Uruguay mencipta sejarah gemilang apabila menang buat pertama kali dalam tempoh 22 tahun lamanya ke atas Brazil. Dan kemenangan itu dicipta pada aksi penting Kelayakan Piala Dunia 2026.
Ianya adalah hasil daripada kegeniusan bintang Liverpool, Darwin Nunez di barisan hadapan serangan pasukannya.
Uruguay mempertaruhkan generasi baharu bola sepak mereka. Namau seperti Fede Valverde, Facundon Pelistri juga berada dalam senarai pasukan.
Pemain muda Man United itu turut mendapat pujian dari segenap sudut alam kerana prestasi yang sangat matang.
Namun perhatian sebenar pastinya tertumpu kepada pemain no.9 mereka iaitu Darwin Nunez.
Nunez berjaya membuatkan Brazil menangisi satu lagi kekalahan yang mereka tidak mahukan.
Nunez mencipta 1 assist dan mencetak 1 gol dalam perlawanan ini yang turut menyaksikan Neymar menangis kerana kecederaan di tengah perlawanan.
Brazil mengalami mimpi ngeri kekalahan 2-0 di Montevideo. Ianya bukan keputusan yang boleh diterima peminat mereka yang berterusan mendesak CBF segera melantik pengurus berkaliber yang baharu.
Lebih lebih lagi musuh tradisi mereka Argentina baru sahaja menjuarai Piala Dunia dan juga berada di prestasi terbaik.
Darwin Nunez dari Uruguay meledak dengan tandukan mentadak yang laju bak peluru pada minit ke-42 untuk membuka jaringan pada separuh masa pertama yang suram di Estadio Centenario.
Penyerang Liverpool itu kemudian memainkan peranan penting dalam gol kedua Uruguay, menahan bola dengan baik daripada lontaran ke dalam dan memotong ke belakang untuk menemui Nicolas de la Cruz untuk merembat masuk menewaskan penjaga gol Brazil, Ederson pada minit ke-77, memastikan kemenangan 2-0.
Cara Nunez melakukan assist itu bukan mudah. Dia terpaksa membuka semula folder di sebalik folder cara melakukan aksi spin, namun dalam situasi sangat sulit.
Kemenangan itu adalah yang pertama Uruguay ke atas Brazil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia sejak kemenangan 1-0 ke atas Selecao di Montevideo pada Julai 2001.
Kekalahan itu menandakan satu lagi keputusan mengecewakan bagi juara dunia lima kali Brazil, yang terikat 1-1 dengan Venezuela minggu lalu pada pusingan sebelumnya.
Sebelum ini Brazil memecat Tite kerana prestasi hambar di Piala Dunia 2022. Mereka masih lagi dikendalikan pengurus interim pada masa ini. Dengan Carlo Ancelotti hangat dikaitkan dengan jawatan itu.
Pegawai pasukan Brazil berkata Neymar akan menjalani pemeriksaan di Sao Paulo pada hari Rabu untuk menilai sifat kecederaannya.
Neymar baru sahaja pulih daripada kecederaan beberapa minggu lalu dan bermain dalam beberapa perlawanan untuk kelabnya Al Hilal.
Saksikan cuplikan aksi Nunez di sini: