Van Dijk: Tiada Sebab Untuk Liverpool Berasa Panik

Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk berkata pasukannya tidak mempunyai sebarang sebab untuk menekan butang panik walaupun tewas buat pertama kali musim ini di tangan Manchester City awal pagi tadi.

Dalam perlawanan yang ditungg-tunggu ramai itu, Leroy Sane berjaya meranapkan impian Liverpool untuk membawa pulang satu mata dari Etihad apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72 untuk kedudukan akhir 2-1.

Tak perlu panik. Liverpool hanya menunggu masa untuk ditabalkan menjadi juara musim ini. 4 mata sudah cukup untuk menutup mulut heaters

Sebelum itu, Sergio Aguero terlebih dahulu membuka jaringan untuk The Citizens pada lewat babak pertama menerusi percubaan dari sudut yang sukar. Liverpool memulakan separuh masa kedua dengan penuh bertenaga dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit kr-64 menerusi Roberto Firmino.

Kegembiraan penyokong Liverpool tidak bertahan lama kerana tidak lama kemudian, pemain muda Jerman, Leroy Sane berjaya meletakkan City kembali di hadapan menerusi percubaan cantik untuk menewaskan Alisson Becker yang terkapai-kapai.

Ia sekali gus membawa Manchester City kembali dalam persaingan untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan 4 mata sahaja yang menjadi pemisah ketika ini.

Kekalahan Liverpool ini juga bermakna impian mereka untuk merangkul trofi Liga Perdana Inggeris bersalut emas berkecai.

Sane meranapkan impian Mane dan rakan-rakan untuk mengulangi pencapaian skuad Invincibles Arsenal

Walaupun tewas, pemain pertahanan terbaik sepanjang sejarah Liga Perdana Inggeris, Virgil van Dijk percaya Liverpool akan bangkit secepat mungkin dari kekecewaan ini.

“Kami sudah tahu kami akan melalui musim yang sukar dan akan ada detik bagus dan buruk. Dan semalam [Khamis], ia merupakan detik yang buruk.”

“Kami perlu terus melangkah ke hadapan dan bangkit. Itulah perkara yang saya yakin kami akan lakukan.”

“Ia merupakan perlawanan yang sengit bagi kedua-dua buah pasukan. Manchester Cit menang dan kami kecewa. Tetapi kami akan fokus untuk kembali bangkit dan memastikan kami bersedia untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya.”

“Sudah tentu kami berasa kecewa tetapi tiada sebab untuk kami berasa panik. Bagi kami, perlawanan itu hanya salah satu dari perlawanan Liga Perdana Inggeris yang penting.”

“Malangnya kami tewas dan gagal meraih keputusan yang diingini. Tahniah kepada Manchester City tetapi kami akan terus berusaha dan melangkah ke hadapan.”

BACA:  Pemain Liverpool Menyanyikan Lagu YNWA Dengan Penuh Emosi