Video: Kompilasi Tackle Masterclass Dari Paulo Maldini

Paulo Maldini telah beraksi sebanyak 902 perlawanan untuk kelab, 126 kaps untuk pasukan Itali dan telah berjaya memenangi 26 Piala dari 25 musim kariernya.

Berdasarkan pencapaian yang berjaya dicapai oleh legenda Itali ini, sepertinya tiada seorang pemain pon yang boleh menghampiri kejayaan yang pernah dicapai olehnya.

Pemain berusia 51 tahun itu dikenali dengan nama II Capitano oleh kebanyakkan peminat dan pemain bola sepak di Itali.

Beliau telah mengumumkan persaraannya selepas mengharungi karier gemilang selama 26 tahun bersama AC Milan.

Sepanjang kariernya dalam kancah bola sepak, Maldini telah mengajar dunia seni pertahanan yang luar biasa darinya.

Maldini sendiri merupakan sejarah untuk pasukan AC Milan, bahkan sebagai tanda penghormatan, AC Milan telah meletakkan jersey keramat bernombor tiga beliau ke alam persaraan.

Maldini juga merupakan satu dari 18 orang pemain di dunia yang telah membuat lebih dari 1,000 penampilan dalam karier professionalnya.

Beliau berjaya menjulang lima Kejuaraan Liga Juara-juara, tujuh kejuaraan Serie A, Pemenang Piala Coppa Italia, lima Kejuaraan Supercoppa Italiana, lima Kejuaraan Super Eropah, Dua Piala Intercontinental dan muncul juara FIFA Club World Cup sekali.

Beliau berjaya menaikkan nama pasukan AC Milan ke tahap tertinggi sepanjang kerjayanya di San Siro.

Maldini turut menjadi ketua pasukan paling tua yang muncul dalam pertandingan Liga Juara-juara Eropah ketika berusia 37 tahun.

Pemain kebangsaan Itali itu merupakan pertahanan yang menjadi mimpi ngeri buat mana-mana penyerang. Buktinya boleh tanya sendiri kepada Franco Baresi.

Baresi dan Maldini merupakan sebahagian dari generasi emas AC Milan yang berjaya mengharungi 58 perlawanan tidak terkalahkan bermula dari 1991 hingga 1993.

Gandingan itu telah beraksi bersama sebanyak 196 kali dan hanya bolos 23 kali sahaja. Nisbahnya bolos mereka hanya 8.5 sahaja setiap perlawanan.

Kedua pemain pertahanan terhebat dunia itu telah menunjukkan gandingan yang super hebat, super sensasi dan super mantap sepanjang aksi mereka bersama.

Untuk meraikan legasi Maldini, saksikanlah kompilasi tackle masterclass yang dipamerkan oleh beliau sepanjang kariernya di Milan.

Beraksi bersama pemain seperti Baresi, Seedorf, Romario dan Filippo Inzaghi, begitulah kompilasi aksi-aksi tackle masterclass yang telah dipamerkan olehnya.

Sementara semua tengah duduk dirumah dan tidak boleh keluar maka bertenang, ambil nafas dan nikmatilah kesemua aksi hebat dari legenda bernama Paulo Maldini.

Legasi beliau akan kekal buat selamanya dan video yang disediakan ini akan terus diingati oleh para peminat selama-lamanya.

Untuk mencari pemain sehebat dan mampu untuk mencapai apa yang telah Maldini capai sememangnya satu hal yang sangat sukar.

Maldini bukan sahaja akan dikenang sebagai pemain terbaik AC Milan dan Itali, beliau akan dikenang sebagai pemain pertahanan terbaik dunia sepanjang zaman.

BACA:ย  Paolo Bangga Anaknya Daniel Maldini Menjaringkan Gol Pertama Bersama Milan