Musim malang Manchester United berterusan selepas tewas kepada Galatasaray dalam saingan UEFA Champions League (UCL) pada awal pagi tadi.
Walaupun ketinggalan sebanyak dua kali dalam perlawanan tersebut, kelab Turki itu bijak memanfaatkan kesilapan mudah di benteng pertahanan Setan Merah untuk menewaskan lawan mereka itu di Old Trafford.
Beraksi dengan 10 pemain selepas Casemiro menerima layangan kad kuning keduanya dalam perlawanan tersebut pada minit ke-77 perlawanan, United bermula dengan baik apabila mendahului melalui penyerang muda Rasmus Hojlund seawal minit ke-17 perlawanan.
Rasmus Hojlund has scored 2 goals in just 97 minutes of Champions League football.
Born for Champions League. 🔥🔥🔥 pic.twitter.com/c19ufCzK9E
— Statman Dave (@StatmanDave) October 3, 2023
Hojlung turut menjaringkan gol kedua United apabila penyerang Denmark itu memanfaatkan kesilapan Davinson Sanchez sebelum melarikan bola sejauh 50 meter untuk menewaskan Fernando Muslera.
Dua Kelebihan hasil tersebut bagaimanapun hanya bertahan selama 10 minit selepas Wilfred Zaha berjaya memadam kelebihan jaringan pertama Hojlund pada babak pertama, diikuti oleh jaringan Kerem Artukkoglu selepas itu.
🚨🚨🎙️| Rasmus Hojlund: "We need to remember we can't concede goals right after we score. We've had a few games now where that's happened. It's a tough period, but we need to stick together, that's the only way we'll get out of it." pic.twitter.com/i5PfydPTH0
— centredevils. (@centredevils) October 3, 2023
Perlawanan turut menyaksikan Mauro Icardi gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas kesilapan Andre Onana yang menjadi punca kepada kad merah diterima Casemiro.
Pemain Argentina itu bagaimanapun berjaya menebus kesilapannya dengan sentuhan penyudah yang menguburkan United dalam perlawanan ini sembilan minit kemudian.
Ini adalah pertama kali dalam sejarah United tewas dua kali berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan di UCL.
Zaha on the grandest stage 💛❤️#UCL pic.twitter.com/MnwdI3mkQs
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 3, 2023
Kekalahan ini sudah pasti turut akan memberi tekanan kepada pengurus Erik ten Hag di mana United kini berada di kedudukan terbawah kumpulan, empat mata di belakang Galatasaray yang menduduki tempat kedua dengan kemenangan ini.
United juga tewas perlawanan kedua berturut-turut sejak hujung minggu lalu apabila dimalukan Crystal Palace juga di tempat sendiri.
Ini bermakna United kini sudah tewas enam perlawanan daripada 10 perlawanan di semua pertandingan pada musim ini.