[Video] Peluncur Ski Kantoi Ujian ‘Doping’ Buta-Buta Apabila Rumah Diserbu

Arena sukan luncur ais dikejutkan dengan penangkapan 9 peluncur profesional kerana melakukan pemindahan darah dengan tujuan untuk meningkatkan persembahan mereka.

Tambah memalukan seorang daripada pesalah, Max Hauke ditangkap pihak berkuasa ketika sedang melakukan pemindahan darah di bilik kediamannya.

Max Hauke kantoi ketika melakukan perbuatan terkutuk di dalam bilik hotelnya.

Serbuan itu dilakukan di Seefeld, Austria yang mana Nordic World Ski Championship sedang berlangsung di venue tersebut.

Ketika kejadian, Hauke sedang duduk di atas sofa di ruang tamu dengan tangannya sedang menerima darah. Hauke tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan hanya mampu menunjukkan muka bersalah sambil menaham malu akibat perbuatan memalukan itu.

Secara keseluruhan, 9 orang telah ditangkap dalam beberapa siri serbuan yang dilakukan ke atas 16 kediaman. Seramai 120 pegawai dari Polis Jerman dan Austria terlibat dalam serbuan yang dikenali sebagai ‘Operation Bloodletting’.

Jadi apakah itu ‘Blood Doping’ ?

‘Blood doping’ adalah teknik untuk meningkatkan kepekatan sel darah marah yang membawa oksigen dalam tubuh, dengan tujuan untuk meningkatkan persembahan atlet.

Dalam kes Hauke, beliau terlebih dahulu memindahan sejumlah darah dari tubuhnya sebelum ujian dadah dilakukan ke atas atlet. Selepas selesai menjalani ujian dadah, atlet akan memindahkan kembali darah mereka yang sudah disuntik oksigen  ke dalam badan.

Dengan cara ini, atlet mampu meningkatkan kepekatan sel darah merah yang membawa oksigen, seterusnya meningkatkan persembahan mereka. Darah mampu membawa lebih banyak oksigen ke setiap otot dalam badan dan mampu menaikkan stamina atlet.

Lance Armstrong dilucutkan gelaran juara 7 kali Tour de France walaupun sudah bersara

Antara kes terkenal yang melibatkan ‘blood doping’ adalah kes yang berlaku ke atas legenda berbasikal dunia, Lance Armstrong.

Armstrong didapati bersalah kerana melakukan ‘blood doping’ dan gelaran juara ‘Tour de France’ yang dimenanginya sebanyak 7 kali juga telah ditarik balik pihak berkuasa.

BACA:  Pogba Berhadapan Hukuman Gantung 4 Tahun Kerana Doping