Liverpool yang terluka dengan kekalahan 7-2 terus terluka apabila kehilangan Virgil Van Dijk untuk tempoh yang lama selepas pemain pertahanan terbaik dunia itu mengalami kecederaan yang paling ditakuti pemain bola sepak, ACL.
Perlawanan pertama di pentas Eropah yang paling agung, Champions League boleh menjadi medan terbaik untuk Liverpool bangkit dan menaikkan moral pasukan yang agak rendah ketika ini.
Namun Ajax bukan lawan mudah walaupun kehilangan hampir kesemua pemain utama yang menjadi nadi dan tonggak pasukan sejak dua musim yang lalu.
Fabinho telah diturunkan posisinya dari seorang pemain tengah kepada pemain pertahanan bagi mengisi kelompongan yang ditinggalkan Virgil van Dijk.
Ternyata persembahan Fabinho sangat mantap dan meyakinkan melindungi Adrian yang semakin tidak boleh diharap.
Fabinho whenever he plays centre-back. pic.twitter.com/IHHJaLJAAD
— Watch LFC (@Watch_LFC) October 21, 2020
Secara statistiknya Liverpool menguasai perlawanan tetapi Ajax tampak lebih mengancam dengan gerakan yang sangat licin lagi mempesonakan dan hanya sentuhan penyudah menjadi penghalang.
Kurang 10 minit permainan Muhamad Kudus telah dikeluarkan dan digantikan dengan Quincy Promes selepas mengalami kecederaan kerana bertembung dengan Fabinho.
Peminat Ajax tenang-tenang sahaja dengan insiden ini dan tidak memberi reaksi berlebihan seperti sebuah kelab yang sangat beremosi dengan kecederaan pemain mereka.
2010 – Nicolás Tagliafico is the first Ajax player to score an own goal in the Champions League since Vurnon Anita against Real Madrid in September 2010. D'oh.
— OptaJoe (@OptaJoe) October 21, 2020
Semua benda nak disalahkan dan apabila pemain mereka melakukan kekasaran mereka meanggap itu lumrah bola sepak.
Ajax gagal menyempurnakan peluang menarik yang dicipta dari gerakan-gerakan yang menawan dan akhirnya dihukum Sadio Mane dengan gol pembukaan perlawanan.
Lontaran ke dalam berjaya dilarikan oleh Sadio Mane sepantas kilat dan masuk ke kotan penalti Ajax, rembatan Mane telah terbias kaki Nicolas Tagliafico untuk gol sendiri.
13 – Since losing 1-5 against Ajax in December 1966, Liverpool have gone unbeaten in their 13 games against Dutch opponents in European competition (W8 D5). Distant. pic.twitter.com/B7J3KQDIZZ
— OptaJoe (@OptaJoe) October 21, 2020
Ajax hampir saja menyamakan kedudukan namun aksi penyelamatan atas garisan yang dipamerkan oleh Fabinho pada minit ke-44 telah menafikan gol Ajax.
Separuh masa kedua menyaksikan Liverpool lebih garang untuk mencari gol tambahan walaupun bermain tidak selancar biasa namun garang masih ada.
Tamat 90 minit permainan tiada gol dijaringkan oleh Ajax dan Liverpool menyaksikan Liverpool mendapat 3 mata pertama dan membawa pulang suntikan moral di waktu kelam ini.
Fabinho's game by numbers vs. Ajax in the #UCL
◉ 75 touches
◉ 10 total duels
◉ 9 clearances
◉ 4 total aerial duels
◉ 4 tackles
◉ 4 interceptions
◉ 4 recoveries
◉ 1 block
◉ 1 goal-line clearanceAn impressive performance at the back. pic.twitter.com/5odgD2kcpU
— Squawka Football (@Squawka) October 21, 2020
Fabinho mencatatkan statistik luar biasa pada babak pertama sehingga tamat perlawanan dengan memenangi 10 perebutan bola di udara, melakukan 4 tackle, melakukan 9 clearance, melakukan 4 pintasan dan cemerlang melakukan satu hadangan.
Jangan dilupakan satu pintasan bola di atas garisan gol dikala Andrian sudah bertukar menjadi kamera litar tertutup(CCTV) yang merakam pergerakan bola menggunakan storan mindanya.
Ajax: Onana, Mazraoui, Schuurs, Martinez, Tagliafico, Klaassen, Blind, Gravenberch, Neres, Tadic, Kudus.
Subs: Stekelenburg, Alvarez, Klaiber, Huntelaar, Promes, Ekkelenkamp, Labyad, Traore, Kotarski.
Liverpool: Adrian, Alexander-Arnold, Gomez, Fabinho, Robertson, Milner, Wijnaldum, Jones, Salah, Firmino, Mane.
Subs: Henderson, Minamino, Jota, Shaqiri, Origi, Rhys Williams, Kelleher, Neco Williams, Jaros, Cain.