwald, Capaldo, Sucic [Kameri 70′], Fernando, Okafor [Koita 85′], Sesko [Adamu 70′]
Adakah Chelsea akan berjaya bangkit selepas ini? Ataupun bertemu dengan Manchester United di final Europa League? Semuanya akan terjawab jua nanti.