Van Gaal Letak Liverpool Sebagai Calon Juara Liga Perdana Inggeris Musim Ini

Bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal percaya corak permainan yang diamalkan Jurgen Klopp mampu memberi kelebihan kepada Liverpool dalam persaingan untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris jika dibandingkan dengan corak permainan yang diterapkan Pep Guardiola bersama Manchester City.

Manchester City kembali menghidupkan peluang mereka untuk mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi musim lepas apabila menewaskan Liverpool di gelanggang sendiri minggu lalu.

Louisc Van Gaal bukan lagi asing dalam kancah bola sepak Inggeris. Selepas membantu Manchester United menjuarai Piala FA, beliau dipecat dari jawatannya di Old Trafford. Kesian

Dengan leburnya rekod tanpa kalah Liverpool musim ini, jurang mata di antara Manchester City dengan Liverpool berkurang menjadi 4 mata. Manakala sebuah lagi pasukan, Tottenham Hotspurs juga sedang mengintai dari kamar dengan 6 mata di belakang Liverpool.

Walaupun tewas, Liverpool dijangka akan kembali bangkit untuk terus mencatat kemenangan memandangkan rekod bahagian pertahanan mereka yang sangat utuh musim ini. Liverpool hanya dibolosi sebanyak 10 kali musim ini dari 21 perlawanan, diikuti Chelsea yang dibolosi sebanyak 16 kali.

Ramai percaya tahun 2019 bakal menjadi tahun dimana Liverpool menamatkan badi selama 29 tahun tidak memenangi kejuaraan liga domestik England.

Kalau Van Gaal nak bertaruh, nescaya Liverpool menjadi pilihannya. Bukan Manchester United

Antara individu yang percaya tahun ini bakal menjadi milik Liverpool adalah bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal yang pernah merasai nikmat memenangi Bundesliga, La Liga dan Eredivisie sepanjang kariernya.

“Klopp telah menukar Liverpool menjadi sebuah mesin bertarung yang hebat, dari segi bertahan dan menyerang.” Ujar Van Gaal kepada Mirror.

“Jadi, jika saya ingin bertaruh kelab mana yang akan memenangi liga musim ini, kelab tersebut adalah Liverpool.”

“Dari segi kualiti pemain, Liverpool tidak memiliki kualiti yang tertinggi. Sebenarnya, Manchester City mempunyai kualiti pemain yang paling tinggi.”

Guardiola didakwa hanya mementingkan serangan berbanding bertahan

“Tetapi pada masa yang sama, perkara tersebut juga menjadi satu kelemahan buat Pep Guardiola. Beliau hanya melatih pasukannya bagaimana untuk melakukan serangan.”

“Pada ketika Manchester City perlu bertahan, mereka kelihatan sangat buruk. Liverpool mempunyai pasukan yang mampu bertahan dengan lebih baik.”

Selepas mencipta rekod baru dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu dengan kutipan mata tertinggi sepanjang sejarah iaitu 100 mata, Manchester City dilihat agak bergelut musim ini dimana mereka telah mengalami 3 kekalahan selepas mengharungi 21 perlawanan.

Van Gaal mengakui beliau teruja melihat corak permainan anak buah Guardiola tetapi mempersoalkan semangat juang pasukan tersebut.

“Manchester City mempunyai idea bola sepak yang sangat mengagumkan dan gaya permainan yang menawan – tetapi mereka tidak mempunyai semangat juang yang betul.”

“Jangan salah faham. Saya masih suka melihat Manchester City bermain. Tetapi cara Klopp melatih Liverpool untuk bermain adalah amat menakjubkan.”

BACA:  Penyokong Liverpool Pertikai Mengapa Gol Salah Dibatalkan Tetapi Gol Fernandes Tidak?