Sudah lama saya tidak melontarkan pandangan pakar saya dalam bidang ini. Selepas ramai menghantar mesej kepada saya agar mengulas perlawanan ini, maka saya rajinkan diri.
Penyokong lawan hanya tahu bergelak ketawa sahaja tanpa mengetahui bahawa Manchester United telah menunjukkan peningkatan positif dalam aksi menentang Wolves.
Lantas kredit wajar diberikan kepada pengurusan tertinggi Manchester United yang dilaporkan sudah melantik pengarah sukan. Itu kalau ikut perancangan. Mungkin Pengarah Sukan itu sengaja menyorokkan diri kerana terlalu merendah diri.
Rio Ferdinand Being Lined Up for Manchester United Sporting Director Job (Really) https://t.co/mD8001w6f5
— MUFC Passion (@MUFCPasion) August 13, 2019
Sehingga hari ini tiada siapa yang tahu nama beliau. Hasil daripada DNA baru itu, Manchester United mendapatkan Harry Maguire dengan nilai £80 juta dan menolak peluang untuk mendapatkan pemain itu dengan nilai £50 juta pada musim lalu.
Kehebatan DNA Manchester United juga berjaya memastikan pemain seperti Aaron Wan-Bissaka menyertai mereka dengan nilai £50 juta. Tak lupa, pemain muda baharu mereka, Daniel James dengan nilai £20 juta yang terus mengingatkan para penyokong kepada Ryan Giggs.
Namun Daniel James tetap mencipta rekod unik dengan kejayaan mengakhiri rekod kad kuning kerana diving. Kali terakhir pemain Manchester United melakukannya ialah Chris Smalling, pada Februari 2018.
Daniel James is the first #MUFC player to be booked for diving since Chris Smalling at Newcastle in February 2018 [@OptaJoe]
Not nearly as hilarious as Smalling's though.
— Kris Voakes (@krisvoakes) August 19, 2019
Seluruh stadium memberikan sorakan boo tanda sokongan kepada Daniel James di atas kejayaan itu.
Namun Solskjaer mempertahankan pemainnya itu kerana menurutnya, pemain Wolves memang kasar pun. Statistik menunjukkan pasukan dengan logo haiwan itu bersikap buas dengan 17 kekasaran. Jadi, oklah untuk terjun sekali sekala.
'How many fouls did he suffer today? How many times did they go through him?' #mufc https://t.co/OqIViriFTr
— Man United News (@ManUtdMEN) August 20, 2019
Manchester United ikat Wolves
Ini perkara yang sangat positif selepas menewaskan Chelsea 4-0 pada hari pembukaan. Manchester United mengikat Wolves 1-1 di Molineux. Bukan macam Liverpool sekadar seri dengan Chelsea dan menang penalti. Kan?
Musim lalu 2 kali berturut-turut Manchester United dikitai oleh Wolves. Jadi, keputusan 1-1 ini sangat baik. Boleh dikatakan penyokong yang matang akan menerima keputusan ini dengan rasa positif.
Dalam usaha mencapai KPI seri ini Manchester United hanya melakukan 2 percubaan tepat, dan 4 laginya disepak kelaut.
Lihat kemuliaan hati Lingard dalam usaha menyerikan perlawanan ini. Mustahil pemain remaja prospek masa depan England ini gagal menjaringkan bola ini. Lingard sanggup meletakkan kariernya dalam risiko disiasat SPRE (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah England) kerand disyaki jual game.
Lingard deserves the Puskas Award for this wonderful miss of the season ???https://t.co/GeJyzZKMqk
— I Z U (@heisizumichaels) August 20, 2019
Seterusnya Harry Maguire dengan sengaja membuatkan dirinya seperti mudah dilepasi lawan. Kalau anda perhatikan betul betul, Maguire hanya menjadikan perlawanan ini sebagai alat hiburan yang tidak serius.
Tidak cukup dengan itu, Manchester United mendapat penalti pada minit ke-68. Rashford yang melakukan penalti sempurna ketika membelasah Chelsea dengan sengaja memaksa Paul Pogba mengambil sepakan itu.
Ini kerana Rashford risau beliau tidak sengaja menyumbat bola itu masuk. Ia bertentangan dengan misi dan sasaran pasukan. Pogba sudah melakukan 4 kali penalti gagal. Mana mungkin Rashford membenarnkan pemain yang selalu miss ambil penalti, jika mereka serius mahu menang.
Paul Pogba has missed four of the 11 penalties he's taken in the Premier League since the start of last season ❌
Marcus Rashford has never missed one ?♂️#WOLMUN pic.twitter.com/7cnXRhq1FD
— Goal (@goal) August 19, 2019
Jadi, tidak nampakkah lagi anda dengan taktik Manchester United ini?
Ole Gunnar Solskjaer memasukkan pemain yang laju sikit daripada Giroud iaitu Juan Mata pada minit ke-81, dan 2 pemain muda dimasukkan pada minit ke-88. Kalau betul nak menang, takkanlah mereka masukkan pertukaran seperti ini.
Kemasukkan pemain yang hanya bermain 2 minit itu hanyalah untuk memastikan mereka mendapat elaun perlawanan untuk membeli buku rujukan bagi menghadapi periksa.
Kenapa mereka beriya mahu seri dengan Wolves? Ini semua kerana Manchester United mahu menyembunyikan kekuatan mereka yang sebenar. Jika mereka menunjukkan kehebatan mereka terlalu awal, United risau lawan akan menghantar spy ke pusat latihan mereka.
Jadi, rumusannya, ‘haters’ sahaja yang bergelak ketawa dengan keputusan seri ini. Bukannya kalah sekalipun. Jika itu cukup membuatkan anda bahagia, silakanlah.