[VIDEO] Penyokong Liverpool Serang Penduduk Tempatan Menjelang Pertemuan Menentang Barcelona

2 rakaman video yang menunjukkan peminat Liverpool menolak penduduk tempatan ke dalam air pancut di bandar Catalonia mula berlegar di alam maya hari ini dan ia menerima kecaman dari netizen dan pakcik-pakcik bawang.

Menurut laporan, seramai 5,000 peminat Liverpool bertandang ke Sepanyol untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka menjelang pertemua separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona awal pagi nanti.

Ingat muka penyokong Liverpool kurang ajar ni. Dasar tua kutuk tak sedar diri, menyusahkan peminat Liverpool lain yang datang untuk memberi sokongan kepada pasukan kegemaran mereka.

Sementara menunggu perlawanan bermula, seperti kebiasaan peminat Liverpool akan menggunakan kesempatan yang ada untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Barcelona.

Ratusan peminat Liverpool memilih Placa Reial Square untuk berkumpul sementara menunggu perlawanan penting itu bermula. Dan disitulah berlakunya insiden yang tidak diingini tersebut yang membabitkan peminat Liverpool dan penduduk tempatan.

https://twitter.com/TerenceCoghlan/status/1123326415477399552

Dalam rakaman video pertama, kelihatan seorang penduduk tempatan yang sudah lewat umur berdiri menikmati pemandangan di tepi air pancut. Dipercayai warga emas tersebut berasal dari Asia yang mana menjadi punca mengapa beliau menjadi sasaran untuk dibuli.

Video amatur tersebut jelas menunjukkan seorang peminat Liverpool menolak penduduk tempatan tersebut ke dalam air pancut. Beberapa peminat Liverpool yang berada berhampiran mula menyanyikan lagu ‘Liverpool, taking the piss’ dengan seorang daripadanya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Penduduk tempatan yang malang itu keluar dari air pancut dalam keadaan basah dan memeriksa sama ada telefon bimbitnya masih boleh digunakan atau tidak.

Kejadian yang sama berulang kembali tidak lama selepas itu. Dalam video ke-2, peminat Liverpool  yang sama mengulangi perbuatan terkutuknya terhadap seorang lagi penduduk tempatan yang duduk berhampiran dengan air pancut tersebut.

Sambil memegang beer di tangan, penyokong Liverpool tersebut mengangkat penduduk tempatan tersebut lalu menghumbannya ke dalam air.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan kurang ajar peminat Liverpool tersebut dan meminta pihak berkuasa tempatan untuk menangkapnya.

Itulah yang berlaku apabila anda memilih untuk mabuk pada siang hari. Menyusahkan orang je.

BACA:  Sadio Mane Bernasib Baik Tidak Dilayangkan Kad Merah