[Video] 2 Gol Daripada Santi Cazorla Bantu Villareal Ikat Real Madrid

Bekas pemain Arsenal, Santi Cazorla membuktikan beliau masih lagi pemain yang bagus apabila menjaringkan dua gol ketika membantu Villareal mengikat Real Madrid 2-2 di gelanggang sendiri semalam.

Dalam satu-satunya perlawanan La Liga yang berlangsung semalam, Real Madrid sedar mereka tidak boleh kehilangan mata lagi jika ingin mengejar Barcelona dalam perebutan kejuaraan La Liga.

Cazorla menyarung jersi Villareal musim ini selepas kontraknya tidak disambung Arsenal

Real Madrid yang masih segar dengan trofi Club World Cup yang dimenangi mereka bulan lalu turun dalam keadaan sedikit lesu menentang skuad Villareal yang dibintangani Cazorla.

Walaupun mengalami pelbagai kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Cazorla membuktikan dirinya masih lagi pemain yang hebat apabila meletakkan Villareal di hadapan menerusi percubaan cantik dari penjuru padang.

Namun begitu, kelebihan Villareal tidak kekal lama kerana Karim Benzema berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian.

Tidak lama selepas itu, giliran Raphael Varane pula meletakkan Real Madrid di hadapan menerusi tandukan cantik daripada sepakan percuma Toni Kroos.

Ketika perlawanan hampir tamat, Cazorla sekali lagi menjadi wira untuk pasukannya apabila menanduk masuk bola untuk menewaskan Thibout Courtois sekali lagi. Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

https://twitter.com/abokorgunners/status/1080954064463167488

Ramai yang gembira melihat Cazorla kembali beraksi di atas padang selepas mengalami beberapa kecederaan serius beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau pernah dinasihat untuk tidak lagi bermain bola sepak. Pada satu ketika, doktor pernah memberitahu beliau patut berasa bertuah kerana dapat berjalan kerana kecederaan yang dialaminya ketika itu cukup serius.

“Selepas mengharungi detik-detik sukar selama ini, menjaringkan dua gol ketika beraksi menentang Real Madrid merupakan satu pengalaman yang cukup istimewa.” Ujar Cazorla selepas tamat perlawanan.

Welcome back, Santi. Kami merindui aksi anda !

BACA:  "Kami Seperti Real Madrid"- Penyokong Arsenal Kagum Rekaan Jersi Serba Putih