Manchester United Bakal Laksanakan ‘Ronaldo Rule’ Dengan Hadkan Gaji £200k Seminggu

Manchester United bakal memasuki era baharu apabila sudah bersedia untuk melaksanakan ‘Ronaldo Rule’ bagi memastikan tiada pemain di bilik persalinan akan menikmati gaji terlampau tinggi berbanding rakan sepasukan yang lain.

Ronaldo Rule ini merupakan langkah pengenalan kepada had gaji (salary cap) yang akan memastikan gaji semua pemain akan dihadkan gaji mereka maksimum kepada £200,000 seminggu sahaja.

Penjaga gol utama Manchester United, David De Gea akan menjadi pemain pertama menerima kesan dari pengenalan Ronaldo Rule jika dia bersetuju untuk menyambung kontrak baharu.

David De Gea kini menikmati gaji £375,000 seminggu dan kontraknya akan tamat pada musim panas ini dan pemain Sepanyol itu telah ditawarkan kontrak lebih rendah yang membawa maksud ‘ambil atau pergi’.

Kontrak yang ditawarkan kepada David De Gea yang dilaporkan mahu terus kekal ini adalah selaras dengan kontrak lanjutan yang dinikmati oleh Bruno Fernandes musim lalu.

Dasar bayaran gaji kolektif baru Manchester United adalah perubahan besar dari era Ed Woodward apabila kelab itu gembira untuk memecahkan struktur gaji untuk membawa pemain jenama besar seperti Cristiano Ronaldo.

Kini semua itu perlu distrukturkan semula dan diselaraskan seiring dengan perlantikan Erik Ten Hag yang mahu membina kembali pasukan yang memerlukan perancangan jangka panjang.

Pemain senior dan bintang seperti Raphael Varane, Harry Maguire, Casemiro dan kini Bruno Fernandes semuanya berada dalam lingkungan gaji yang hampir sama iaitu sekitar £180,000 hingga £200,000 seminggu.

Pemotongan gaji juga akan terjadi jika mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara bagi memastikan gaji pemain setara dengan pencapaian mereka.

Idea utama Ronaldo Rule ini adalah untuk mempunyai lebih ramai pemain dibayar pada tahap itu (tidak lebih £200,000 seminggu) dan bukannya mengeluarkan £500,000 seminggu untuk individu bergelar superstar.

David De Gea yang telah berada di Manchester United sejak 2011, berkata minggu lalu dia yakin perbincangan untuk kekal di kelab itu akan berakhir ‘dengan cara yang baik’ tetapi dia amat pasti dia tidak boleh mengharapkan untuk memperoleh pendapatan lebih daripada pemain lain dalam pasukan.

Luke Shaw, yang kontraknya akan tamat pada 2024, juga akan ditawarkan terma yang sama untuk memastikan keadaan adil dan saksama untuk semua.

Bagaimanapun, Manchester United mungkin akan menghadapi cabaran yang lebih besar dalam cuba meyakinkan penyerang England, Marcus Rashford untuk menandatangani kotrak untuk terus kekal di Old Trafford memandangkan Paris Saint-Germain sanggup menggandakan wangnya.

Marcus Rashford berada dalam prestasi terbaik dan konsisten menjaringkan gol pada masa ini tetapi dengan kontraknya yang juga akan tamat dalam tempoh 18 bulan mendatang.

Namun ketua kelab enggan membuat sebarang kes istimewa bagi Rashford – menyedari bagaimana semangat pasukan berpecah di Manchester United berikutan persaraan Sir Alex Ferguson pada 2013 dan perbezaan gaji yang lebih besar antara rakan sepasukan.

Bil gaji tahunan terbaru Manchester United dianggarkan berjumlah £228 juta — tertinggi dalam Liga Perdana dan sudah pasti bil itu mahu dikurangkan kerana tidak setara dengan prestasi.

Gaji pemain dibayar seperti dapat membawa pasukan ke suku akhir Champions League setiap tahun dan berada top 4 saban tahun, hakikatnya bergelut di Europa League dan sesak nafas untuk mendapatkan slot ke Europa League.

Mereka telah dapat menjimatkan £20 juta setahun dengan menamatkan kontrak Cristiano Ronaldo — yang membolehkannya menyertai kelab Arab Saudi Al-Nassr — tetapi mereka masih perlu berwaspada untuk tidak melanggar peraturan Financial Fair Play dan menyelaraskan kembali gaji adalah jalan terbaik.

BACA:  Penyerang Sensasi Jerman Lebih Berminat Menyertai Manchester United Dari Liverpool