Stamina James Milner Di Usia 36 Tahun Sememangnya Sungguh Luar Biasa Dasyat

Pemain midfield Liverpool, James Milner bertiang meninggalkan rakan sepasukannya ketika mereka sedang menjalani latihan larian pada pra musim ini.

Rakaman yang menunjukkan bagaimana jauhnya pemain lain tercicir di belakang James Milner mencuri perhatian peminat dan agak mengejutkan untuk pemain seusia beliau masih mempunyai tahap stamina yang dasyat.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada ketika ini sedang berada di Austria untuk meneruskan aksi pra musim mereka sebelum bermulanya musim baharu.

Liverpool akan turun beraksi bertemu juara saingan liga bola sepak Austria, Red Bull Salzburg pada Rabu ini sebelum mereka kembali ke Anfield.

Skuad The Reds pada ketika ini sedang menjalani latihan kecergasan dan akaun media sosial mereka menyiarkan aksi para pemain sedang berlari di track.

Milner dilihat memimpin para pemain untuk memulakan sesi latihan larian tersebut, dan pemain berusia 36 tahun itu kekal di hadapan sehingga tamat latihan.

Beliau jelas sekali sedang berada di tahap kecergasan yang sungguh luar biasa dasyat dan Milner turut jauh meninggalkan rakan sepasukannya di belakang.

Ketika intensiti semakin meningkat dan mereka mula melakukan larian pantas, Milner masih kekal jauh berada di hadapan rakan sepasukannya seperti Mo Salah dan Jordan Henderson.

Liverpool sendiri menganggap bekas bintang Manchester City dan Aston Villa itu sebagai โ€˜mesinโ€™ di laman instagram mereka.

Hal itu sepertinya tidak boleh disangkal lagi kerana usaha dan hasil yang Milner tunjukkan sememangnya sungguh luar menakjubkan.

Para peminat di media sosial hangat membincangkan tentang hal tersebut dan rata-rata dari mereka jelas sekali sangat mengagumi Milner.

โ€œJames Milner sebenarnya terminator, dia nampak macam pemain yang baru berusia 20 an walau dia sebenarnya sudah berada di hujung-hujung kariernya.โ€

โ€œMemang sungguh luar biasa, dan lebih menakjubkan lagi dia masih jauh mengatasi rakan sepasukannya yang jauh lebih muda dari dia.โ€

โ€œPara pengkaji sepatutnya sudah mula perlu mengkaji tentang James Milner, bagaimana dia di usia sekarang masih mampu melakukan sesuatu yang sedasyat itu.โ€

โ€œSebenarnya saya sampai tak tahu Milner ni manusia atau robot, tenaga yang dia ada sungguh luar biasa dan di luar kotak pemikiran manusia biasa.โ€

Milner baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Liverpool dan musim depan merupakan musim ke-21 Milner beraksi dalam saingan Premier League.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, sejak dari awal beliau menyertai Liverpool, boleh dikatakan setiap tahun beliau akan menjadi pemain terbaik dari segi kecergasan ketika mereka menjalani latihan pada pra musim.

Ujian kecergasan selalunya untuk menguji tahap stamina setiap pemain dan kerana itulah mereka ada peringkat tertentu dalam latihan tersebut.

Mereka turut perlu melakukan larian pantas dan latihan tersebut sememangnya sangat memenatkan untuk pemain yang tak mempunyai stamina yang mencukupi.

Tahun lalu, bekas bintang England itu menunjukkan catatan masa dalam larian 8km yang sungguh luar biasa dasyat.

Milner sememangnya sering menjadi pemain yang paling banyak berlari ketika beliau diturunkan untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan.

Para peminat terkedu melihat bagaimana beliau mampu belari pada jarak 5.5 batu dalam tempoh masa hanya sekitar 34 minit sahaja.

Milner masih mampu memberikan impak seperti yang diharapkan dan beliau tiada masalah untuk bermain dengan tempo permainan yang tinggi.

Beliau bahkan masih mampu bermain dengan corak permainan menekan dengan ramai pemain lebih muda gagal untuk bermain dengan corak permainan seperti itu.

Walau Milner masih bermain, beliau pada ketika ini sebenarnya sudah dianggap sebagai legenda kelab dan beliau juga antara pemain yang paling disegani di Anfield.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Klopp: Liverpool Kembali Ke Tempat Yang Sepatutnya Mereka Berada