Video: Aksi Hebat Fred Berjaya Menutup Mulut Pengkritiknya

Rangkuman aksi Fred bertemu Chelsea membuktikan mengapa beliau sering menjadi pemain pilihan utama setiap pengurus.

Fred merupakan antara pemain terhebat yang beraksi di atas padang ketika aksi terikat 1-1 Manchester United bertemu Chelsea awal pagi tadi.

Beliau juga merupakan pemain yang paling ramai pembenci dari kalangan penyokong setan merah, dan setiap kali Fred diturunkan dalam kesebelasan utama, ramai yang mempertikaikan hal tersebut.

Aksi bertemu Chelsea membuktikan mengapa setiap pengurus sebenarnya sangat berminat untuk menurunkan beliau dalam kesebelasan utama.

Statistik yang sungguh menakjubkan

Pemain kebangsaan Brazil itu bermain selama 90 minit dalam aksi bertemu Chelsea, dan beliau juga merupakan bintang yang paling berprestasi di atas padang.

Fred mencatatkan statistik yang sungguh menakjubkan dengan beliau berjaya melakukan satu gelecekan sempurna dari dua percubaan, memenangi enam duels dan turut cemerlang mencipta satu on target.

Apa yang paling menakjubkan, Fred juga berjaya melakukan empat pintasan sempurna dalam perlawanan ini, secara tidak langsung menjadikan beliau sebagai tembok paling sukar untuk ditembusi oleh pemain Chelsea.

Fred juga berjaya melakukan dua tackle sempurna sepanjang perlawanan ini, dengan kehebatan dan kelincahan beliau menyebabkan beliau tiga kali dikasari oleh pemain lawan.

Pemain kebangsaan Brazil itu mencipta 32 hantaran dengan 26 darinya merupakan hantaran tepat yang menemui rakan sepasukannya.

4 dari 26 hantaran sempurna itu berjaya beliau lakukan di kawasan final third dengan beliau juga berjaya melakukan sembilan ball recoveries.

Apa yang lebih menarik lagi, dari empat tackle yang beliau lakukan, dua darinya dilakukan dengan sempurna, namun Fred langsung tidak melakukan fouls dalam perlawanan ini.

Ia jelas sekali satu statistik yang boleh dibanggakan dan tidak keterlaluan menganggap Fred merupakan pemain terhebat yang beraksi di atas padang.

Video: rangkuman aksi Fred bertemu Chelsea

Video rangkuman aksi beliau ketika bertemu Chelsea sudah cukup untuk membuktikan yang Fred sememangnya layak dianggap pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Mungkin ada peminat yang menganggap beliau sebagai titik terlemah United dan pemain kegemaran pasukan lawan, namun Fred berjaya membuktikan dakwaan tersebut salah.

Beliau mengawal tempo permainan dengan sempurna dengan Fred benar-benar berfungsi baik ketika menyerang, mahupun bertahan.

Tidak dinafikan beliau ada mensia-siakan peluang, namun ia sudah lumrah, bak kata legenda Uganda, ‘Kalau bola tu dah tak nak masuk, buatlah apa pun dia tetap tak akan masuk’.

Beliau beberapa kali berjaya mematahkan serangan dari pasukan lawan, dengan Fred merupakan nadi utama dalam sistem Man Utd pada hari ini.

Man Utd seolah-olah bermain dengan kelebihan seorang pemain di atas padang, dengan Fred tidak henti-henti naik turun dalam membantu United untuk mencari gol, dan mengelak dari dibolosi oleh Chelsea.

Beliau berjaya membuatkan barisan pertahanan Chelsea yang kononnya lebih handal dari pemain penyerang itu menggigil untuk meninggalkan kawasan masing-masing.

Satu-satunya gol yang berjaya Chelsea jaringkan dalam perlawanan ini adalah menerusi sepakan penalti, dan ia jelas membuktikan mereka sebenarnya tak mampu untuk melepasi tembok United.

Fair-play dari Fred dipuji peminat

Dipenghujung permainan Fred berpeluang untuk menjaringkan gol kemenangan ketika Edouard Mendy yang terkenal dengan kecemerlangannya membuat kelakar menghantar bola kepada Fred.

Banyak pilihan yang dipunyai oleh Fred ketika itu yang hanya berdepan dengan Edouard Mendy juga dalam situasi satu lawan satu dengan jarak yang agak jauh.

Berbanding membiarkan Mendy dikecam ramai kerana menghadiahkan gol percuma kepada United, Fred memilih untuk memulangkan semula bola kepada penjaga gol Chelsea itu.

Beliau jelas mempunyai banyak pilihan, dengan Fred boleh membawa bola masuk ke dalam kotak penalti dan beliau juga boleh menghantar bola kepada Cristiano Ronaldo atau Jesse Lingard untuk menghasilkan gol.

Pada ketika itu Fred mempunyai pilihan untuk terus merembat kencang atau melakukan chip atau menghantar bola kepada Jesse Lingard atau Cristiano Ronaldo.

Namun beliau memilih untuk mempunyai maruah dan harga diri, dengan Fred tak berminat memanfaatkan kesilapan lawan untuk kepentingan peribadi.

Satu sikap terpuji yang dipamerkan oleh Fred dan inilah semangat dan keharmonian dalam dunia bola sepak yang tidak ada pada mana-mana sukan lain.

Perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1, dengan United terpaksa berpuas hati mengutip satu mata berharga di Stamford Bridge pada pagi ini.

Fred sesuai jadi nadi utama dalam sistem kendalian Ralf Rangnick

Aksi hebat yang beliau pamerkan dalam perlawanan ini membuatkan ramai percaya Fred bakal menjadi nadi penting dalam sistem kendalian bakal pengurus interim United, Ralf Rangnick.

Beliau seolah-olah memiliki tiga jantung kerana tidak menunjukkan tanda-tanda penat walau tidak henti berlari atas bawah sepanjang perlawanan.

Ia menunjukkan yang Fred sangat sesuai untuk bermain corak permainan counter-pressing dan high-pressing serta layak menjadi kunci penggerak United.

Ralf Rangnick yang turut dikenali sebagai ‘The Godfather of Gegenpressing’ menggemari pemain seperti Fred dan tidak akan mengejutkan andai bintang Brazil itu akan lebih bersinar beraksi di bawah kendalian pengurus baharu nanti.

Sumber: RT Copms

BACA:  Danny Mills Gelar Man Utd Tahi Ketika Live di Sky Sports